Langkah untuk Melindungi Privasi Anda

Untuk memberi anda pemahaman terbaik tentang cara WeChat direka dengan memberi perhatian kepada privasi anda dan untuk lebih memahami hak anda berkenaan data anda, WeChat menghendaki anda menyemak dahulu maklumat penting berikut, bersetuju dengan Dasar Privasi WeChat versi terkini dan memberi maklumat tambahan yang diperlukan tentang diri anda.

Langkah seterusnya dalam proses ini:

  1. Ringkasan Perlindungan Privasi
  2. Lihat Dasar Privasi WeChat yang disemak semula
  3. Sahkan tarikh lahir anda

Ringkasan Perlindungan Privasi WeChat

Terima kasih kerana menggunakan WeChat! Kami memahami kebimbangan anda tentang privasi dan kami menghargai kepercayaan dan keyakinan anda terhadap kami.

Berikut adalah ringkasan maklumat yang terkandung dalam dasar peribadi ini ("Dasar Privasi"). Ringkasan ini adalah untuk membantu anda menavigasi Dasar Privasi dan ia bukanlah pengganti untuk membaca kesemuanya! Anda boleh menggunakan hiperpautan di bawah untuk melangkau terus ke bahagian yang tertentu dalam Dasar Privasi.

ADAKAH DASAR PRIVASI INI TERPAKAI KEPADA ANDA?

Dasar Privasi ini hanya terpakai kepada anda jika anda adalah pengguna WeChat, bermaksud anda telah mendaftar dengan memautkan nombor telefon mudah alih yang menggunakan kod dail antarabangsa selain +86 ("nombor telefon mudah alih yang bukan Tanah Besar China").

Dasar Privasi ini tidak terpakai kepada anda sekiranya anda adalah Pengguna Weixin. Anda adalah pengguna Weixin sekiranya anda telah sama ada:

  • berdaftar dengan menghubungkan nombor telefon bimbit yang menggunakan kod dail antarabangsa +86 ("nombor telefon mudah alih Tanah Besar China"); atau

  • mengikat kontrak dengan 深圳市腾讯计算机系统有限公司 (Shenzhen Tencent Computer Systems Company Limited) untuk Weixin.

Sekiranya anda ialah pengguna Weixin, anda tertakluk pada Perjanjian tentang Lesen Perisian dan Perkhidmatan Tencent Weixin dan Garis Panduan Perlindungan Privasi Weixin dan bukannya Dasar Privasi ini.

Anda boleh menyemak sama ada anda adalah pengguna WeChat atau Weixin dengan mengklik "Saya" > "Tetapan" > "Tentang" dan kemudian mengklik pautan ke "Syarat Perkhidmatan". Sekiranya anda melihat WeChat – Syarat Perkhidmatan maka anda adalah pengguna WeChat. Sekiranya anda melihat Perjanjian tentang Lesen Perisian dan Perkhidmatan Tencent Weixin maka anda adalah pengguna Weixin. Secara alternatif, jika anda menggunakan versi terkini WeChat, anda juga boleh menyemak sama ada anda adalah pengguna WeChat atau Weixin dengan mengesahkan nama perkhidmatan yang disenaraikan dalam pengepala pada bahagian atas skrin "Perbualan". Sekiranya anda melihat "WeChat" dalam pengepala, maka anda adalah pengguna WeChat, manakala pengguna Weixin akan melihat "Weixin" (atau "微信" untuk pengguna yang melihat dalam antara muka bahasa Cina).

Sekiranya anda kemudiannya menukar nombor telefon anda (sama ada daripada nombor telefon mudah alih Tanah Besar China kepada nombor telefon mudah alih yang bukan Tanah Besar China, atau sebaliknya) anda akan diminta untuk menukar akaun anda (ke akaun WeChat atau Weixin, bergantung pada nombor telefon baharu anda). Sekiranya anda menukar akaun Weixin anda ke akaun WeChat, Dasar Privasi ini terpakai kepada anda dari tarikh sistem kami merekodkan penukaran tersebut. Sekiranya anda menukar akaun WeChat anda kepada akaun Weixin, Dasar Privasi ini tidak lagi terpakai kepada anda dari tarikh sistem kami merekodkan penukaran tersebut.

APAKAH MAKLUMAT YANG ANDA PERLU BERIKAN KEPADA WECHAT?

Apabila anda mendaftar untuk akaun WeChat, kami akan memerlukan nombor telefon dan nama panggilan anda. Anda boleh menambah baik dan mengisi profil anda selanjutnya dengan maklumat tambahan. Jika anda menggunakan fungsi tertentu yang tersedia dalam WeChat (seperti menyiarkan foto ke Detik anda), kami akan memproses maklumat anda untuk menyediakan fungsi ini. Maklumat Lanjut

BAGAIMANAKAH KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT ANDA?

Kami menggunakan maklumat anda untuk menyediakan WeChat kepada anda, membolehkan anda berkomunikasi dengan pengguna lain, membolehkan anda menggunakan ciri yang tersedia di WeChat, dan untuk memperbaiki dan menyokong pengalaman WeChat anda. Jika anda adalah ibu bapa atau penjaga yang telah memberikan kebenaran kepada anak anda untuk menggunakan WeChat, maka kami mengekalkan maklumat perhubungan yang anda berikan untuk memastikan kami dapat mengesahkan sebarang permintaan atau pertanyaan yang mungkin anda ada berhubung dengan akaun WeChat anak anda. Maklumat Lanjut

DENGAN SIAPAKAH KAMI BERKONGSI DATA ANDA?

Kami tidak berkongsi maklumat kecuali sekiranya kami perlu menyediakan perkhidmatan (contohnya, penyedia perkhidmatan SMS) atau jika kami diarahkan oleh mahkamah, pihak berkuasa atau diperlukan oleh undang-undang. Kami menggunakan perkhidmatan pihak ketiga semata-mata untuk memproses atau menyimpan maklumat anda bagi tujuan yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini . Mana-mana pihak ketiga yang kami kongsikan data pengguna dikehendaki memberikan perlindungan data pengguna yang sama atau setara dengan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini. Maklumat Lanjut

DI MANAKAH KAMI MEMPROSES DATA ANDA?

Pelayan kami terletak di Singapura dan Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong ("Hong Kong SAR"). Kami juga mempunyai pasukan sokongan, kejuruteraan dan pasukan lain yang menyokong penyediaan perkhidmatan WeChat kepada anda di seluruh dunia (termasuk Singapura dan Belanda), yang akan mempunyai akses kepada maklumat anda. Langkah kawalan dalaman yang ketat dilaksanakan bagi mengehadkan akses kepada data anda secara ketat oleh ahli pasukan yang ditetapkan. Maklumat Lanjut

BERAPA LAMAKAH KAMI AKAN MENYIMPAN DATA ANDA?

Tempoh kami menyimpan maklumat anda bergantung kepada jenis maklumat – contohnya, data log masuk disimpan sehingga 90 hari dari tarikh data tersebut dikumpul. Kami tidak menyimpan maklumat anda lebih lama daripada tempoh masa yang ditetapkan oleh undang-undang. Maklumat Lanjut

BAGAIMANAKAH ANDA BOLEH MENGGUNAKAN HAK ANDA KE ATAS DATA ANDA?

Bergantung kepada di mana anda berada, anda mungkin mempunyai hak istimewa terhadap data anda dan cara kami boleh menggunakannya. Hak ini termasuk cara anda boleh mengakses data, memadam data, mengehadkan cara data anda boleh digunakan, membuat bantahan terhadap penggunaannya dan mendapatkan salinan maklumat anda. Maklumat Lanjut

TAMBAHAN BIDANG KUASA KHUSUS

Sekiranya anda adalah pengguna yang berada (seperti yang ditentukan oleh nombor telefon mudah alih anda yang sedang didaftarkan) di Australia, Brazil, California, Kanada, Hong Kong SAR, Indonesia, Jepun, Macau SAR, Malaysia, Mexico, Filipina, Rusia, Serbia, Singapura, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan Cina, Thailand, Türkiye, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom atau Vietnam, terdapat tambahan terma bidang kuasa khusus yang terpakai untuk anda. Anda boleh melihat ini dengan melayari laman ini.

BAGAIMANAKAH KAMI AKAN MEMAKLUMKAN KEPADA ANDA MENGENAI PERUBAHAN?

Sekiranya terdapat sebarang perubahan yang ketara terhadap Dasar Privasi ini, kami akan mengemaskininya dan memaklumkan kepada anda sebelum perubahan tersebut berkuat kuasa. Maklumat Lanjut

PENGAWAL DATA

  • Sekiranya anda adalah pengguna WeChat yang menetap di Kawasan Ekonomi Eropah, ("EEA"), United Kingdom (England) ("UK") atau Switzerland: Tencent International Service Europe B.V., sebuah syarikat Belanda, yang terletak di Buitenveldertselaan 1-5, 1082 VA, Amsterdam, the Netherlands; dan

  • Sekiranya anda adalah pengguna WeChat yang menetap di luar EEA, UK, Switzerland atau Tanah Besar China: WeChat International Pte. Ltd., sebuah syarikat Singapura yang terletak di 10 Anson Road, #21-07 International Plaza, Singapore 079903.

HUBUNGI KAMI

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan Dasar Privasi ini atau penggunaan Maklumat Peribadi anda, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami melalui e-mel di dataprotection@wechat.com atau melalui mel pos di Buitenveldertselaan 1-5, 1082 VA, Amsterdam, the Netherlands (Attention: Data Protection Officer, Legal Department).

Harap maklum bahawa sekiranya anda adalah penduduk EEA, UK atau Switzerland, anda mempunyai hak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data negara anda.

Sekiranya anda mempunyai kebimbangan privasi atau penggunaan data yang tidak ditangani oleh kami dengan memuaskan, sila hubungi penyedia penyelesaian pertikaian pihak ketiga kami (secara percuma) di https://feedback-form.truste.com/watchdog/request.

SALING BOLEH KENDALI DENGAN WEIXIN

WeChat boleh saling dikendalikan dengan Weixin, agar anda boleh berkomunikasi dengan pengguna Weixin dan melihat setiap siaran Detik dan Status masing-masing. Anda juga mungkin boleh menggunakan ciri-ciri tertentu yang dikendalikan oleh Weixin, menurut terma-terma yang berkenaan. Anda boleh melihat senarai ciri-ciri yang dikendalikan oleh Weixin di sini. Apabila anda berinteraksi dengan pengguna Weixin (atau sebaliknya), atau menggunakan atau menerima pemberitahuan atau jemputan daripada mana-mana ciri yang dikendalikan oleh Weixin, (bersama-sama "Interaksi Saling Kendalian"), kami akan berkongsi maklumat anda dengan Weixin setakat yang diperlukan untuk memudahkan Interaksi Saling Kendalian. Interaksi Saling Kendalian anda juga akan tertakluk pada Garis Panduan Perlindungan Privasi Weixin.

DASAR PRIVASI WECHAT

Terakhir Dikemas kini: 2025-06-11

RINGKASAN

1. PENGENALAN

Selamat datang ke WeChat!

Apabila anda menggunakan aplikasi mudah alih WeChat, aplikasi desktop, atau laman web www.wechat.com atau help.wechat.com(bersama-sama"WeChat"), beberapa Maklumat Peribadi tertentu anda (ditakrifkan di bawah) akan dikumpulkan dan diproses oleh kami.

Dasar Privasi ini menerangkan bila, cara dan sebab berkenaan pemprosesan Maklumat Peribadi anda berhubung dengan WeChat, dan menetapkan pilihan dan hak anda berhubung dengan Maklumat Peribadi tersebut.

Sila maklum bahawa Dasar Privasi ini hanya terpakai kepada WeChat. Jika anda menggunakan sebarang produk atau perkhidmatan lain, sila rujuk dasar privasi untuk produk atau perkhidmatan khusus tersebut.

Sekiranya anda tidak bersetuju dengan pemprosesan maklumat peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini, sila jangan berikan maklumat peribadi anda apabila diminta dan sila berhenti menggunakan WeChat. Dengan menggunakan WeChat, anda memperakui cara kami memproses maklumat peribadi anda seperti yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini.

Dalam Dasar Privasi ini, "kami", "(milik) kami" atau "kita" merujuk kepada:

  • sekiranya anda adalah pengguna WeChat yang berada (seperti yang ditentukan oleh nombor telefon mudah alih anda yang sedang didaftarkan) di EEA, UK atau Switzerland: Tencent International Service Europe B.V., sebuah syarikat Belanda, yang terletak di Buitenveldertselaan 1-5, 1082 VA, Amsterdam, the Netherlands; dan

  • sekiranya anda adalah pengguna WeChat yang menetap di luar EEA, UK, Switzerland atau Tanah Besar China: WeChat International Pte. Ltd., sebuah syarikat Singapura yang terletak di 10 Anson Road, #21-07 International Plaza, Singapore 079903.

Setiap entiti di atas juga adalah pengawal data untuk pengguna yang berada dalam bidang kuasa di atas.

Apa-apa istilah yang berhuruf besar dalam Dasar Privasi ini mempunyai makna yang sama dengan istilah setara yang ditakrif dalam Syarat Perkhidmatan WeChat, melainkan istilah tersebut ditakrifkan sebaliknya dalam Dasar Privasi ini.

HUBUNGI

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan Dasar Privasi ini atau penggunaan Maklumat Peribadi anda, sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami melalui e-mel di dataprotection@wechat.com atau melalui mel pos di Buitenveldertselaan 1-5, 1082 VA, Amsterdam, the Netherlands (Attention: Data Protection Officer, Legal Department). Kami mempunyai wakil untuk tujuan perlindungan data yang disenaraikan di bawah.

2. SKOP DAN PENGGUNAAN

Dasar Privasi ini hanya terpakai kepada anda jika anda adalah pengguna WeChat.

Dasar Privasi ini tidak terpakai kepada anda sekiranya anda adalah Pengguna Weixin. Anda merupakan pengguna Weixin jika anda telah sama ada:

  • berdaftar dengan menghubungkan nombor telefon mudah alih Tanah Besar China;

Sekiranya anda kemudiannya menukar nombor telefon anda (sama ada daripada nombor telefon mudah alih Tanah Besar China kepada nombor telefon mudah alih yang bukan Tanah Besar China, atau sebaliknya) anda akan diminta untuk menukar akaun anda (ke akaun WeChat atau Weixin, bergantung pada nombor telefon baharu anda). Sekiranya anda menukar akaun Weixin anda ke akaun WeChat, Dasar Privasi ini terpakai kepada anda dari tarikh sistem kami merekodkan penukaran tersebut. Sekiranya anda menukar akaun WeChat anda ke akaun Weixin, Dasar Privasi ini tidak lagi terpakai kepada anda dari tarikh sistem kami merekodkan penukaran tersebut.

Dasar Privasi ini tidak terpakai untuk Maklumat Peribadi yang dikumpulkan oleh perkhidmatan pihak ketiga yang mungkin anda akses melalui platform WeChat (cth., ciri-cir yang dikendalikan oleh Weixin seperti Carian Lanjutan, Saluran, Kisah Teratas dan WeBeans; perkhidmatan Platform Terbuka Weixin termasuk Akaun Rasmi, Program Mini dan Log Masuk Weixin; Weixin Pay atau WeChat Pay; atau tapak web pihak ketiga yang dilihat melalui penyemak imbaspelayar dalaman), dan Maklumat Peribadi yang anda pilih untuk dikongsikan dengan pengguna Weixin. Sila rujuk kepada dasar privasi perkhidmatan pihak ketiga yang berkaitan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lihat seksyen yang bertajuk "Dengan siapa kami berkongsi data anda?" di bawah.

Jika anda menggunakan WeChat bagi pihak syarikat, perkongsian, persatuan, kerajaan atau organisasi lain ("Organisasi" anda), anda bersetuju untuk memaklumkan individu berkenaan dalam Organisasi anda yang Maklumat Peribadinya (seperti yang ditakrifkan di bawah) kami kumpulkan atau anda berikan kepada kami ("Individu Berkaitan"), dan anda bersetuju untuk mendapatkan persetujuan Individu Berkaitan anda terhadap pemprosesan Maklumat Peribadi mereka selaras dengan Dasar Privasi ini seperti yang diperlukan oleh undang-undang dan peraturan yang terpakai. Apabila Dasar Privasi ini merujuk kepada "anda", istilah ini merangkumi anda dan mana-mana Individu Berkaitan. Sekiranya anda atau mana-mana Individu Berkaitan ingin meminta Maklumat Peribadi anda dikeluarkan daripada pangkalan data kami, sila hubungi kami di dataprotection@wechat.com.

3. DEFINISI

"Data Lokasi" adalah maklumat yang diperoleh daripada GPS anda (koordinat GPS), Wi-Fi (lokasi anggaran bandar), alamat IP (lokasi negara), atau siaran awam yang mengandungi maklumat lokasi (lokasi yang anda geo-tag). Data Lokasi akan didedahkan (sama ada kepada kami, kepada pengguna lain atau kedua-duanya):

  • apabila anda menggunakan ciri berdasarkan lokasi dan apabila anda berkongsi lokasi anda dengan pengguna WeChat dan/atau Weixin yang lain; dan

  • apabila anda mengakses WeChat, kami mendapatkan Data Lokasi secara automatik daripada alamat IP, peranti atau perkhidmatan Internet anda bagi tujuan keselamatan termasuk untuk mengelakkan log masuk dan sambungan bersifat penipuan kepada akaun anda.

Anda mungkin menyahaktifkan pengumpulan dan penggunaan data lokasi anda melalui tetapan tingkat peranti.

"Data Log" ialah maklumat yang dikumpulkan secara automatik apabila anda menggunakan WeChat, termasuk:

  • atribut peranti, seperti maklumat berkaitan penyedia perkhidmatan telefon mudah alih dan rangkaian anda, versi peranti anda dan pengecam boleh set tetap semula, maklumat konfigurasi yang disediakan oleh aplikasi mudah alih WeChat atau desktop atau pelayar web anda dan alamat IP anda;

  • maklumat tentang sejarah tontonan anda di WeChat, seperti profil media sosial yang dilawati dan butiran kandungan lain yang diakses atau diminta oleh anda;

  • maklumat umum mengenai komunikasi anda di WeChat, seperti pengguna yang telah anda berkomunikasi dengan masa, data dan tempoh komunikasi anda (tetapi bukan kandungan komunikasi tersebut); statistik tentang penggunaan WeChat anda dan data trafik; serta

  • metadata, iaitu maklumat berkaitan dengan item yang disediakan oleh anda melalui WeChat, seperti tarikh, masa atau lokasi yang foto atau video yang ditangkap atau disiarkan.

"Maklumat Peribadi" ialah apa-apa maklumat atau gabungan maklumat yang berkaitan dengan anda, yang boleh digunakan (secara langsung atau tidak langsung) untuk mengenal pasti identiti anda, yang kami proses berkaitan dengan penggunaan WeChat oleh anda. Sila lihat seksyen yang bertajuk "Bagaimanakah kami menggunakan maklumat anda?" di bawah untuk melihat contoh.

"Maklumat yang Dikongsi" adalah maklumat yang anda sertakan dalam profil WeChat anda yang boleh dilihat secara umum, maklumat yang anda sediakan kepada pengguna lain melalui WeChat (contohnya, melalui siaran Detik dan Status anda), maklumat tentang anda yang disediakan oleh pengguna lain melalui penggunaan WeChat atau Weixin, dan Data Lokasi mereka.

4. BAGAIMANAKAH KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT ANDA?

Seksyen ini menerangkan dengan lebih terperinci mengenai jenis Maklumat Peribadi yang kami kumpulkan daripada anda, tujuan pemprosesan dan tempoh pengekalan untuk setiap jenis Maklumat Peribadi.

Bagi pengguna yang menetap di Bidang Kuasa Berkaitan, bahagian ini juga mengenal pasti asas undang-undang cara kami memproses data anda. Untuk tujuan Dasar Privasi ini, "Bidang Kuasa Berkaitan" termasuk EEA, UK, Switzerland, Brazil, Indonesia, Thailand dan Türkiye.

Kami tidak mengekalkan Maklumat Peribadi lebih lama daripada yang diperlukan melainkan kami dikehendaki atau dibenarkan berbuat demikian di bawah undang-undang yang terpakai. Sekiranya kami perlu menyimpan maklumat anda melebihi tempoh pengekalan yang ditetapkan di bawah, contohnya untuk mematuhi undang-undang yang berkenaan, kami akan menyimpan maklumat anda secara berasingan daripada jenis Maklumat Peribadi yang lain. Data pendaftaran agregat (yang tidak mengandungi Maklumat Peribadi) dikekalkan untuk tujuan pencegahan spam dan keselamatan sistem. Untuk butiran lanjut mengenai tempoh masa kami menyimpan data anda, sila rujuk kepada tempoh pengekalan yang ditetapkan di bawah.

MaklumatTujuan PemprosesanTempoh Penyimpanan
Data pendaftaran dan data log masuk. Nama anda, nama panggilan pengguna, Apple ID, ID Facebook, alamat IP, pengecam akaun, nombor telefon mudah alih, wilayah, lokasi seperti yang ditentukan oleh nombor telefon mudah alih anda yang sedang didaftarkan, akaun Facebook, alamat e-mel yang digunakan untuk mendaftar akaun WeChat dan tarikh pendaftaran.
Asas Undang-undang (Bidang Kuasa Berkaitan sahaja): Diperlukan untuk melaksanakan kontrak kami dengan anda bagi mencipta profil WeChat anda dan menyediakan perkhidmatan WeChat.
- Untuk menetapkan akaun WeChat anda dan memudahkan log masuk anda;
- untuk memudahkan komunikasi antara pengguna WeChat dan Weixin;
- untuk memudahkan anda menggunakan ciri Weixin;
- untuk menguatkuasakan terma, syarat dan dasar kami;
- untuk membuat panggilan VoIP menggunakan WeChat;
- untuk berkomunikasi dengan anda untuk memberitahu anda tentang perubahan kepada WeChat;
- untuk menyediakan sokongan pengguna yang diperibadikan kepada anda;
- untuk membangun perkhidmatan baharu dan menambah baik perkhidmatan yang sedia ada serta peralatan yang kami gunakan untuk mengesan pelanggaran akaun dan meningkatkan keselamatan serta kualiti akaun;
- untuk menyediakan penyesuaian bahasa dan lokasi;
- untuk melindungi apa-apa hak, harta atau keselamatan kami, syarikat sekutu kami atau pengguna WeChat yang lain; dan
- untuk mentadbir WeChat dan untuk penyelesaian masalah, analisis data, pengujian, penyelidikan, keselamatan, pengesanan penipuan, pengurusan akaun dan kaji selidik.
Data pendaftaran dikekalkan sehingga akaun anda dipadamkan, atau sehingga anda menyahpaut akaun WeChat anda daripada akaun Apple atau Facebook anda, mana-mana yang lebih awal.
Data log masuk dikekalkan untuk tempoh 3 bulan dari tarikh log masuk sedemikian.
Maklumat yang Dikongsi – data profil. Apa-apa maklumat yang anda sertakan dalam profil WeChat anda yang boleh dilihat secara umum, yang termasuk ID WeChat, nama, jantina, kawasan dan foto anda.
Asas Undang-undang (Bidang Kuasa Berkaitan sahaja): Diperlukan untuk melaksanakan kontrak kami dengan anda bagi menyediakan profil WeChat anda dan menyediakan perkhidmatan WeChat.
- Untuk membolehkan data profil anda dikongsi dengan pengguna WeChat dan Weixin yang lain;
- untuk membolehkan anda menggunakan ID WeChat anda untuk melog masuk ke atau berhubung dengan perkhidmatan pihak ketiga;

- untuk membangun dan menambah baik perkhidmatan dan pengalaman aplikasi yang baharu dan sedia ada;
- untuk mengekalkan dan mentadbir platform WeChat; dan
- untuk penyelesaian masalah, analisis data, pengujian, penyelidikan, keselamatan, pengesanan penipuan dan pengurusan akaun.
Sehingga anda meminta pengalihan keluar Maklumat yang Dikongsi atau akaun anda dipadamkan, yang mana lebih awal (walau bagaimanapun, data mungkin dicache pada perkhidmatan pihak ketiga dan dikekalkan selaras dengan dasar privasi mereka sendiri).
Maklumat yang Dikongsi – media profil. Ini merangkumi semua maklumat yang anda sediakan kepada pengguna atau maklumat lain tentang anda yang disediakan oleh pengguna WeChat dan Weixin yang lain, termasuk siaran Detik dan Status.

- Untuk membolehkan media profil anda dikongsi dengan pengguna WeChat dan Weixin yang lain;
- untuk memberikan penyesuaian lokasi;

- untuk mengekalkan dan mentadbir platform WeChat;
- untuk penyelesaian masalah, analisis data, pengujian, penyelidikan, keselamatan, pengesanan penipuan dan pengurusan; dan
- untuk membangun dan menambah baik peralatan yang kami gunakan untuk mengesan pelanggaran akaun dan meningkatkan keselamatan serta kualiti akaun WeChat.

Maklumat untuk keselamatan akaun tambahan (jika anda memilih untuk melindungi akaun anda). Kata Laluan, Kenalan Kecemasan, Peranti yang Diurus, alamat e-mel dan ID QQ.
Asas Undang-undang (Bidang Kuasa Berkaitan sahaja): Diperlukan untuk melaksanakan kontrak kami dengan anda bagi menyediakan dan melindungi akaun WeChat anda.
Untuk memberikan keselamatan tambahan untuk akaun anda.Sehingga anda meminta pengalihan keluar maklumat atau akaun anda dipadamkan, yang mana lebih awal.
Tetapan peribadi. Ini termasuk tetapan akaun peribadi yang boleh dilihat oleh anda tetapi tidak dikongsikan dengan pengguna lain seperti tetapan untuk menyesuaikan pengalaman WeChat anda, anotasi peribadi dan butiran yang anda tambahkan kepada akaun anda sendiri dan kepada kenalan anda.
Asas Undang-undang (Bidang Kuasa Berkaitan sahaja): Diperlukan untuk memberi anda perkhidmatan yang disesuaikan dengan pilihan anda.
Untuk memberi anda perkhidmatan yang disesuaikan dengan pilihan anda.Sehingga anda meminta pengalihan keluar maklumat atau akaun anda dipadamkan, yang mana lebih awal.
Data perbualan. Kandungan komunikasi antara anda dengan pengguna atau kumpulan pengguna lain. Kami tidak mengekalkan data perbualan secara kekal pada pelayan kami dan ia hanya melalui pelayan kami supaya ia boleh diedarkan kepada penerima yang dimaksudkan. Data perbualan hanya disimpan di peranti anda dan peranti pengguna yang telah anda menghantar komunikasi tersebut, melainkan jika penerima anda menambah mana-mana komunikasi anda ke Kegemaran mereka atau ia merupakan mesej yang pemilik atau pentadbir sembang kumpulan anda telah tambahkan sebagai Notis Kumpulan.
Asas Undang-undang (Bidang Kuasa Berkaitan sahaja): Diperlukan untuk melaksanakan kontrak kami dengan anda bagi menyediakan perkhidmatan perbualan WeChat.
Untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi kami.Mesej perbualan dan audio dipadamkan secara automatik dan kekal daripada pelayan kami dalam masa 3 jam selepas penghantaran ke peranti penerima, dan dalam apa jua keadaan, dipadamkan secara kekal selepas 72 jam anda menghantarnya. Media perbualan seperti imej, audio, video dan fail dipadamkan secara automatik dan kekal daripada pelayan kami selepas 120 jam anda menghantarnya.
Senarai kenalan dan rakan. Senarai kenalan pada peranti anda dan senarai sembang kumpulan dan senarai rakan anda.
Asas Undang-undang (Bidang Kuasa Berkaitan sahaja): Diperlukan untuk melaksanakan kontrak kami dengan anda bagi menyediakan WeChat dan menghubungkan anda dengan rakan anda.
- Untuk menghubungkan dengan pengguna WeChat dan Weixin yang lain;
- (berhubung senarai sembang kumpulan dan senarai rakan anda) untuk membangun dan menambah baik peralatan yang kami gunakan untuk mengesan pelanggaran akaun dan meningkatkan keselamatan serta kualiti akaun WeChat; dan
- untuk memudahkan anda menggunakan ciri WeChat Out.
Sehingga anda meminta pengalihan keluar atau pindaan Maklumat Peribadi atau akaun anda akan anda dipadamkan, yang mana lebih awal.
Data Log. Lihat takrifan di bawah.
Asas Undang-undang (Bidang Kuasa Berkaitan sahaja): Ia adalah dalam kepentingan sah kami adalah untuk memastikan keselamatan perkhidmatan kami, menguruskan pendaftaran dan menambah baik perkhidmatan kami.
- Untuk penyelesaian masalah, analisis data, pengujian, penyelidikan, keselamatan, pengesanan penipuan dan pengurusan akaun.Dihapuskan secara kekal 3 bulan dari tarikh pengumpulan.
Data Lokasi. Lihat takrifan di bawah.
Asas Undang-undang (Bidang Kuasa Berkaitan sahaja): Diperlukan untuk melaksanakan kontrak kami dengan anda bagi menyediakan perkhidmatan berdasarkan lokasi WeChat.
Harap maklum bahawa penggunaan perkhidmatan berdasarkan lokasi anda adalah tertakluk pada syarat penggunaan dan dasar privasi penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang memberi kuasa kepada perkhidmatan berdasarkan lokasi dari perkhidmatan tersebut.
- Untuk memudahkan penggunaan perkhidmatan berdasarkan lokasi anda seperti:
  • berkongsi lokasi masa nyata anda melalui perbualan, yang bergantung kepada GPS anda;
  • geo-tag lokasi secara manual dalam siaran Detik atau Status;
  • Orang Berhampiran dan Goncang, yang bergantung kepada GPS anda;
- untuk keselamatan, pengesanan penipuan dan pengurusan akaun; dan
- untuk menyediakan penyesuaian bahasa dan lokasi.
Data lokasi yang digunakan untuk perkhidmatan berdasarkan lokasi:
- Data lokasi yang dikongsi melalui perbualan dipadamkan secara kekal selepas 72 jam dari masa perkongsian anda.
- Detik dan Status apabila anda memilih untuk geo-tag lokasi secara manual dalam siaran anda; dikekalkan sehingga anda memadamkan siaran tersebut atau akaun anda dipadamkan, mana-mana yang lebih awal.
- Orang Berhampiran dan Goncang: dipadamkan secara kekal selepas 1 jam dari masa anda meninggalkan fungsi.
Data lokasi yang digunakan untuk semua tujuan lain dikekalkan untuk tempoh 3 bulan dari tarikh pengumpulan.
Maklumat kad pembayaran – persetujuan ibu bapa/penjaga. Bagi mematuhi undang-undang yang melindungi kanak-kanak, maklumat kad pembayaran ibu bapa/penjaga dikumpulkan untuk mengesahkan persetujuan ibu bapa/penjaga apabila Kanak-kanak cuba mencipta akaun WeChat, dan kad pembayaran disahkan melalui perkhidmatan pemprosesan pembayaran pihak ketiga. Selepas permintaan pengesahan dilakukan oleh perkhidmatan pemprosesan pembayaran pihak ketiga, WeChat hanya mengekalkan tarikh pengesahan dan nombor kad pembayaran yang dicincang.
Asas Undang-undang (Bidang Kuasa Berkaitan sahaja): Kami memproses data ini menurut kewajipan kami di bawah undang-undang yang terpakai.
Untuk mengesahkan persetujuan ibu bapa/penjaga apabila Kanak-kanak cuba mencipta akaun WeChat.Sehingga ibu bapa/penjaga atau pengguna meminta pengalihan keluar maklumat kad pembayaran dan hanya jika pengguna telah mencapai umur dewasa di bawah undang-undang tempatan yang berkaitan.
Teks yang anda minta terjemahan.
Asas Undang-undang (Bidang Kuasa Berkaitan sahaja): Diperlukan untuk melaksanakan kontrak kami dengan anda.
Untuk memberikan anda terjemahan teks seperti yang diminta oleh anda.Teks yang ingin diterjemahkan dan teks yang telah diterjemahkan dicincang dan dicache selama 24 jam dari masa anda meminta penterjemahan.
Maklumat Sokongan Pelanggan Pelanggan Komunikasi dengan dan sebarang maklumat yang anda atau pengguna lain berikan kepada pasukan sokongan pelanggan kami.
Asas Undang-undang (Bidang Kuasa Berkaitan sahaja): Diperlukan untuk melaksanakan kontrak kami dengan anda bagi menyediakan dan menyokong WeChat.
- Untuk menyiasat masalah dan memberikan sokongan pelanggan yang disesuaikan;

- untuk penyederhanaan kandungan atau tingkah laku yang dilarang oleh undang-undang dan peraturan yang terpakai, atau yang melanggar terma perkhidmatan WeChat atau peraturan lain yang terpakai kepada pengguna WeChat.
Sehingga akaun anda dipadamkan, melainkan dikehendaki sebaliknya oleh undang-undang.
Akses token. Akses token yang memudahkan pautan akaun WeChat anda dengan akaun media sosial pihak ketiga anda.
Asas Undang-undang (Bidang Kuasa Berkaitan sahaja): Diperlukan untuk melaksanakan kontrak kami dengan anda bagi menyediakan perkhidmatan WeChat.
Sekiranya anda menghubungkan akaun media sosial pihak ketiga ke akaun WeChat anda, kami memproses token akses untuk memudahkan log masuk anda dan perkongsian kandungan anda antara akaun ini.Sehingga anda menyahpaut akaun WeChat anda daripada akaun media sosial pihak ketiga ini.
Kaji selidik. Sekiranya anda mengambil bahagian dalam kaji selidik, kami mungkin meminta Maklumat Peribadi tertentu daripada anda. Tujuan kaji selidik dan identiti penyedia perkhidmatan yang menyediakan kaji selidik (jika kami menggunakan perkhidmatan penyedia perkhidmatan) akan dimaklumkan kepada anda sebelum anda melengkapkan kaji selidik.
Asas Undang-undang (Bidang Kuasa Berkaitan sahaja): Kami mengumpulkan maklumat ini dengan persetujuan anda.
- untuk lebih memahami cara anda mengakses dan menggunakan WeChat;

- untuk menambah baik WeChat dan memberi respons kepada permintaan dan keutamaan pelanggan; dan
- dan untuk apa-apa tujuan yang dinyatakan dalam kaji selidik tersebut.
Sehingga akaun anda dipadamkan atau seperti yang dinyatakan sebaliknya dalam kaji selidik itu sendiri, yang mana lebih awal.

Kami juga mungkin menyamarkan atau mengumpulkan Maklumat Peribadi untuk tujuan analisis. Ini membantu kami membangunkan dan menambah baik perkhidmatan baharu dan yang sedia ada, menjalankan pengesanan penipuan dan analisis keselamatan akaun, menganalisis trend penggunaan, dan memberikan penyedia perkhidmatan pihak ketiga dengan statistik asas tentang bagaimana perkhidmatan mereka digunakan oleh pengguna WeChat.

MAKLUMAT PERIBADI SENSITIF

Dalam sesetengah bidang kuasa, jenis Maklumat Peribadi tertentu, seperti maklumat tentang bangsa, agama, politik atau pandangan falsafah, orientasi seksual dan kesihatan, digambarkan sebagai sensitif dan tertakluk pada peraturan yang lebih ketat berbanding jenis Maklumat Peribadi yang lain.

WeChat tidak memerlukan anda memberikan maklumat peribadi yang sensitif untuk menggunakan perkhidmatan tersebut. Dengan menyiarkan atau menyampaikan sebarang Maklumat Peribadi yang bersifat sensitif dalam WeChat, anda bersetuju dengan maklumat tersebut tersedia dalam kawalan privasi yang telah anda pilih.

MAKLUMAT YANG DIKONGSI

Anda boleh mengawal Maklumat yang Dikongsi yang tersedia secara umum kepada pengguna WeChat dan Weixin lain melalui tetapan privasi di WeChat. Selepas anda memadam Maklumat yang Dikongsi, ia mungkin masih dicache, disalin atau disimpan secara berasingan oleh atau kekal umum melalui, pengguna lain atau pihak ketiga yang tidak dikaitkan dengan dan tidak dikawal oleh kami. Sila pertimbangkan dengan teliti perkara yang anda siarkan atau sampaikan melalui WeChat.

MAKLUMAT PERIBADI DALAM KANDUNGAN ANDA

Jika mana-mana Maklumat Peribadi anda terdiri daripada Kandungan Anda (seperti yang ditakrifkan dalam "Terma Perkhidmatan WeChat"), kami dan syarikat sekutu kami mungkin (tertakluk pada Dasar Privasi ini) menggunakan Maklumat Peribadi tersebut selaras dengan bahagian "Kandungan Anda" dalam Syarat Perkhidmatan WeChat. Kandungan anda akan diproses untuk memastikan pematuhan terhadap Terma Perkhidmatan dan Dasar Penggunaan Boleh Diterima WeChat.

FUNGSI MOD PENJAGA WECHAT

Semua pengguna WeChat akan dapat menggunakan fungsi Mod Penjaga WeChat, bawah pilihan tertentu untuk menghantar dan menerima permintaan rakan dan keterlihatan Detik yang dikongsi oleh bukan rakan akan dihadkan. Mod Penjaga WeChat juga membolehkan pelantikan individu (dipanggil "Penjaga") yang akan mempunyai keupayaan untuk mengenakan sekatan terhadap penggunaan WeChat pengguna tertentu dengan menggantung atau mengehadkan fungsi tertentu seperti Akaun Rasmi dan Program Mini. Untuk senarai lengkap fungsi yang berkaitan dan maklumat lanjut berhubung dengan fungsi Mod Penjaga WeChat, sila rujuk terma penggunaan fungsi yang tersedia di sini. Kami tidak akan mengumpulkan maklumat peribadi fungsi tersebut yang telah dihadkan sebagai sebahagian daripada Mod Penjaga WeChat, selama tempoh sekatan yang berkaitan tersebut aktif.

5. DENGAN SIAPAKAH KAMI BERKONGSI DATA ANDA?

Kami tidak akan memindahkan Maklumat Peribadi anda kepada pihak ketiga kecuali seperti yang dinyatakan di bawah atau dalam keadaan di mana anda memberi persetujuan kepada pindahan tersebut.

Hanya jika perlu, kami akan berkongsi maklumat anda dengan penerima terpilih, termasuk:

  • syarikat kumpulan berkaitan. Kami berkongsi Maklumat Peribadi anda dalam kumpulan syarikat kami dan syarikat kumpulan berkaitan ini hanya menggunakan Maklumat Peribadi anda selaras dengan Dasar Privasi ini. Syarikat kumpulan berkaitan ini termasuk Tencent International Service Europe B.V.(terletak di Belanda), Aceville Pte. Ltd.(terletak di Singapura), dan Oriental Power Holdings Limited (terletak di Hong Kong SAR) untuk tujuan menyediakan WeChat kepada anda, membantu kami dalam menjalankan tujuan yang ditetapkan di bawah seksyen "Bagaimanakah kami menggunakan maklumat anda?" di atas, dan menjalankan kewajipan kami dan menguatkuasakan hak kami di bawah Syarat Perkhidmatan WeChat atau Dasar Privasi ini;

  • penyedia perkhidmatan. Kami melibatkan penyedia perkhidmatan untuk membekalkan perkhidmatan untuk menyokong atau menambah baik WeChat. Ini termasuk SMS, VOIP, pemprosesan dan pengesahan kad pembayaran, terjemahan, lokasi dan pemetaan, khidmat pelanggan, pelabelan data akaun dan jaminan keselamatan (jika berkenaan) dan penyedia perkhidmatan penghantaran kandungan. Penyedia perkhidmatan ini dikehendaki menyediakan perlindungan data pengguna yang sama atau setara dengan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini dan dilarang daripada mengekalkan, menggunakan atau mendedahkan maklumat anda kecuali perlu untuk menyediakan perkhidmatan kepada kami;

  • perkhidmatan pihak ketiga. Apabila anda:

    • log masuk ke WeChat menggunakan perkhidmatan pengesahan pihak ketiga;

    • berkongsi kandungan daripada WeChat kepada perkhidmatan pihak ketiga;

    • berkongsi kandungan di WeChat daripada perkhidmatan pihak ketiga;

    • Log mask platform perkhidmatan pihak ketiga menggunakan akaun WeChat;

    • mengakses kandungan perkhidmatan pihak ketiga bukan Weixin dari WeChat; atau

    • memautkan senarai kenalan WeChat anda dengan kenalan anda pada perkhidmatan pihak ketiga,
      kami mungkin menerima maklumat tentang anda daripada perkhidmatan pihak ketiga tersebut dan/atau berkongsi maklumat anda dengan perkhidmatan pihak ketiga tersebut.
      Perkhidmatan pihak ketiga mungkin mengumpulkan maklumat (termasuk maklumat peribadi dan data log), dan menetapkan kuki pada peranti anda. Dasar Privasi ini hanya terpakai kepada maklumat yang dikumpulkan oleh kami, dan tidak terpakai kepada maklumat yang dikumpulkan oleh pihak ketiga.

      Saling kendali dengan Weixin
      WeChat boleh saling dikendalikan dengan Weixin, agar anda boleh berkomunikasi dengan pengguna Weixin dan melihat siaran Detik dan Status masing-masing, menurut terma-terma yang berkenaan. Anda juga mungkin boleh menggunakan ciri-ciri tertentu yang dikendalikan oleh Weixin. Anda boleh melihat senarai ciri-ciri yang dikendalikan oleh Weixin di sini. Apabila anda berinteraksi dengan pengguna Weixin (atau sebaliknya), atau menggunakan atau menerima pemberitahuan atau jemputan daripada mana-mana ciri yang dikendalikan oleh Weixin, (bersama-sama "Interaksi Saling Kendalian"), kami akan berkongsi maklumat anda dengan Weixin setakat yang diperlukan untuk memudahkan Interaksi Saling Kendalian. Interaksi Saling Kendalian anda juga akan tertakluk pada Garis Panduan Perlindungan Privasi Weixin.

      Akaun Rasmi dan Program Mini yang boleh diakses melalui WeChat dibangunkan, dikendalikan, dan dimiliki oleh pihak ketiga yang tidak berkaitan dengan WeChat (melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Akaun Rasmi atau Program Mini yang berkaitan). Apabila anda berinteraksi dengan Akaun Rasmi dan Program Mini tersebut, maklumat anda akan dikumpulkan, dikekal, dikongsi dan/atau disimpan oleh Akaun Rasmi atau Program Mini mengikut dasar privasi mereka sendiri dan bukan Dasar Privasi ini.

      Jika tersedia dalam bidang kuasa anda, anda boleh mengakses Weixin Pay dan WeChat Pay melalui platform WeChat. Disebabkan oleh keperluan peraturan, Weixin Pay dan WeChat Pay dikendalikan oleh entiti berlesen yang berbeza dalam bidang kuasa yang berbeza. Apabila anda menggunakan mana-mana perkhidmatan pembayaran Weixin Pay atau WeChat Pay, maklumat anda akan dikumpul, dikekal, dikongsi dan/atau disimpan oleh entiti Weixin Pay atau WeChat Pay dan/atau ahli gabungan mereka yang berkaitan selaras dengan dasar privasi mereka dan bukannya Dasar Privasi ini. Kami juga akan berkongsi maklumat anda dengan entiti ini setakat yang diperlukan untuk memudahkan anda menggunakan perkhidmatan ini.

      Anda boleh mengawal pihak ketiga mana yang mempunyai akses kepada maklumat anda dan anda boleh menarik balik perjanjian anda kepada perkongsian maklumat anda dengan mengikuti arahan yang ditetapkan di sini. Sila ambil perhatian bahawa jika anda meminta kami agar tidak berkongsi maklumat anda dengan pihak ketiga, anda tidak lagi dapat menggunakan perkhidmatan pihak ketiga tersebut;

  • pihak ketiga atau syarikat kumpulan berkaitan sekiranya berlaku penggabungan, pengambilalihan, penstrukturan semula, atau penjualan aset, atau melalui operasi undang-undang atau sebaliknya, kami akan memindahkan maklumat anda kepada entiti tersebut dengan sewajarnya supaya perkhidmatan anda dapat diteruskan. Di bawah keadaan tersebut, kami akan sentiasa mengkehendaki pihak ketiga tersebut atau syarikat kumpulan berkaitan untuk mematuhi Dasar Privasi ini;

  • kerajaan, pihak penguatkuasaan awam, pengawal selia, kehakiman dan undang-undang atau pihak berkuasa. Terdapat keadaan yang mana kami diperlukan oleh undang-undang untuk mendedahkan maklumat anda, termasuk (i) untuk mematuhi kewajipan atau permintaan undang-undang, seperti perintah mahkamah, sepina atau proses undang-undang lain, (ii) untuk menguatkuasakan terma kami, (iii) menangani isu yang berkaitan dengan keselamatan atau penipuan, atau (iv) di mana terdapat keadaan kecemasan yang melibatkan risiko kematian, kecederaan fizikal yang serius pada seseorang atau risiko bahaya kepada kanak-kanak, dan dalam kedua-dua kes tersebut, dengan syarat bahawa entiti yang membuat permintaan mempunyai bidang kuasa sah untuk memperoleh Maklumat Peribadi anda. Garis Panduan Permintaan Data Penguatkuasaan Undang-undang kami boleh didapati di sini; dan

  • pihak ketiga selaras dengan permintaan anda, sebagai contoh, selaras dengan permintaan mudah alih data anda.

6. DI MANAKAH KAMI MEMPROSES DATA ANDA?

WeChat adalah platform global. Pasukan kejuruteraan, teknikal dan sokongan kami yang lain berpangkalan di pejabat kami di seluruh dunia (termasuk, Singapura dan Belanda), dan mungkin mempunyai akses sampingan kepada maklumat tertentu anda, contohnya, untuk memperbaiki isu teknikal yang anda laporkan. Maklumat Peribadi yang kami kumpul daripada anda akan dipindahkan ke, disimpan di atau diproses di Singapura dan Hong Kong SAR. Kami bergantung kepada kontrak model Suruhanjaya Eropah untuk pindahan data peribadi ke negara ketiga.

7. KESELAMATAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Kami komited untuk memelihara privasi dan integriti Maklumat Peribadi anda tanpa mengira tempat ia disimpan atau diakses. Kami melindungi Maklumat Peribadi anda melalui penggunaan dasar keselamatan dan akses maklumat yang mengehadkan akses yang tidak dibenarkan kepada sistem kami, dan langkah perlindungan teknologi seperti enkripsi yang memastikan kerahsiaan Maklumat Peribadi anda semasa penghantaran dan dalam simpanan.

Kami tidak mengekalkan data perbualan secara kekal antara anda dan pengguna lain pada pelayan kami. Data perbualan hanya melalui pelayan kami supaya ia boleh diedarkan dengan selamat kepada penerima yang dimaksudkan. Data perbualan hanya disimpan pada peranti anda dan peranti pengguna yang berkomunikasi dengan anda, melainkan mana-mana antara anda atau penerima anda menambahkan sebarang komunikasi anda, berkongsi perbualan berkaitan secara luaran seperti menyimpannya kepada Kegemaran atau menyertakan sejarah perbualan apabila melaporkan perbualan untuk penyalahgunaan, atau apabila pentadbir kumpulan sembang anda menambahkan Notis Kumpulan, jika ini berlaku, Notis Kumpulan akan dikekalkan, jadi data perbualan boleh diakses oleh ahli kumpulan pada masa depan.

Walaupun kami akan melaksanakan dan mengekalkan langkah-langkah yang wajar untuk melindungi Maklumat Peribadi anda, sila ambil maklum bahawa penghantaran maklumat melalui Internet tidak sepenuhnya selamat.

8. PENGIKLANAN

WeChat tidak memaparkan pengiklanan diperibadikan buat masa ini.

9. KOMUNIKASI DARIPADA KAMI

Kami mungkin menghantar pengumuman berkaitan perkhidmatan kepada anda melalui WeChat, e-mel atau SMS apabila perlu, seperti apabila WeChat digantung untuk sementara untuk penyelenggaraan, keselamatan atau privasi. Anda tidak boleh menarik diri daripada pengumuman berkaitan perkhidmatan, yang bukan bersifat promosi.

10. SEKATAN UMUR DAN KAWALAN IBU BAPA/PENJAGA

Kanak-kanak di bawah umur 13 tahun (atau umur dewasa yang berkenaan di bawah undang-undang tempatan berkaitan bagi pengguna) ("Kanak-kanak") tidak boleh menggunakan WeChat untuk sebarang tujuan tanpa memperoleh persetujuan atau perakuan ibu bapa/penjaga terlebih dahulu terhadap Dasar Privasi ini (kedua-duanya untuk diri mereka sendiri dan bagi pihak Kanak-kanak tersebut). Dalam bidang kuasa tertentu, anda mungkin dikehendaki memberikan tarikh lahir anda; walau bagaimanapun, kami hanya akan memproses tahun dan bulan kelahiran anda. Kami tidak mengumpul Maklumat Peribadi secara sengaja daripada mana-mana Kanak-kanak tanpa persetujuan dan perakuan sedemikian. Sila hubungi Pegawai Perlindungan Data kami sekiranya anda percaya kami mempunyai sebarang Maklumat Peribadi daripada mana-mana Kanak-kanak tanpa persetujuan dan perakuan ibu bapa/penjaga tersebut supaya kami boleh menyiasat dengan segera dan keluarkan Maklumat Peribadi sedemikian.

11. HAK ANDA

Seksyen 11 ini (Hak Anda) hanya terpakai kepada pengguna yang berada di Bidang Kuasa Berkaitan, melainkan dinyatakan sebaliknya.

Sekiranya anda adalah pengguna yang berada di Australia, Brazil, California, Kanada, Hong Kong SAR, Indonesia, Jepun, Macau SAR, Malaysia, Mexico, Filipina, Rusia, Serbia, Singapura, Korea Selatan, Sri Lanka, Taiwan Cina, Thailand, Türkiye, Emiriah Arab Bersatu, United Kingdom dan Vietnam, syarat yang dinyatakan di bawah nama bidang kuasa anda dalam halaman ini terpakai kepada anda sebagai tambahan kepada terma yang dinyatakan dalam Dasar Privasi kami.

Anda mungkin mempunyai hak tertentu berhubung dengan maklumat peribadi yang kami simpan tentang anda. Sesetengah hak ini hanya terpakai dalam keadaan tertentu (seperti yang dinyatakan dengan lebih terperinci di bawah). Harap maklum bahawa demi untuk melindungi maklumat anda, kami perlu mengesahkan identiti anda sebelum menjawab sebarang permintaan untuk menggunakan hak anda ("Permintaan DSR"). Untuk melaksanakan hak anda, sila lengkapkan borang permintaan di sini.

Akses & Pembetulan

Seksyen ini juga terpakai kepada pengguna yang menetap di Argentina, Kanada dan Rusia.

Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada Maklumat Peribadi anda yang kami simpan berkenaan anda, cara kami menggunakannya dan dengan siapa kami berkongsi maklumat tersebut. Kami mungkin tidak dapat memberikan anda Maklumat Peribadi tertentu jika tindakan tersebut akan mengganggu hak orang lain (contohnya sekiranya tindakan memberi Maklumat Peribadi yang kami simpan tentang anda akan mendedahkan maklumat tentang orang lain).

Anda juga berhak untuk memperbetulkan maklumat tersebut jika ianya tidak tepat atau tidak lengkap.

Anda boleh mengakses dan memperbetulkan Maklumat Peribadi anda dengan melog masuk ke akaun WeChat anda pada bila-bila masa. Contohnya, anda boleh memadam Data Lokasi tertentu melalui tetapan peranti anda atau pilihan "Kosongkan Lokasi" dalam WeChat.

Sekiranya anda mahu kami membetulkan Maklumat Peribadi anda yang anda tidak boleh betulkan menggunakan akaun anda, sila lengkapkan borang permintaan di sini.

Sekiranya kami bersetuju untuk membetulkan Maklumat Peribadi anda, kami akan menggunakan langkah-langkah yang munasabah untuk memaklumkan mana-mana pihak ketiga yang telah kami dedahkan Maklumat Peribadi yang berkaitan supaya mereka juga boleh membetulkan Maklumat Peribadi tersebut.

Pemadaman

Anda boleh memadam akaun anda, atau mengeluarkan Maklumat Peribadi tertentu, dengan mengelog masuk ke akaun WeChat anda dan mengikut arahan pemadaman akaun di sini. Selepas pemadaman akaun, data pendaftaran teragregat dikekalkan untuk tujuan pencegahan spam dan keselamatan sistem.

Harap maklum bahawa kami tidak akan dapat memadamkan akaun anda jika anda mempunyai baki positif dalam akaun Weixin Pay atau WeChat Pay anda atau merupakan pentadbir Akaun Rasmi atau Program Mini.

Jika terdapat sebarang Maklumat Peribadi lain yang anda percaya kami proses yang anda mahu kami padamkan, sila lengkapkan borang permintaan di sini.

Anda boleh meminta kami memadamkan Maklumat Peribadi yang kami simpan tentang anda dalam keadaan yang berikut:

  • anda percaya bahawa kami tidak lagi perlu menyimpan Maklumat Peribadi anda;

  • kami telah memperoleh persetujuan anda untuk memproses Maklumat Peribadi dan anda menarik balik persetujuan tersebut (dan kami tidak mempunyai sebab asas sah lain untuk memproses Maklumat Peribadi tersebut);

  • anda percaya kami memproses Maklumat Peribadi anda secara tidak sah; atau

  • anda berumur di bawah 13 tahun (atau usia dewasa yang terpakai di bawah undang-undang tempatan yang berkaitan) semasa kami mengumpulkan Maklumat Peribadi tersebut dan kami boleh mengesahkannya.

Anda boleh menggunakan hak anda untuk mengehadkan pemprosesan Maklumat Peribadi anda oleh kami (seperti yang dihuraikan di bawah) sementara kami mempertimbangkan permintaan untuk memadamkan data anda.

Kami boleh mengekalkan Maklumat Peribadi tersebut sekiranya terdapat sebab yang sah di bawah undang-undang untuk kami berbuat demikian (contohnya untuk pembelaan tuntutan undang-undang, kebebasan bersuara atau sesetengah kewajipan perundangan yang lain) tetapi kami akan memaklumkan anda jika berlaku sedemikian.

Jika anda telah meminta kami agar memadamkan Maklumat Peribadi anda yang telah kami dedahkan kepada umum dan terdapat sebab yang sah di bawah undang-undang untuk pemadaman tersebut, kami akan menggunakan langkah yang munasabah untuk memaklumkan mana-mana pihak ketiga yang telah kami dedahkan Maklumat Peribadi yang berkaitan supaya mereka juga boleh memadamkannya.

Sekatan Pemprosesan kepada Simpanan Sahaja

Seksyen ini juga terpakai kepada pengguna yang menetap di Rusia.

Anda mempunyai hak untuk meminta kami untuk berhenti memproses Maklumat Peribadi anda selain daripada tujuan simpanan dalam sesetengah keadaan. Walau bagaimanapun, kami boleh memprosesnya jika terdapat sebab yang sah di bawah undang-undang untuk kami berbuat demikian (contohnya, untuk pembelaan tuntutan undang-undang atau untuk perlindungan orang lain).

Jika kami bersetuju untuk menghentikan pemprosesan Maklumat Peribadi, kami akan menggunakan langkah yang munasabah untuk memaklumkan kepada mana-mana pihak ketiga yang telah kami dedahkan Maklumat Peribadi yang berkaitan supaya mereka juga boleh menghentikan pemprosesannya.

Anda boleh meminta kami menghentikan pemprosesan dan hanya menyimpan Maklumat Peribadi yang kami simpan tentang anda sekiranya:

  • anda percaya Maklumat Peribadi tersebut tidak tepat (selama tempoh yang kami perlukan untuk mengesahkan sama ada ia tepat atau tidak);

  • kami mahu memadamkan Maklumat Peribadi tersebut kerana pemprosesan yang kami lakukan adalah tidak sah (tetapi anda mahu kami mengekalkan Maklumat Peribadi tersebut dan menyimpannya sahaja); atau

  • kami mahu memadamkan Maklumat Peribadi tersebut kerana tidak lagi diperlukan untuk tujuan kami (tetapi anda mahu kami menyimpannya untuk pelaksanaan, penggunaan atau pembelaan tuntutan undang-undang).

Kemudahalihan

Anda mempunyai hak untuk menerima salinan Maklumat Peribadi tertentu dalam format yang berstruktur, biasa digunakan dan boleh dibaca dengan mesin. Ini merangkumi sebarang Maklumat Peribadi yang kami proses berdasarkan persetujuan anda (contohnya Maklumat dan kandungan yang disimpan ke Kegemaran) atau menurut kontrak kami dengan anda (contohnya data profil), seperti yang dihuraikan dalam seksyen "Bagaimanakah kami menggunakan maklumat anda?". Anda boleh menggunakan hak anda untuk mengeksport data anda dengan mengikut arahan di sini.

Anda juga mempunyai hak untuk meminta kami memindahkan Maklumat Peribadi tersebut kepada pihak lain. Sekiranya anda mahu kami memindahkan Maklumat Peribadi tersebut kepada pihak ketiga, sila pastikan anda memberikan butiran pihak ketiga sedemikian. Harap maklum bahawa kami hanya boleh berbuat demikian sekiranya boleh dilaksanakan secara teknikal. Kami tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan Maklumat Peribadi atau pemprosesannya setelah diterima oleh pihak ketiga.

Bantahan

Anda boleh membantah penggunaan Maklumat Peribadi anda oleh kami yang kami gunakan berdasarkan kepentingan sah kami (contohnya apabila kami menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk memastikan keselamatan akaun). Sekiranya anda membantah pemprosesan sedemikian, sila lengkapkan borang permintaan ini.

Setakat yang diperuntukkan oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan, anda boleh menarik balik sebarang persetujuan yang anda berikan sebelum ini kepada kami dengan mengikut arahan yang ditetapkan di sini.

12. PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI INI

Kami mungkin menyemak semula Dasar Privasi Sekiranya ini dari semasa ke semasa. Kami akan mengemas kini versi yang disemak semula di sini berserta dengan tarikh "kemas kini terakhir", dan memaklumkan kepada anda melalui WeChat atau cara lain, mengikut kesesuaian, sebelum perubahan berkuat kuasa.

13. BAHASA

Kami telah menyediakan terjemahan Dasar Privasi ini, namun jika terdapat percanggahan antara versi bahasa tempatan dengan versi Bahasa Inggeris, kecuali dinyatakan sebaliknya oleh undang-undang yang terpakai, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.

Wakil Kami dalam Bidang Kuasa Tertentu

Bidang KuasaWakilAlamatButiran hubungan
KoreaTencent Korea Yuhan Hoesa152, Taeheran-ro, Gangnam-gu (Gangnam Finance Center, Yeoksam-dong), Seoul, Koreadataprotection@wechat.com
SerbiaKaranovic & Partners o.a.d. BeogradResavska 23, Belgrade, 11000, Serbialocal.representative@karanovicpartners.com
ThailandTencent (Thailand) Company Limited8 T-One Building, Floor 10th, 11th & 12th (Unit 3-5), Soi Sukhumvit 40, Sukhumvit Road, Khwaeng Phra Khanong, Khet Khlong Toei, Bangkok 10110, Thailandlocalrepresentative@tencent.co.th
TürkiyeÖzdağıstanli Ekici Avukatlık Ortaklığı.Nidakule Ataşehir Kuzey, Begonya Sok. No:3 Kat. 17 D: 162 / 34746 Ataşehir / İstanbul, Türkiye

Özdağıstanli Ekici Avukatlık Ortaklığı ialah wakil pengawal data kami dan kuasanya terhad kepada kuasa yang ditetapkan di bawah Undang-undang Perlindungan Data Peribadi dengan no. 6698. Özdağıstanli Ekici Avukatlık Ortaklığı tidak dibenarkan untuk sebarang perkara lain seperti pelaksanaan dalam WeChat, larangan, siasatan, aduan sivil atau jenayah.
tencent@iptech-legal.com

TRUSTe

Using the WeChat Open Platform

You are using the WeChat Open Platform because you activated a service from a third-party by following an Official Account, opening a Mini Program, or using WeChat Login on a third-party app or web site. When activating a service, a small amount of data about you (user alias, profile photo, region, gender) is transferred and stored on our secure servers in the China mainland in order to make this information accessible to the third-party service. Transfers of data outside of the European Economic Area are governed by the European Commission’s Standard Contractual Clauses as specified in the WeChat Privacy Policy. Any other information you disclose to the 3rd-party service (e.g. contact info) is governed by the 3rd-party service operator's Privacy Policy and WeChat does not have access to such information.

If you don't wish to use the WeChat Open Platform, Learn how to remove my data from the WeChat Open Platform.