WECHAT – TERMA-TERMA PERKHIDMATAN

Kali terakhir diubah suai: 2024-02-20

PENDAHULUAN

Selamat datang ke WeChat!

Penggunaan WeChat oleh anda tertakluk kepada Terma-terma Perkhidmatan ini (“Terma-terma” ini). Terima kasih kerana mengkaji Terma-terma ini - kami harap anda menikmati penggunaan WeChat.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang, atau sekiranya anda ingin menghantar kepada kami sebarang pemberitahuan yang berkaitan dengan, Terma-terma ini, sila hubungi kami dengan menuju ke “Saya” (Me) -> “Tetapan” (Settings) -> “Bantuan & Maklum Balas” (Help & Feedback) dari dalam WeChat atau dengan melayari help.wechat.com.

Pematuhan dengan Terma-terma ini

Dengan menggunakan WeChat, anda bersetuju untuk diikat dengan Terma-terma ini antara anda dengan:

Kod Dail Antarabangsa bagi Nombor Telefon Dihubungkan kepada Akaun AndaEntiti KontrakAlamat
Sekiranya kod dail antarabangsa bagi nombor telefon yang dihubungkan kepada akaun anda adalah di negara lain selain UK, EEA atau Switzerland (seperti yang ditakrifkan di bawah) atau Republik Rakyat China (kecuali Taiwan, Hong Kong atau Macau) ("Tanah Besar China")WeChat International Pte Ltd10 Anson Road, #21-07 International Plaza, Singapore 079903
Sekiranya kod dail antarabangsa bagi nombor telefon yang dihubungkan kepada akaun anda adalah di United Kingdom, Kawasan Ekonomi Eropah atau Switzerland (UK, EEA atau Switzerland)Tencent International Services Europe BVBuitenveldertselaan 1-5, 1082 VA Amsterdam, the Netherlands

(dalam setiap kes, “kami”).

Kami mungkin menyatakan dalam terma-terma khusus perkhidmatan WeChat tertentu kami bahawa anda mempunyai kontrak dengan salah satu syarikat sekutu kami (bukan WeChat International Pte. Ltd. atau Tencent International Services Europe BV, sebagaimana yang digunakan) berkaitan dengan penggunaan perkhidmatan atau ciri WeChat oleh anda, yang terma-terma khusus perkhidmatan yang berkenaan akan digunakan. Sekiranya ini berlaku, entiti kontrak yang berkenaan akan dikenal pastikan dalam terma-terma khusus perkhidmatan WeChat yang berkenaan. Terma-terma ini (termasuk terma-terma khusus perkhidmatan yang berkenaan tersebut) akan digunakan antara anda dengan entiti kontrak yang dikenal pastikan berkaitan dengan penggunaan perkhidmatan atau ciri WeChat yang berkaitan oleh anda.

Pengguna-pengguna yang Lain

Terma-terma ini hanya digunakan terhadap anda jika anda ialah pengguna WeChat, maksudnya anda telah mendaftar dengan menghubungkan nombor telefon bimbit yang menggunakan kod dail antarabangsa selain +86 (“nombor telefon bimbit bukan Tanah Besar China”).

Terma-terma ini tidak digunakan terhadap anda sekiranya anda pengguna Weixin. Anda ialah pengguna Weixin sekiranya anda sama ada:

Sekiranya anda pengguna Weixin, anda tertakluk pada Perjanjian Weixin berkenaan Lesen Perisian dan Perkhidmatan Tencent Weixin ("Terma Perkhidmatan Weixin") dan bukannya kepada Terma-terma ini.

Anda juga boleh menyemak sama ada anda pengguna WeChat atau Weixin dengan mengklik "Saya" (Me) > "Tetapan" (Settings) > "Tentang" (About) kemudian mengklik pautan kepada "Terma Perkhidmatan". Sekiranya anda melihat WeChat - Terma Perkhidmatan, maka anda pengguna WeChat. Sekiranya anda melihat Perjanjian Lesen Perisian dan Perkhidmatan Tencent Weixin, maka anda pengguna Weixin.

Sekiranya terdapat perubahan berikutnya dalam kod dail antarabangsa bagi nombor telefon yang dihubungkan kepada akaun WeChat atau Weixin anda (sama ada daripada nombor telefon bimbit Tanah Besar China kepada nombor telefon bimbit bukan Tanah Besar China atau sebaliknya), akaun anda akan ditukar kepada sama ada akaun WeChat atau Weixin (bergantung pada keadaan) dan anda akan menerima prom untuk bersetuju dengan terma perkhidmatan yang sepadan (sama ada untuk WeChat atau Weixin bergantung pada keadaan). Anda juga akan tertakluk pada dan akan mematuhi mana-mana undang-undang dan peraturan berkaitan yang digunakan terhadap penggunaan akaun baharu (yang mungkin berbeza daripada yang digunakan sebelum penukaran). Jika anda menukar akaun Weixin anda kepada akaun WeChat, Terma-terma ini digunakan terhadap anda dari tarikh sistem kami merekodkan penukaran tersebut. Sekiranya anda menukar akaun WeChat anda kepada akaun Weixin, Terma-terma ini tidak akan digunakan terhadap anda dari tarikh sistem kami merekodkan penukaran tersebut. Fungsi ini bertujuan untuk memastikan kami memberi anda ciri dan perkhidmatan yang paling relevan dengan akaun anda. Apa-apa penukaran juga harus mengikut Terma-terma ini dan apa-apa peraturan lain bagi platform yang digunakan dan akaun yang cuba menyalahgunakan fungsi ini (contoh, dengan penukaran yang kerap) mungkin akan dihadkan akses mengikut Terma-terma ini.

SALING BOLEH KENDALI DENGAN WEIXIN

WeChat saling boleh kendali dengan Weixin, iaitu anda dapat berkomunikasi dengan pengguna Weixin dan melihat Detik dan Status masing-masing menurut terma-terma yang berkenaan. Anda juga boleh menggunakan ciri tertentu yang dikendalikan oleh Weixin. Penggunaan ciri tersebut tertakluk pada Terma Penggunaan yang berkaitan dengan Weixin atau perjanjian perkhidmatan yang digunakan terhadap ciri tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila lihat di bawah.

Terma-terma ini

Sila kaji Terma-terma ini serta dasar-dasar dan arahan-arahan kami untuk memahami bagaimana anda boleh dan tidak boleh menggunakan WeChat. Anda mesti mematuhi Terma-terma ini sepanjang penggunaan WeChat oleh anda dan hanya menggunakan WeChat seperti yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan-peraturan yang digunakan, di mana anda berada semasa anda menggunakan WeChat. Di negara-negara yang tertentu, terdapat sekatan-sekatan dalam penggunaan WeChat oleh anda – ini adalah tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa anda dibenarkan secara sah untuk menggunakan WeChat di mana anda berada, dan kefungsian-kefungsian WeChat tertentu mungkin tidak tersedia di negara-negara tertentu.

Dengan menggunakan WeChat, anda bersetuju dengan Terma-terma ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Terma-terma ini, anda tidak boleh menggunakan WeChat.

Terma-terma umum lain yang berkaitan dengan Terma-terma ini

Sekiranya anda berumur di bawah 13 umur (atau umur minimum sah yang berkenaan dalam bidang kuasa anda), anda tidak boleh menggunakan WeChat untuk sebarang tujuan tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan ibu bapa atau penjaga anda kepada Terma-terma ini (untuk diri mereka sendiri dan juga bagi pihak anda).

Sekiranya anda menggunakan WeChat bagi pihak mana-mana syarikat, perkongsian, persatuan, kerajaan atau organisasi lain (“Organisasi” anda), anda menjamin bahawa anda diberi kuasa untuk menggunakan WeChat dan bahawa anda diberi kuasa untuk mengikat Organisasi anda dengan Terma-terma tersebut. Dalam keadaan-keadaan sedemikian, “anda” akan merangkumi Organisasi anda.

Kami mungkin menterjemahkan Terma-terma ini kepada pelbagai bahasa. Sekiranya terdapat sebarang perbezaan antara versi Bahasa Inggeris dengan versi-versi bahasa lain Terma-terma ini, versi Bahasa Inggeris akan digunakan (setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan-peraturan yang digunakan).

TERMA-TERMA DAN DASAR-DASAR TAMBAHAN

Pelbagai perkhidmatan dan ciri tersedia dalam atau melalui WeChat dan kami tidak mengendalikan bukan semua perkhidmatan dan ciri ini. Terdapat terma-terma dan dasar-dasar tambahan yang mungkin digunakan untuk penggunaan keseluruhan atau mana-mana bahagian WeChat oleh anda (“Terma-terma Tambahan”). Bagi perkhidmatan dan ciri yang kami kendalikan itu, kami akan memberitahu anda tentang Terma-terma Tambahan dari semasa ke semasa, termasuk seperti yang dinyatakan dalam bahagian ini dan selainnya dari semasa ke semasa dalam WeChat. Terma-terma Tambahan sebegini adalah sebahagian daripada dan dimasukkan ke dalam Terma-terma ini.

Jika anda menggunakan apa-apa perkhidmatan atau ciri yang dikendalikan oleh pihak ketiga (termasuk Weixin), penggunaan anda bagi perkhidmatan atau ciri tersebut akan tertakluk pada terma-terma yang digunakan kepada perkhidmatan yang khusus itu. Sila hubungi pihak ketiga yang berkenaan sekiranya anda tidak pasti terma-terma yang digunakan kepada perkhidmatan khusus itu.

Dasar-dasar WeChat

Dasar-dasar berikut adalah Terma-terma Tambahan yang anda mesti patuhi apabila menggunakan WeChat:

Terma-terma yang digunakan bagi ciri-ciri WeChat tertentu

Sesetengah perkhidmatan dan ciri yang tersedia dalam atau melalui WeChat diiringi Terma-terma Tambahan yang khusus untuk penggunaan perkhidmatan-perkhidmatan dan ciri-ciri tersebut. Anda mesti mematuhi Terma-terma Tambahan (dan juga Terma-terma ini) apabila menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan dan ciri-ciri tersebut. Terma-terma Tambahan khusus perkhidmatan tersebut termasuk:

Terma-terma tambahan khusus negara

Sekiranya anda ialah seorang warganegara atau anda biasanya ialah penduduk di negara-negara berikut, Terma-terma Tambahan khusus negara berikut juga akan digunakan bagi penggunaan WeChat oleh anda:

Percanggahan-percanggahan

Tertakluk pada perenggan berikut dan melainkan sebagaimana yang dinyatakan dengan nyata dalam Terma-terma ini atau dalam mana-mana Terma Tambahan - jika ada percanggahan antara mana-mana Terma Tambahan dengan Terma-terma ini, Terma Tambahan yang berkenaan akan digunakan setakat percanggahan tersebut.

PERUBAHAN-PERUBAHAN

Kami mungkin membuat perubahan-perubahan kepada Terma-terma ini (dan sebarang Terma Tambahan yang digunakan) dari semasa ke semasa (contohnya, untuk menunjukkan pembaikan-pembaikan dan perubahan-perubahan teknikal kepada WeChat (contohnya, untuk mengatasi suatu ancaman keselamatan) atau undang-undang dan peraturan-peraturan yang digunakan (contohnya, untuk menunjukkan hak-hak pengguna yang digunakan)), oleh yang demikian sila kembali dan mengkaji Terma-terma ini dengan sering.

Jika kami berpendapat bahawa perubahan-perubahan tersebut adalah material, kami akan (sekiranya boleh dilaksanakan secara munasabah) memberitahu anda (pada halaman ini atau halaman yang berkenaan untuk terma-terma atau dasar-dasar tambahan yang berkenaan, melalui aplikasi WeChat, melalui komunikasi langsung dengan anda, atau cara-cara yang lain), sebelum perubahan-perubahan tersebut berkuat kuasa. Jika anda terus menggunakan WeChat setelah kami membuat sebarang perubahan kepada Terma-terma ini, anda setuju anda diikat Terma-terma yang telah disemak semula.

PERUBAHAN-PERUBAHAN KEPADA WECHAT

Oleh sebab WeChat dan pengalaman-pengalaman pengguna sentiasa berkembang, dari semasa ke semasa kami mungkin:

Anda bersetuju bahawa kami boleh mengambil mana-mana tindakan sedemikian pada bila-bila masa. Jika kami berpendapat bahawa sebarang perubahan pada WeChat atau mana-mana perkhidmatan atau ciri yang boleh diakses dalam WeChat adalah semunasabahnya material, kami akan (sekiranya boleh dilaksanakan secara munasabah) memberitahu anda (melalui http://www.wechat.com, komunikasi langsung dengan anda, pada halaman ini atau halaman yang berkenaan untuk terma-terma atau dasar-dasar tambahan yang berkenaan, atau cara-cara yang lain), sebelum perubahan-perubahan tersebut berkuat kuasa.

AKAUN ANDA

Anda perlu mewujudkan suatu akaun dengan kami untuk mengakses dan menggunakan WeChat. Sebarang pembukaan akaun anda dengan kami adalah peribadi kepada anda dan anda dilarang memberikan, meminjamkan, memindahkan atau membenarkan orang lain mengakses atau menggunakan akaun anda. Nama akaun, ID pengguna dan apa-apa pengenal pasti lain anda yang anda pakai dalam WeChat tetap merupakan harta kami dan kami boleh melumpuhkan, menuntut semula dan menggunakan semula maklumat-maklumat tersebut sebaik sahaja akaun anda ditamatkan atau dinyahaktifkan untuk apa-apa sebab sama ada oleh anda atau kami.

Anda bertanggungjawab untuk: (i) perlindungan butiran akaun anda, termasuk sebarang kata laluan yang digunakan untuk mengakses akaun anda dan WeChat, dan (ii) semua penggunaan WeChat melalui akaun anda, termasuk sebarang pembelian yang dibuat dan/atau kewajipan bayaran yang timbul bawah akaun anda. Anda mesti memberitahu kami dengan segera dengan menuju ke “Saya” (Me) -> “Tetapan” (Settings) -> “Bantuan & Maklum Balas” (Help & Feedback) dalam WeChat atau dengan melayari http://help.wechat.com sekiranya anda mengetahui atau mengesyaki bahawa kata laluan atau akaun anda telah dikompromikan. Kami akan menganggap semua penggunaan akaun anda dalam WeChat adalah penggunaan oleh anda, melainkan jika kami telah menerima suatu pemberitahuan yang sah dan yang diterima sewajarnya mengenai akaun atau kata laluan anda yang telah dikompromikan.

Kami mungkin membenarkan anda mendaftar dan log masuk ke WeChat dengan menggunakan kefungsian-kefungsian rakam masuk yang disediakan oleh platform-platform pihak ketiga, seperti Facebook atau Apple. Anda bersetuju untuk mematuhi terma-terma dan syarat-syarat platform pihak ketiga berkaitan tersebut yang digunakan bagi penggunaan kefungsian-kefungsian tersebut oleh anda (tambahan kepada Terma-terma ini).

LANGGANAN & PEMBELIAN KANDUNGAN

Dari semasa ke semasa, produk atau perkhidmatan tertentu dalam WeChat mungkin tertakluk pada bayaran (termasuk penyediaan WeChat atau penyediaan ciri-ciri tambahan tertentu dalam WeChat). Kami mungkin menyatakan terma-terma lanjut yang digunakan terhadap pembayaran-pembayaran tersebut (termasuk bayaran balik (sekiranya ada), pengaturan-pengaturan bil dan sebarang akibat kegagalan untuk membuat bayaran tepat pada masanya). Anda mesti mematuhi semua terma berkaitan dengan bayaran anda kepada kami bagi produk atau perkhidmatan sedemikian. Anda bersetuju bahawa anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua yuran dan cukai berkaitan dengan bayaran-bayaran tersebut, dan bahawa harga dan ketersediaan Item-item dan produk-produk adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa.

Sekiranya produk atau perkhidmatan sedemikian tertakluk pada caj-caj automatik, berulang atau langganan dari semasa ke semasa, maka anda bersetuju bahawa (tertakluk kepada undang-undang dan peraturan-peraturan yang digunakan):

Kami mungkin meminda kadar sebarang yuran yang kami kenakan untuk WeChat (atau mana-mana bahagian WeChat) pada bila-bila masa setelah penerbitan dalam WeChat. Sekiranya anda tidak sedia menjelaskan kadar yuran terpinda sedemikian, kami mungkin tidak dapat menyediakan WeChat (atau bahagian WeChat yang berkaitan) kepada anda.

TERTAKLUK KEPADA UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN YANG WAJIB DIGUNAKAN, ATAU SEPERTI YANG SELAINNYA DITETAPKAN OLEH KAMI DALAM TERMA-TERMA INI ATAU UNTUK ITEM ATAU PERKHIDMATAN TERTENTU DALAM WECHAT, KAMI TIDAK DIWAJIBKAN MEMBERI BAYARAN BALIK UNTUK SEBARANG BAYARAN YANG KAMI MENERIMA DARIPADA ANDA BERKENAAN APA-APA ITEM ATAU PERKHIDMATAN DALAM WECHAT (SAMA ADA TELAH DIGUNAKAN ATAU BELUM DIGUNAKAN) DALAM APA JUA KEADAAN.

Sekiranya anda percaya bahawa anda telah dikenakan bayaran secara salah, dan tertakluk kepada undang-undang dan peraturan-peraturan yang digunakan:

KANDUNGAN ANDA

Apabila anda mengemukakan, memuat naikkan, menghantarkan atau memaparkan sebarang data, maklumat, media atau kandungan lain berhubungan dengan penggunaan WeChat oleh anda (“Kandungan Anda”), anda memahami dan bersetuju bahawa:

Di samping itu, anda bersetuju bahawa kami dan syarikat-syarikat sekutu kami (tertakluk kepada Terma-terma ini, Dasar Privasi WeChat kami dan undang-undang dan peraturan-peraturan yang digunakan):

Anda faham bahawa walaupun anda ingin memadamkan Kandungan Anda dari WeChat, pemadaman sedemikian memerlukan sedikit masa atau tidak dapat dicapai disebabkan oleh masalah teknikal dan pentadbiran - contohnya, kami mungkin tidak dapat menghalang penyimpanan atau penggunaan apa-apa Kandungan Anda yang telah anda siarkan melalui WeChat oleh pihak ketiga. Maklumat lebih lanjut mengenai hak-hak anda berhubungan dengan Kandungan Anda dinyatakan dalam Dasar Privasi WeChat kami.

Kami berhak untuk menyekat atau mengalihkan Kandungan Anda atas sebarang alasan, termasuk sebagaimana yang kami anggap sesuai, sebagaimana yang diperlukan oleh undang-undang dan peraturan-peraturan yang digunakan atau menurut Dasar Hak Cipta dan Dasar Penggunaan Boleh Diterima WeChat. Kami berhak untuk menentukan ketampakan, status, atau kedudukan Kandungan Anda dalam WeChat.

Tanggungjawab terhadap Kandungan Anda

Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk Kandungan Anda. Kami tidak bertanggungjawab untuk menyimpan sandaran Kandungan Anda - kami mengesyorkan anda menyimpan suatu salinan sandaran Kandungan Anda pada setiap masa.

Anda harus selalu memastikan bahawa:

PELANGGARAN HAK-HAK

Kami mematuhi peruntukan-peruntukan Akta Digital Millennium Copyright yang digunakan terhadap pembekal-pembekal perkhidmatan Internet (17 U.S.C. §512, seperti yang dipinda) (“DMCA”). Sekiranya anda mempunyai apa-apa aduan berkaitan hak-hak harta intelek mengenai sebarang kandungan yang disiarkan dalam WeChat, sila ikuti arahan-arahan yang dinyatakan dalam Dasar Hak Cipta kami.

KANDUNGAN DAN PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA

*Umum
*Apabila anda menggunakan WeChat, anda mungkin dapat mengakses kandungan daripada pelbagai sumber - mungkin kandungan yang disiarkan oleh pengguna WeChat lain, kandungan yang disediakan oleh pihak ketiga yang mengendalikan Akaun Rasmi Weixin atau Mini Programs, kandungan yang anda lihat dalam iklan yang disediakan oleh pihak ketiga, atau mana-mana kandungan pihak ketiga lain yang dijadikan tersedia atau boleh diakses apabila menggunakan WeChat (semua kandungan ini kita rujuk sebagai "Kandungan Pihak Ketiga").

Semua Kandungan Pihak Ketiga mesti mematuhi dasar kamiserta undang-undang dan peraturan yang digunakan. Jika kami menerima aduan atau menyedari tentang kebimbangan, berkenaan Kandungan Pihak Ketiga, maka kami akan menyemak Kandungan Pihak Ketiga tersebut. Kami mungkin mengambil tindakan untuk memastikan Kandungan Pihak Ketiga itu mematuhi dasar kami atau jika kandungan dianggap sebagai telah melanggar dasar kami, kami boleh mengalih keluar atau enggan menjadikan kandungan tersedia atau memaut padanya. Sebagai contoh, hal ini mungkin berlaku jika kami menganggap Kandungan Pihak Ketiga, atau Kandungan Pihak Ketiga didakwa, melanggar hak harta intelektual, ditentukan sebagai tidak senonoh, memfitnah atau mencaci, sekiranya melanggar mana-mana hak atau sekiranya kandungan mendatangkan apa-apa risiko kepada keselamatan atau prestasi WeChat.

Anda harus kekal berwaspada apabila mengakses, menggunakan atau melihat Kandungan Pihak Ketiga. Kami tidak dapat menyemak semua Kandungan Pihak Ketiga sebelum disiarkan maka jika anda percaya mana-mana Kandungan Pihak Ketiga tidak tepat, mengelirukan, mengandungi pernyataan fitnah, bersifat kesat atau menyalahi undang-undang, sila maklumi kami dengan serta-merta. Anda juga harus ingat bahawa kandungan Pihak Ketiga serta mana-mana maklumat atau kandungan lain yang boleh diakses melalui WeChat yang tidak anda siarkan, mungkin dimiliki oleh pihak ketiga, dan walaupun anda mengakses kandungan di WeChat, ini tidak bermaksud anda mempunyai apa-apa hak dalam atau kepada mana-mana kandungan sedemikian. Anda harus sentiasa menghormati hak orang lain semasa menggunakan WeChat - sekiranya anda mahu menggunakan kandungan dalam cara tertentu, anda harus sentiasa meminta kebenaran daripada pemegang hak yang berkenaan.

Platform WeChat juga menyediakan akses kepada pelbagai produk dan perkhidmatan pihak ketiga - seperti Mini Programs yang disediakan pada Akaun Rasmi Platform Mini Programs Weixin; laman web yang diberikan, disediakan, diiklankan atau dipautkan melalui WeChat (termasuk mana-mana platform atau perkhidmatan WeChat yang berkaitan); serta produk dan perkhidmatan lain yang ditawarkan atau diiklankan oleh pihak ketiga. Produk, perkhidmatan dan laman web ini dikendalikan oleh pihak ketiga maka kami tidak dapat menjamin kualiti, kebolehpercayaan atau kesesuaian kandungan. Sekiranya anda menggunakan atau berinteraksi dengan tawaran pihak ketiga ini, maka anda patut mengajukan apa-apa pertanyaan, aduan atau persoalan kepada pihak ketiga berkaitan yang mengendalikan tawaran itu kerana kami tidak bertanggungjawab apabila anda menggunakan tawaran tersebut atau apa-apa hubungan yang mungkin anda jalin dengan mana-mana pihak ketiga sedemikian (termasuk sebarang kewajipan bayaran atau yuran yang anda mungkin dikenakan apabila anda menggunakan tawaran pihak ketiga sedemikian).

Tawaran yang disediakan oleh pihak ketiga atau Kandungan Pihak Ketiga juga boleh tertakluk pada terma-terma lanjut dari pihak ketiga tersebut - sebagai contoh, terma-terma dari pihak ketiga yang berkaitan yang pada awalnya menghasilkan atau mewujudkan kandungan atau perkhidmatan tersebut, terma-terma berkaitan dengan aktiviti-aktiviti promosi yang diadakan dalam WeChat, terma-terma berkaitan dengan penggunaan kefungsian log masuk WeChat pihak ketiga yang anda gunakan atau terma-terma yang menguasai penggunaan anda berkenaan mana-mana Mini Programs yang disediakan oleh pihak ketiga. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk mengkaji dan mematuhi terma-terma dan syarat-syarat pihak ketiga tersebut.

Kami berhak untuk mengalihkan, mengikut budi bicara tunggal kami dan tanpa pemberitahuan kepada anda, sebarang kandungan, program dan/atau perkhidmatan yang disediakan dalam WeChat (termasuk mana-mana platform atau perkhidmatan yang berkaitan dengan WeChat), menurut Terma-terma ini.

Saling Boleh Kendali dengan Weixin

WeChat saling boleh kendali dengan Weixin, iaitu anda dapat berkomunikasi dengan pengguna Weixin dan melihat Detik dan Status masing-masing menurut terma-terma yang berkenaan. Anda juga boleh menggunakan ciri tertentu yang dikendalikan oleh Weixin. Anda boleh melihat senarai ciri-ciri yang dikendalikan oleh Weixin di sini. Sila ambil perhatian bahawa apabila anda berinteraksi dengan pengguna Weixin, atau menggunakan atau menerima pemberitahuan daripada mana-mana ciri yang dikendalikan oleh Weixin (bersama-sama “Interaksi Saling Boleh Kendali”), pengguna Weixin yang berinteraksi dengan anda adalah tidak tertakluk pada Terma-Terma ini dan sebaliknya tertakluk pada Terma Perkhidmatan Weixin dan Standard Penggunaan Akaun Weixin yang bermaksud bahawa kami akan mengongsikan maklumat anda dengan Weixin sehingga takat yang perlu untuk memudahkan Interaksi Saling Boleh Kendali dan maklumat anda mungkin disimpan, dikongsikan dan/atau disimpan oleh Weixin dalam keadaan yang berbeza dengan apa yang diterangkan dalam Terma-Terma ini atau Dasar Privasi WeChat. Anda boleh membaca cara Weixin mengendalikan dan cara Weixin mengekalkan, berkongsi dan menyimpan maklumat dalam Terma Perkhidmatan Weixin dan Garis Panduan Perlindungan Privasi Weixin. Di samping itu, jika interaksi dengan pengguna Weixin berpotensi menyebabkan pengguna Weixin tersebut melanggar Terma Perkhidmatan Weixin, Standard Penggunaan Akaun Weixin dan mana-mana undang-undang dan peraturan lain yang berkenaan, Weixin boleh menyekat atau mengehadkan kesalingbolehkendalian Weixin dengan WeChat mengikut budi bicaranya, termasuk menyekat atau mengehadkan pengguna Weixin daripada berinteraksi dengan pengguna WeChat.

Akaun Rasmi dan Mini Programs Weixin

Akaun Rasmi Weixin dan fungsi Mini Programs Weixin yang boleh diakses melalui WeChat ialah perkhidmatan Tanah Besar China yang disediakan oleh Weixin. Kandungan dalam Akaun Rasmi dan Mini Programs sedemikian didaftarkan, dibangunkan, dikendalikan dan dimiliki oleh pihak ketiga yang tidak berkaitan dengan WeChat atau Weixin (kecuali dinyatakan dalam Akaun Rasmi atau Mini Programs yang berkaitan). Apabila anda berinteraksi dengan Akaun Rasmi dan Mini Programs sedemikian, penggunaan anda dalam Akaun Rasmi dan Mini Programs yang berkaitan akan tertakluk pada terma-terma pembangun pihak ketiga tersebut untuk Akaun Rasmi atau Mini Programs yang berkaitan dan bukan Terma-terma ini.

Weixin Pay

Sekiranya anda pengguna Weixin Pay, anda mungkin dapat mengakses Weixin Pay melalui platform WeChat. Weixin Pay dikendalikan oleh entiti dilesenkan Tanah Besar China dan penggunaan perkhidmatan Weixin Pay tertakluk pada Perjanjian Perkhidmatan Pengguna Weixin Pay.

KANDUNGAN PENGIKLANAN DALAM WECHAT

WeChat mungkin merangkumi kandungan pengiklanan atau komersial. Anda setuju bahawa:

HAK-HAK HARTA INTELEKTUAL KAMI

Semua hak harta intelektual dalam atau kepada WeChat dan mana-mana Perisian WeChat (termasuk apa-apa kemas kini, peningkatan dan versi baharu yang akan datang bagi semua Perisian WeChat sedemikian), akan terus dimiliki oleh kami dan pemberi-pemberi lesen kami. Melainkan sebagaimana yang dinyatakan secara nyata dalam Terma-terma ini, anda tidak mempunyai hak untuk menggunakan hak-hak harta intelektual kami, termasuk mana-mana cap dagangan atau nama produk kami, logo, nama domain atau ciri jenama distingtif lain, tanpa kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu. Sebarang komen atau cadangan yang anda mungkin kemukakan berkaitan dengan WeChat adalah sepenuhnya dibuat secara sukarela dan kami juga bebas menggunakan komen-komen dan cadangan-cadangan tersebut mengikut budi bicara kami (termasuk menggunakan komen-komen tersebut untuk memperbaiki perkhidmatan-perkhidmatan yang tersedia atau mencipta perkhidmatan-perkhidmatan yang baharu) tanpa sebarang bayaran atau kewajipan lain kepada anda.

Kami memberikan anda satu lesen yang terhad, peribadi, tidak eksklusif, tidak boleh disublesenkan, tidak boleh dipindah milik, bebas royalti dan boleh dibatalkan untuk menggunakan WeChat dan mana-mana perisian daripada kami sebagai sebahagian daripada atau berhubungan dengan penggunaan WeChat oleh anda (setiap perisian sebegitu adalah “Perisian WeChat”), hanya menurut Terma-terma ini dan tertakluk kepada sebarang arahan lain yang kami berikan kepada anda dari semasa ke semasa berkaitan dengan penggunaan WeChat dan/atau Perisian WeChat oleh anda. Sila ambil perhatian bahawa selain daripada terma-terma ini mungkin terdapat terma-terma dan syarat-syarat tambahan yang digunakan bagi Perisian WeChat (atau ciri-ciri tertentu dalam Perisian WeChat).

Anda tidak boleh menyalin, mengubahsuai, mencipta karya-karya terbitan, melakukan susunan balikkan (reverse compile), melakukan kejuruteraan balikkan (reverse engineer) atau mengesktrak kod-kod sumber dari Perisian WeChat, dan anda tidak boleh menjualkan, mengedarkan, mengedarkan semula atau memberikan sub-lesen kepada WeChat atau Perisian WeChat, melainkan setakat mana yang kami tidak boleh melarang anda daripada melakukan demikian di bawah undang-undang atau peraturan-peraturan yang digunakan atau anda mempunyai kebenaran bertulis daripada kami terlebih dahulu untuk berbuat demikian. Jika undang-undang atau peraturan-peraturan yang digunakan melayakkan anda untuk melakukan susunan balikkan (reverse compile) atau mengesktrak kod-kod sumber dari Perisian WeChat, anda perlu menghubungi kami terlebih dahulu untuk meminta maklumat yang diperlukan.

Kami mungkin menyediakan kemas kini-kemas kini bagi Perisian WeChat dari semasa ke semasa. Kemas kini-kemas kini tersebut mungkin berlaku secara automatik atau secara manual. Sila ambil perhatian bahawa Perisian WeChat mungkin tidak akan beroperasi sewajarnya atau sama sekali sekiranya peningkatan-peningkatan atau versi-versi baharu tidak dipasangkan oleh anda. Kami tidak menjamin bahawa kami akan menyediakan apa-apa kemas kini bagi mana-mana Perisian WeChat atau bahawa kemas kini-kemas kini tersebut akan terus menyokong peranti atau sistem anda. Semua kemas kini bagi Perisian WeChat adalah sebahagian daripada Perisian WeChat dan tertakluk kepada Terma-terma ini, melainkan sepertimana yang dinyatakan oleh kami.

Untuk tujuan-tujuan Terma-terma ini, “Perisian WeChat” merangkumi sebarang item, kandungan atau ciri (“Item-item”) dalam Perisian WeChat - contohnya, Pelekat-pelekat, permainan-permainan atau item-item lain yang boleh dimuat turun dalam WeChat, dan sebarang kandungan yang diakses atau digunakan oleh anda dalam WeChat. Anda mesti mematuhi Terma-terma Tambahan yang digunakan terhadap Item-item tersebut. Kami akan memberitahu anda tentang terma-terma dan syarat-syarat tambahan dalam WeChat, dalam suatu Lampiran Terma-terma ini dan/atau dengan cara lain. Kami mungkin memberi anda satu hak yang terhad untuk menggunakan Item-item tersebut setelah anda membuat bayaran dengan “wang dunia nyata” (“real world money”) seperti yang digunakan dari semasa ke semasa. Anda mengaku bahawa anda tidak memiliki Item-item ini dan jumlah yang berkaitan dengan Item-item sedemikian tidak merujuk kepada baki kredit mata wang sebenar atau yang setara dengannya. Kami mungkin menyingkirkan Item-item tersebut dari WeChat pada bila-bila masa, dan kami tidak bertanggungjawab terhadap anda sekiranya kami melaksanakan hak-hak tersebut.

Untuk tujuan-tujuan Terma-terma ini, “Perisian WeChat” juga merangkumi sebarang antara muka atur cara aplikasi (API) yang kami sediakan kepada anda bagi penggunaan yang berhubungan dengan WeChat atau Perisian WeChat oleh anda. Anda mesti mematuhi sebarang Terma Tambahan yang digunakan bagi antara muka atur cara aplikasi tersebut.

Kami mungkin menyediakan sokongan teknikal untuk WeChat (sama ada secara percuma atau dengan mengenakan bayaran) mengikut budi bicara kami. Kami menyediakan sokongan teknikal tanpa sebarang jaminan atau waranti dalam sebarang bentuk, dan tertakluk kepada Terma-terma ini pada setiap masa.

PERISIAN SUMBER TERBUKA

Perisian WeChat tertentu mungkin mengandungi perisian yang tertakluk kepada lesen-lesen “sumber terbuka” (“Perisian Sumber Terbuka”). Jika kami menggunakan Perisian Sumber Terbuka sedemikian, sila ambil perhatian bahawa:

PENGGUNAAN PERANTI ANDA OLEH WECHAT

Untuk menyediakan WeChat untuk anda, kami mungkin memerlukan akses ke dan/atau menggunakan peranti anda yang berkenaan secara maya (contohnya, telefon bimbit, tablet atau komputer meja) yang anda gunakan untuk mengakses WeChat - sebagai contoh, kami mungkin perlu menggunakan pemproses dan penyimpanan peranti anda untuk melengkapkan pemasangan Perisian WeChat yang berkaitan, atau kami mungkin perlu mengakses senarai kenalan anda untuk menyediakan fungsi-fungsi interaktif tertentu dalam WeChat.

Kami akan memberikan maklumat lebih lanjut mengenai bagaimana WeChat menggunakan dan mengakses peranti anda dalam WeChat atau dengan cara lain (contohnya, melalui kedai aplikasi yang berkaitan sebagai sebahagian daripada proses pemasangan untuk WeChat pada peranti anda). Anda bersetuju untuk membenarkan kami mengakses dan menggunakan peranti anda sebegitu, dan anda mengaku bahawa sekiranya anda tidak memberikan hak untuk mengguna atau mengakses kepada kami, kami mungkin tidak dapat menyediakan WeChat (atau ciri-ciri tertentu dalam WeChat) untuk anda.

Sebarang Maklumat Peribadi (seperti yang ditakrifkan dalam Dasar Privasi WeChat) yang kami gunakan atau mengakses dalam peranti anda akan diproses menurut Terma-terma ini, termasuk Dasar Privasi WeChat kami.

Anda mungkin memerlukan sambungan Internet yang mencukupi untuk mengesahkan akaun WeChat anda atau untuk menggunakan WeChat. Anda mungkin juga dikehendaki mengaktifkan kefungsian-kefungsian tertentu dalam WeChat melalui cara yang dijelaskan dalam WeChat. Anda mungkin tidak dapat menggunakan kefungsian-kefungsian tertentu dalam WeChat sekiranya anda tidak memenuhi syarat-syarat tersebut.

Sila ambil perhatian bahawa kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang caj pihak ketiga yang dikenakan terhadap (termasuk sebarang caj dari pembekal-pembekal perkhidmatan Internet dan telekomunikasi anda) yang berkaitan dengan atau timbul dari penggunaan WeChat atau Perisian WeChat oleh anda.

PERISIAN PIHAK KETIGA DAN KETERSAMBUNGAN

Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk sebarang perisian (sama ada perisian anda sendiri atau perisian yang dibekalkan oleh pihak-pihak ketiga) yang anda gunakan berhubungan dengan penggunaan WeChat oleh anda, termasuk perisian atau perkhidmatan-perkhidmatan pihak ketiga yang disediakan untuk anda melalui WeChat, seperti Mini Programs yang disediakan dalam Platform Mini Programs Weixin (“Perisian Pihak Ketiga”).

Sila ambil perhatian bahawa kami tidak bertanggungjawab bagi sebarang ganti rugi atau kerugian yang timbul dari penggunaan Perisian Pihak Ketiga oleh anda dan kami tidak menyokong atau menjamin kualiti, kebolehpercayaan atau kesesuaian mana-mana Perisian Pihak Ketiga. Anda mesti mematuhi sebarang terma dan syarat yang digunakan bagi Perisian Pihak Ketiga.

Kami tidak memberikan sebarang sokongan teknikal untuk mana-mana Perisian Pihak Ketiga. Sila hubungi pembekal pihak ketiga yang berkenaan untuk sokongan teknikal tersebut.

Anda akan memerlukan sambungan Internet yang mencukupi untuk mengesahkan akaun WeChat anda atau untuk menggunakan WeChat. Anda mungkin juga dikehendaki mengaktifkan kefungsian-kefungsian tertentu dalam WeChat melalui cara yang dijelaskan dalam WeChat. Anda mungkin tidak dapat menggunakan ciri-ciri tertentu dalam WeChat sekiranya anda tidak memenuhi syarat-syarat tersebut.

Sila ambil perhatian bahawa kami tidak bertanggungjawab untuk sebarang caj pihak ketiga yang dikenakan terhadap anda (termasuk sebarang caj dari pembekal-pembekal perkhidmatan Internet dan telekomunikasi anda) yang berkaitan dengan atau timbul dari penggunaan WeChat atau Perisian WeChat oleh anda.

WARANTI DAN PENAFIAN

Kami memberi jaminan kepada anda bahawa kami akan menyediakan WeChat dengan menggunakan ketelitian dan kemahiran yang munasabah.

SELAIN WARANTI INI, SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN YANG DIGUNAKAN, WECHAT (TERMASUK MANA-MANA PERISIAN WECHAT) ADALAH DISEDIAKAN “SEPERTI DIDAPATI” (“AS IS”) DAN “SEPERTI TERSEDIA” (“AS AVAILABLE”) DAN KAMI ATAU MANA-MANA SYARIKAT SEKUTU KAMI TIDAK MEMBERI SEBARANG REPRESENTASI ATAU WARANTI ATAU MEMBERI SEBARANG AKU JANJI YANG BERKAITAN DENGAN WECHAT, SEBARANG PERISIAN WECHAT ATAU SEBARANG DATA, MEDIA ATAU KANDUNGAN LAIN YANG DIKEMUKAKAN, DIHANTAR ATAU DIPAPARKAN OLEH WECHAT, TERMASUK:

LIABILITI BAGI WECHAT

SETAKAT MANA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN YANG DIGUNAKAN, JUMLAH LIABILITI AGREGAT KAMI DAN SYARIKAT-SYARIKAT SEKUTU KAMI BAGI SEMUA TUNTUTAN BERKAITAN DENGAN TERMA-TERMA INI, ATAU WECHAT (TERMASUK MANA-MANA PERISIAN WECHAT), YANG TIMBUL DARI SEBARANG KEADAAN, AKAN TERBATAS PADA JUMLAH BERIKUT MENGIKUT YANG LEBIH TINGGI:

Tiada apa-apa dalam terma-terma ini mengehadkan atau mengecualikan mana-mana liabiliti berikut, melainkan jika liabiliti-liabiliti tersebut mungkin diketepikan, dihadkan atau dikecualikan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan yang digunakan:

WALAU APA PUN YANG DIPERUNTUKKAN DALAM TERMA-TERMA INI, TIADA APA-APA DALAM TERMA-TERMA INI YANG MENGEHADKAN ATAU MENGECUALIKAN SEBARANG HAK STATUTORI ANDA DI BIDANG KUASA ANDA (TERMASUK SEBARANG HAK DI BAWAH PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA), SETAKAT MANA HAK-HAK STATUTORI TERSEBUT TIDAK BOLEH DIKECUALIKAN ATAU DIKETEPIKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN YANG DIGUNAKAN.

ANDA SETUJU BAHAWA ANDA (DAN ORGANISASI ANDA, SEKIRANYA ANDA MENGGUNAKAN WECHAT ATAU PERISIAN WECHAT BAGI PIHAK ORGANISASI SEDEMIKIAN) MELINDUNGI KAMI DAN SYARIKAT-SYARIKAT SEKUTU KAMI DARI DAN TERHADAP SEBARANG TUNTUTAN, TINDAKAN GUAMAN, TINDAKAN, PERMINTAAN, GANTI RUGI, HUTANG, KERUGIAN, KOS, PERBELANJAAN (TERMASUK KOS LITIGASI DAN YURAN PEGUAM) DAN LIABILITI YANG TIMBUL DARI:

TIADA LIABILITI UNTUK PIHAK-PIHAK KETIGA

Seperti yang dinyatakan dalam bahagian-bahagian “Kandungan dan Perkhidmatan-perkhidmatan Pihak Ketiga” dan “Perisian Pihak Ketiga” dalam Terma-terma ini, berbagai pihak ketiga mungkin menyediakan kandungan, perkhidmatan-perkhidmatan atau perisian tertentu dalam WeChat.

TERMA-TERMA INI MENGUASAI HUBUNGAN ANTARA ANDA DENGAN KAMI (DAN, JIKA BERKAITAN, SYARIKAT-SYARIKAT SEKUTU KAMI). URUSAN-URUSAN ANDA DENGAN SEMUA PIHAK KETIGA (TERMASUK YANG DIJUMPAI MELALUI, DIPROMOSIKAN MELALUI, DIAKSES MELALUI PAUTAN ATAU SELAINNYA MELALUI WECHAT), ADALAH SEMATA-MATA ANTARA ANDA DENGAN PIHAK KETIGA YANG BERKAITAN. TERTAKLUK KEPADA UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN-PERATURAN YANG DIGUNAKAN, KAMI DAN SYARIKAT-SYARIKAT SEKUTU KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP ANDA BERKAITAN DENGAN MANA-MANA PIHAK KETIGA (TERMASUK SEBARANG KANDUNGAN, PERKHIDMATAN ATAU PERISIAN YANG DISEDIAKAN OLEH PIHAK-PIHAK KETIGA TERSEBUT DALAM WECHAT) MESKIPUN ANDA TERLIBAT DENGAN PIHAK-PIHAK KETIGA TERSEBUT MELALUI WECHAT.

PENAMATAN

Terma-terma ini akan digunakan bagi penggunaan WeChat oleh anda sehingga akses anda kepada WeChat ditamatkan sama ada oleh anda atau kami.

Anda boleh menamatkan penggunaan WeChat, atau mana-mana perkhidmatan yang boleh diakses dalam WeChat, pada bila-bila masa (termasuk sekiranya kami telah memberitahu anda mengenai suatu perubahan yang akan datang berkenaan keseluruhan atau sebahagian WeChat atau Terma-terma ini yang anda tidak setuju). Sekiranya perkhidmatan yang ditamatkan adalah suatu perkhidmatan berbayar, kami boleh memotong dari sebarang bayaran balik apa-apa bahagian yuran yang munasabah sebagai pampasan untuk kos-kos yang ditanggung oleh kami bagi penamatan perkhidmatan yang berkaitan.

Kami mungkin menggantungkan atau menghentikan akses anda ke akaun anda atau mana-mana bahagian atau seluruh WeChat:

dan jika boleh dilaksanakan sewajarnya, kami akan memberi anda notis awal mengenai sebarang penggantungan atau penamatan.

Sekiranya kami menggantung akses anda ke mana-mana atau seluruh WeChat, setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan-peraturan yang digunakan di bidang kuasa anda:

Sekiranya akses anda ke WeChat ditamatkan (secara keseluruhan atau hanya sebahagian) oleh anda atau kami, anda setuju bahawa:

Penyimpanan dan sandaran Kandungan Anda

Selepas penamatan Terma-terma ini, kami hanya akan menyimpan dan menggunakan Kandungan Anda menurut Terma-terma ini dan, setakat mana Kandungan Anda merangkumi Maklumat Peribadi, menurut Dasar Privasi WeChat. Tertakluk kepada Dasar Privasi WeChat dan undang-undang dan peraturan-peraturan yang digunakan di bidang kuasa anda, jika kami menggantungkan atau menamatkan keseluruhan atau sebahagian WeChat, atau jika akses anda ke WeChat ditamatkan oleh anda atau kami, kami tidak menjamin bahawa kami dapat memulangkan mana-mana Kandungan Anda kepada anda dan kami mungkin memadamkan Kandungan Anda selama-lamanya tanpa notis kepada anda pada bila-bila masa selepas penamatan. Sila pastikan anda kerap membuat sandaran untuk Kandungan Anda.

UMUM

Tertakluk kepada undang-undang dan peraturan-peraturan yang digunakan di bidang kuasa anda, Terma-terma ini menyatakan keseluruhan perjanjian antara anda dengan kami berkaitan dengan WeChat – anda setuju bahawa anda tidak akan membuat tuntutan terhadap kami bagi sebarang penyataan yang tidak dinyatakan secara nyata dalam Terma-terma ini. Perkataan “termasuk” dan “rangkum” harus ditafsirkan tanpa batasan. Ketaksahan mana-mana peruntukan Terma-terma ini (atau mana-mana bahagian daripada mana-mana peruntukan) tidak akan mempengaruhi kesahan atau penguatkuasaan mana-mana peruntukan lain (atau baki bahagian peruntukan tersebut). Sekiranya mahkamah memutuskan bahawa kami tidak boleh menguatkuasakan mana-mana bahagian Terma-terma ini seperti yang dinyatakan, kami mungkin menggantikan terma-terma tersebut dengan terma-terma yang serupa setakat mana yang boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang dan peraturan-peraturan yang digunakan, tanpa mengubah baki terma-terma dalam Terma-terma ini. Kelewatan penguatkuasaan mana-mana peruntukan Terma-terma ini oleh kami tidak akan ditafsirkan sebagai penepian sebarang hak di bawah peruntukan tersebut. Sebarang hak dan kewajipan di bawah Terma-terma ini akan terus digunakan mengikut sifat terma-terma tersebut, termasuk apa-apa kewajipan berkaitan dengan liabiliti, atau tanggung rugi (sekiranya ada) yang diberikan oleh, pihak-pihak berkenaan, akan tetap berkuat kuasa selepas penamatan atau tamat tempoh Terma-terma ini.

Tiada orang lain selain anda dan kami akan mempunyai sebarang hak untuk menguatkuasakan Terma-terma ini, sama ada menurut Akta Kontrak (Hak-hak Pihak-pihak Ketiga) 2001 (Bab 53B) (Contracts (Rights of Third Parties) Act 2001) (Chapter 53B)) Singapura atau selainnya, dan anda tidak boleh menugaskan, menyerahkan hak atau memindahkan Terma-terma ini atau sebarang hak atau kewajipan di bawah Terma-terma ini tanpa persetujuan kami terlebih dahulu. Kami bebas untuk menyerahkan hak atau memindahkan Terma-terma ini atau hak-hak dan kewajipan-kewajipan kami di bawah Terma-terma ini, secara keseluruhan atau sebahagian, tanpa persetujuan anda terlebih dahulu atau tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada anda. Kami bebas untuk memberikan subkontrak bagi mana-mana bahagian Terma-terma ini yang perlu kami laksanakan pada bila-bila masa, tanpa persetujuan anda terlebih dahulu atau tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada anda.

UNDANG-UNDANG YANG MENGUASAI DAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN

Melainkan setakat mana:

TERMA-TERMA PERKHIDMATAN WECHAT (TERMA-TERMA KHUSUS AMERIKA SYARIKAT)

*Sekiranya anda seorang pengguna WeChat di Amerika Syarikat, Terma-terma Tambahan berikut:

Sekiranya anda seorang pengguna WeChat di Amerika Syarikat, terma-terma berikut secara nyata menggantikan bahagian “Undang-undang yang Menguasai dan Penyelesaian Pertikaian” dalam Terma-terma ini.

Sekiranya anda tinggal di (atau, sekiranya perniagaan, tempat utama perniagaan anda adalah di) Amerika Syarikat, undang-undang negeri tempat tinggal anda menguasai semua tuntutan, meskipun prinsip konflik undang-undang, kecuali bahawa Federal Arbitration Act menguasai semua peruntukan berkaitan dengan timbang tara. Anda dan kami memberikan persetujuan yang tidak boleh ditarik balik kepada bidang kuasa eksklusif dan tempat mahkamah negeri atau persekutuan California, untuk semua pertikaian yang timbul dari atau berkaitan dengan Terma-terma ini yang dibicara di mahkamah (tidak termasuk timbang tara).

SETIAP PIHAK DENGAN INI MENGETEPIKAN SEBARANG DAN SEMUA HAK UNTUK PERBICARAAN OLEH JURI ATAU UNTUK MENYERTAI SUATU TINDAKAN KELAS DALAM SEBARANG PROSIDING UNDANG-UNDANG YANG TIMBUL DARI ATAU BERKAITAN DENGAN TERMA-TERMA INI ATAU TRANSAKSI-TRANSAKSI YANG DINIATKAN DI SINI.

Sekiranya suatu pertikaian timbul, anda dan kami setuju untuk mencuba selama enam puluh (60) hari untuk menyelesaikan pertikaian tersebut secara tidak rasmi. Sekiranya anda dan kami tidak dapat mencapai penyelesaian tidak rasmi dalam tempoh enam puluh (60) hari, anda dan kami setuju untuk timbang tara individu yang mengikat di hadapan American Arbitration Association (“AAA”) di bawah Federal Arbitration Act (“FAA”) (dan timbang tara sedemikian dijalankan menurut AAA's Commercial Arbitration Rules), dan setuju untuk tidak menuntut di mahkamah di hadapan hakim atau juri. Sebaliknya, seorang penimbang tara neutral akan membuat keputusan dan keputusan penimbang tara tersebut adalah muktamad kecuali hak rayuan yang terhad di bawah FAA. Tuntutan-tuntutan tindakan kelas, timbang tara-timbang tara bagi kelas (class-wide arbitrations), tindakan-tindakan swasta peguam negara, dan prosiding-prosiding lain jika seseorang bertindak dalam kapasiti perwakilan tidak dibenarkan, dan penggabungan prosiding-prosiding individu tanpa persetujuan semua pihak juga tidak dibenarkan. Terma-terma ini menguasai setakat mana terma-terma tersebut bercanggah dengan AAA’s Commercial Arbitration Rules atau Consumer Arbitration Rules. Anda dan kami mesti memfailkan sebarang tuntutan atau pertikaian timbang tara (kecuali pertikaian-pertikaian harta intelek) dalam tempoh satu tahun dari tarikh paling awal tuntutan atau pertikaian tersebut boleh difailkan. Sekiranya penepian tindakan kelas didapati tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan bagi keseluruhan atau beberapa bahagian apa-apa pertikaian, maka bahagian-bahagian tersebut tidak akan ditimbang tara tetapi akan diteruskan di mahkamah, dan selebihnya akan terus ditimbang tara. Sekiranya sebarang peruntukan lain dari peruntukan-peruntukan mengenai timbang tara didapati tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan, peruntukan tersebut akan dipisahkan tetapi peruntukan-peruntukan yang lain mengenai timbang tara masih digunakan.

Sekiranya anda merupakan seorang penduduk California, maka (kecuali setakat mana dilarang oleh undang-undang yang digunakan), anda bersetuju untuk mengetepikan California Civil Code Section 1542, dan sebarang peruntukan yang serupa di mana-mana bidang kuasa lain (sekiranya anda seorang penduduk wilayah yang lain), yang menyatakan: (dalam bahasa asalnya iaitu Bahasa Inggeris “A general release does not extend to claims that the creditor or releasing party does not know or suspect to exist in his or her favor at the time of executing the release and that, if known by him or her, would have materially affected his or her settlement with the debtor or released party”.

TERMA-TERMA PERKHIDMATAN WECHAT (TERMA-TERMA KHUSUS AUSTRALIA)

*Sekiranya anda seorang pengguna WeChat di Australia, Terma-terma Tambahan berikut:

Semua jaminan, waranti, representasi, atau terma dan syarat lain yang nyata atau tersirat berkaitan dengan Terma-terma ini atau subjek-subjek tersebut, yang tidak terkandung dalam Terma-terma ini, dikecualikan dari Terma-terma ini setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan-peraturan yang digunakan.

Tiada apa-apa dalam Terma-terma ini yang mengecualikan, menyekat atau mengubah sebarang jaminan, waranti, terma atau syarat, hak atau remedi yang tersirat atau dikenakan oleh undang-undang dan peraturan-peraturan yang digunakan, yang tidak dapat dikecualikan, disekatkan atau diubah secara sah.

Sekiranya sebarang jaminan, syarat, waranti atau terma adalah tersirat atau dikenakan oleh undang-undang dan peraturan-peraturan yang digunakan dan tidak boleh dikecualikan (suatu “Peruntukan yang Tidak Boleh Dikecualikan”), dan kami boleh mengehadkan remedi anda untuk apa-apa pelanggaran Peruntukan yang Tidak Boleh Dikecualikan, maka liabiliti kami untuk apa-apa pelanggaran Peruntukan yang Tidak Boleh Dikecualikan terbatas pada mana-mana yang berikut mengikut pilihan kami:

TERMA-TERMA PERKHIDMATAN WECHAT (TERMA-TERMA KHUSUS UNITED KINGDOM DAN KESATUAN EROPAH)

*Sekiranya anda seorang pengguna WeChat dan berada di United Kingdom atau Kesatuan Eropah, Terma-terma Tambahan berikut:

Bayaran balik bagi pembelian-pembelian anda

Sekiranya anda telah membeli dan membayar untuk apa-apa produk atau perkhidmatan WeChat yang disediakan oleh kami (dan bukan oleh mana-mana pihak ketiga), anda mungkin menerima bayaran balik untuk pembelian tersebut sekiranya kami menerima permintaan bayaran balik daripada anda dalam tempoh 14 hari dari tarikh anda melengkapkan pembelian yang berkaitan. Sekiranya anda telah menggunakan sebahagian daripada produk atau perkhidmatan yang berkaitan, anda akan menerima bayaran balik untuk bahagian yang belum digunakan sahaja. Sekiranya terdapat suatu produk muat turun atau penstriman, anda mengaku bahawa dengan meneruskan pemuatan turun atau penstriman produk tersebut, anda tidak berhak mendapat bayaran balik bagi pembelian tersebut.

Kami menyatakan maklumat lanjut dalam perkhidmatan-perkhidmatan WeChat yang berkenaan dan Terma-terma Tambahan yang digunakan tentang bagaimana anda boleh mengemukakan permintaan bayaran balik anda.

Penyelesaian Pertikaian – Kesatuan Eropah Sahaja

Meskipun terdapat bahagian “Undang-undang yang Menguasai dan Penyelesaian Pertikaian” dalam Terma-terma ini, sekiranya anda menetap di Kesatuan Eropah dan merupakan “pengguna” seperti yang ditakrifkan di bawah EU Directive 83/2011/EU, sebarang pertikaian, kontroversi atau tuntutan (sama ada dalam kontrak, tort atau selainnya) antara kami dan anda, yang timbul dari, berkaitan dengan, atau berhubungan dengan Terma-terma ini akan dirujuk kepada dan akhirnya diputuskan oleh mahkamah di mana anda tinggal atau berdomisil. Anda juga boleh memfailkan suatu aduan melalui platform dalam talian untuk penyelesaian pertikaian alternatif (ODR-platform). ODR-platform tersebut tersedia melalui pautan berikut: https://ec.europa.eu/consumers/odr.

Kerugian atau kerosakan

Sekiranya sebarang perkhidmatan atau ciri WeChat yang kami bekalkan merosakkan suatu peranti atau kandungan digital milik anda dan ini disebabkan oleh kegagalan kami untuk menggunakan ketelitian dan kemahiran yang munasabah, kami akan membaiki kerosakan tersebut atau membayar pampasan yang munasabah untuk kerosakan sedemikian. Walau bagaimanapun, kami tidak akan bertanggungjawab atas kerosakan yang anda mungkin dapat elakkan jika anda mengikuti nasihat kami untuk mengaplikasikan kemas kini yang ditawarkan kepada anda secara percuma atau bagi kerosakan yang disebabkan oleh kegagalan anda untuk mengikuti arahan-arahan pemasangan atau menggunakan sistem minimum yang diperlukan seperti yang dinasihatkan oleh kami. Kami hanya menyediakan WeChat dan perkhidmatan-perkhidmatan atau ciri-ciri yang boleh diakses melalui WeChat untuk kegunaan domestik dan peribadi. Sekiranya anda menggunakan WeChat atau perkhidmatan-perkhidmatan atau ciri-ciri untuk sebarang tujuan komersial atau perniagaan, kami tidak akan bertanggungjawab terhadap anda untuk kehilangan keuntungan, kehilangan perniagaan, gangguan perniagaan, atau kehilangan peluang perniagaan.

TERMA-TERMA PERKHIDMATAN WECHAT (TERMA-TERMA KHUSUS SINGAPURA)

Melainkan anda telah memberikan persetujuan anda, atau setakat yang dinyatakan dalam Dasar Privasi kami, kami hanya akan menggunakan maklumat anda untuk tujuan-tujuan berikut: