WECHAT – DASAR PENGGUNAAN BOLEH DITERIMA

Terakhir dikemas kini: 2023-08-01

Selamat datang ke WeChat!

Dasar Penggunaan Boleh Diterima ini menetapkan peraturan untuk memastikan kelakuan yang baik untuk penggunaan WeChat.

Dasar ini (sebagai sebahagian daripada Terma Perkhidmatan WeChat) digunakan pada sesiapa yang menggunakan WeChat. Apabila anda menggunakan WeChat, anda bersetuju dengan Dasar ini. Jika anda tidak bersetuju dengan Dasar ini, maka jangan gunakan WeChat.

Kami boleh mengemas kini dasar ini pada bila-bila masa mengikut budi bicara kami semata-mata menurut Terma Perkhidmatan.

Mana-mana terma yang digunakan dalam Dasar ini akan mengandungi makna yang diberikan dalam Dasar ini atau, jika tidak ditakrifkan dalam Dasar ini, maksud yang diberikan dalam Terma Perkhidmatan WeChat.

Jika anda mempunyai apa-apa pertanyaan tentang Dasar ini, sila hubungi kami menggunakan butiran pada penghujung Dasar ini.

1. Pengenalan

1.1 UMUM

Matlamat kami untuk WeChat ialah WeChat akan sentiasa memberikan impak positif pada kehidupan pengguna kami dan menjadi platform yang bermanfaat kepada para penggunanya.

Kami sentiasa mahu menambah baik dan membuat pembaharuan di WeChat. Sebahagian daripada usaha untuk mencapai matlamat ini adalah dengan memastikan pengguna boleh terus menggunakan WeChat dengan selamat dan WeChat digunakan dalam cara yang boleh diterima oleh semua pengguna. Dasar ini menetapkan peraturan untuk memastikan kelakuan yang baik dalam penggunaan WeChat oleh pengguna. Anda juga boleh merujuk kepada Garis Panduan Komuniti WeChat yang menerangkan lebih lanjut berkenaan jenis kandungan mesej dan tingkah laku yang dilarang di WeChat.

Kami dibimbing oleh maklum balas berterusan daripada pengguna dan pakar industri dalam membangunkan Dasar ini dan kami berusaha untuk memastikan bahawa Dasar ini merangkumi pelbagai idea, pandangan dan maklumat. Kami sentiasa sedia untuk menerima maklum balas daripada pengguna kami – jika anda mahu berbuat demikian, sila hubungi kami menggunakan butiran pada penghujung Dasar ini.

1.2 Penguatkuasaan dan pelanggaran (atau pelanggaran yang berkemungkinan) Dasar ini

Jika anda (atau kami percaya anda telah) melanggar Dasar ini, kami mungkin, mengikut budi bicara kami, melakukan mana-mana atau semua perkara berikut:

Walaupun matlamat kami adalah untuk menggunakan Dasar ini secara konsisten merentas semua bidang kuasa, dalam sesetengah bidang kuasa mungkin terdapat keperluan khusus berdasarkan undang-undang berkenaan yang memerlukan penggunaan berbeza terhadap bahagian dalam Dasar ini. Selain itu, undang-undang yang terpakai kepada WeChat sentiasa berubah-ubah, maka sila berikan perhatian kepada perubahan undang-undang dan peraturan yang terpakai kepada pengguna dalam bidang kuasa lain.

Jika anda ingin melaporkan pengguna lain yang mungkin telah melanggar dasar ini, sila rujuk Seksyen 12 Dasar ini untuk butiran hubungan kami.

1.3 Bagaimanakah kami menggunakan Dasar ini?

Kami akan bertindak secara wajar semasa menguatkuasakan Dasar ini dan mempertimbangkan sama ada sebarang kandungan atau kelakuan melanggar Dasar ini. Sila rujuk bahagian yang selebihnya dalam Dasar ini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara yang kami anggap sebagai kandungan atau kelakuan yang melanggar Dasar ini.

Kami berhubung dengan pengguna kami dan pakar pihak ketiga dari semasa ke semasa, untuk memastikan Dasar ini terus mencerminkan nilai kami dan undang-undang serta peraturan yang berkenaan, sambil memastikan bahawa penggunaan WeChat tetap menjadi pengalaman yang selamat dan menyeronokkan bagi pengguna kami.

1.4 Cara kami boleh mengesan kandungan yang berbahaya

Kami membangunkan dan menggunakan proses automatik untuk mengesan dan mencegah kandungan berbahaya yang melanggar Dasar ini (termasuk kandungan yang melanggar apa-apa undang-undang atau peraturan yang berkenaan) daripada memasuki, menggunakan atau kekal pada WeChat, tertakluk pada kewajipan kami menurut undang-undang yang berkenaan (termasuk undang-undang antarabangsa yang terpakai pada perkhidmatan sekutu kami). Kami mungkin menolak atau mengalih keluar apa-apa kandungan berbahaya yang tersedia pada atau dipindahkan melalui WeChat dengan cara yang melanggar Dasar ini. Anda boleh menghubungi kami di policy@wechat.com jika anda mempunyai pertanyaan tentang tindakan yang diambil menurut Seksyen 1.4 ini.

1.5 Kesalingbolehkendalian dengan Weixin

WeChat adalah saling boleh kendali dengan Weixin, supaya anda dapat berkomunikasi dengan pengguna Weixin dan menggunakan ciri-ciri tertentu yang dikendalikan oleh Weixin.

Apabila anda menggunakan ciri-ciri yang dikendalikan oleh Weixin, anda tertakluk kepada Terma Perkhidmatan Weixin yang berkaitan atau perjanjian perkhidmatan yang dikenakan pada ciri-ciri tersebut. Pelanggaran terma tersebut boleh mengakibatkan sekatan ke atas kesalingbolehkendalian WeChat dengan Weixin mengikut budi bicara kami, termasuk sekatan ke atas hak anda untuk menggunakan ciri-ciri yang dikendalikan oleh Weixin.

Sila ambil perhatian bahawa pengguna Weixin yang berinteraksi dengan anda adalah tertakluk kepada Terma Perkhidmatan Weixin, Garis Panduan Perlindungan Privasi Weixin dan mana-mana undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Perkara ini bermaksud bahawa jika interaksi anda dengan pengguna Weixin berpotensi menyebabkan pengguna Weixin tersebut melanggar Terma Perkhidmatan Weixin, Garis Panduan Perlindungan Privasi Weixin dan mana-mana undang-undang dan peraturan yang berkenaan, Weixin boleh menyekat atau mengehadkan kesalingbolehkendalian Weixin dengan WeChat mengikut budi bicaranya, termasuk menyekat atau mengehadkan pengguna Weixin daripada berinteraksi dengan pengguna WeChat.

Akhir sekali, apabila anda telah (atau secara munasabah kami percaya) melanggar Dasar ini, kami juga boleh mengambil tindakan mengikut budi bicara kami selaras dengan Dasar ini.

2. Keganasan dan JENAYAH

Kami melarang kandungan ganas, jenayah, haram atau tidak wajar di WeChat.

Secara khususnya, kami bermatlamat untuk memastikan bahawa sebarang kandungan yang mungkin (menurut pendapat kami) merupakan risiko bahaya yang sebenar atau ancaman langsung kepada keselamatan awam akan dialih keluar secepat yang boleh dilaksanakan.

Selain itu, apa-apa kandungan yang melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan yang berkenaan akan dialih keluar sebaik sahaja boleh dilaksanakan.

Kandungan atau kelakuan sedemikian boleh termasuk yang berikut:

Kami turut melarang mana-mana organisasi atau individu yang terlibat dalam mana-mana aktiviti di atas, termasuk mana-mana penyelarasan atau galakan yang berkaitan.

Aktiviti jenayah dan/atau haram dalam bidang kuasa yang berbeza mungkin termasuk:

Butiran lanjut berkenaan pelbagai aktiviti haram yang kami larang di WeChat dinyatakan pada bahagian yang selebihnya dalam Dasar ini.

3. Keselamatan Peribadi

Kami ingin memastikan WeChat ialah persekitaran yang selamat untuk semua pengguna kami.

Oleh itu, kami melarang sebarang kandungan atau kelakuan yang berkaitan dengan, menggambarkan, mempromosikan atau menggalakkan penyertaan dalam, atau meminta mana-mana yang berikut:

4. Perlindungan PRIVASI dan maklumat rahsia/sulit

Kami komited untuk melindungi privasi dan maklumat rahsia/sulit pengguna kami dan melarang perkongsian atau penerbitan sebarang maklumat sedemikian tanpa kebenaran jelas atau asas sah yang lain. Kelakuan dilarang tersebut termasuklah:

Selain itu, kami sentiasa mengendalikan dan melindungi maklumat peribadi pengguna kami mengikut Dasar Privasi kami.

5. Kandungan yang tidak menyenangkan

Kami melarang kandungan dan kelakuan yang tidak menyenangkan di WeChat. Kami menganggap kandungan dan kelakuan yang tidak menyenangkan sebagai sebarang kandungan atau kelakuan yang secara munasabah berkemungkinan akan menyebabkan rasa marah dan/atau bimbang, sama ada kepada subjek dan/atau kepada orang awam. Hal ini mungkin merangkumi:

6. KESAHIHAN KANDUNGAN DAN TINGKAH LAKU

Kami bermatlamat untuk memastikan kandungan dan tingkah laku di WeChat kekal sahih, dengan cuba menghapuskan berita palsu, maklumat palsu, maklumat salah, pengiklanan palsu, penipuan dan pelanggaran keselamatan di WeChat.

Oleh itu, kami melarang kandungan berikut:

Pelbagai bidang kuasa telah melaksanakan undang-undang dalam bahagian ini. Kami akan mematuhi undang-undang sedemikian apabila dikehendaki untuk berbuat demikian (termasuk permintaan kerajaan dan perintah mahkamah yang dibuat menurut undang-undang sedemikian). Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara kami mengendalikan permintaan kerajaan, sila lihat Garis Panduan Permintaan Data Penguatkuasaan Undang-undang dan Dasar Permintaan Kerajaan kami.

7. Penyalahgunaan WeChat

7.1 Umum

Kami melarang penyalahgunaan WeChat. Tindakan ini termasuk:

7.2 Pelanggaran hak kami dan gangguan teknikal WeChat yang lain

Kami melarang sebarang penggunaan WeChat yang melanggar (atau mungkin melanggar) hak kami atau sebaliknya mengganggu WeChat secara teknikal. Penggunaan sedemikian mungkin termasuk yang berikut:

7.3 Pengguna yang dilarang

Anda tidak boleh mendaftar atau menggunakan WeChat jika:

8. Barangan dan perkhidmatan yang terkawal

Dalam pelbagai bidang kuasa, barangan dan perkhidmatan tertentu mungkin menyalahi undang-undang, atau barangan dan perkhidmatan hanya boleh diedarkan dan/atau dijual tertakluk pada kelayakan dan sekatan.

Kami mengakui bahawa bidang kuasa yang berbeza mungkin mengendalikan pelbagai barangan dan perkhidmatan dengan berbeza. Hal ini perlu diseimbangkan dengan matlamat kami untuk menggunakan Dasar ini dengan adil dan konsisten bagi semua pengguna di seluruh dunia.

Oleh itu, dalam sesetengah keadaan, kami mungkin melarang jualan atau pengedaran item tertentu secara keseluruhan. Dalam keadaan lain, kami mungkin membenarkan jualan atau pengedaran tersebut, tertakluk pada sekatan tertentu yang kami keluarkan (cth., had umur atau geografi). Sekatan tersebut akan mengambil kira undang-undang dan garis panduan yang berkenaan dan kami boleh mengemas kini dari semasa ke semasa mengikut budi bicara kami semata-mata.

Item sedemikian mungkin termasuk:

Sekatan lanjut (dan butiran berkenaan sekatan sedemikian) boleh dinyatakan dalam terma dan syarat lain yang berkenaan.

9. PENGENDALIAN KAMI TERHADAP HAK HARTA INTELEKTUAL DAN KANDUNGAN LAIN

Kami mengambil serius undang-undang harta intelektual dan sentiasa bermatlamat untuk memastikan WeChat mematuhi semua undang-undang dan peraturan berkaitan hak harta intelektual yang berkenaan. Kami boleh mengalih keluar sebarang kandungan yang melanggar harta intelektual satu pihak dan/atau hak proprietari lain pada bila-bila masa.

Pengendalian kami terhadap hak harta intelektual dan kandungan lain tertakluk pada:

Selain itu, kami mematuhi permintaan berikut (tertakluk pada undang-undang yang berkenaan dan menurut dasar WeChat yang relevan):

10. permintaan daripada pihak kerajaan

10.1 Kami menerima pelbagai permintaan daripada pihak berkuasa kerajaan berkenaan dengan WeChat. Apabila permintaan sedemikian dibuat:

11. KANDUNGAN POLITIK PROMOSI

11.1 Kami melarang kandungan politik promosi di WeChat, sekiranya:

11.2 "Kandungan politik promosi" ialah apa-apa kandungan promosi berkenaan:

Selain itu, kami tidak menerima kandungan politik promosi daripada atau dibayar oleh calon untuk pilihan raya; parti politik; atau mana-mana pegawai kerajaan yang dipilih atau dilantik.

11.3 Kandungan politik promosi boleh termasuk yang berikut:

11.4 Kami mengakui bahawa bidang kuasa yang berbeza mempunyai pelbagai undang-undang yang mengawal kandungan politik promosi. Kami akan mematuhi undang-undang sedemikian apabila perlu berbuat demikian, termasuk penyelenggaraan maklumat berkaitan iklan politik dan pendedahan maklumat tersebut kepada pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan. Selain itu, pihak berkuasa kerajaan mungkin memerlukan kandungan politik promosi dialih keluar mengikut undang-undang dan peraturan yang berkenaan dan menurut Dasar Permintaan Kerajaan kami.

11.5 Kami akan terus menyemak bahagian ini dan akan mempertimbangkan sekatan khusus negara atau sekatan atau kelayakan lain dari semasa ke semasa. Kami akan memaklumi pengguna kami sekiranya kami melaksanakan sekatan atau kelayakan sedemikian.

12. CARA MENGHUBUNGI KAMI

Sila hubungi kami di policy@wechat.com untuk melaporkan apa-apa pelanggaran (atau pelanggaran yang berkemungkinan) Dasar ini atau jika anda mempunyai pertanyaan lain berkenaan Dasar ini.

TAMBAHAN UNTUK PENGGUNA YANG TERTAKLUK PADA BIDANG KUASA KOREA SELATAN

Jika anda pengguna WeChat yang tertakluk pada bidang kuasa Korea Selatan, terma tambahan yang berikut: (i) disepadukan dengan Dasar ini; (ii) terpakai pada penggunaan anda terhadap WeChat; dan (iii) mengatasi terma utama Dasar ini sekiranya terdapat apa-apa ketidakkonsistenan.

  1. Siaran dimuat naik oleh pengguna yang mengandungi kandungan video yang menyalahi undang-undang boleh mendatangkan akibat jenayah menurut undang-undang Korea Selatan yang berkenaan.

  2. Untuk siaran dimuat naik pengguna yang mengandungi kandungan video menyalahi undang-undang dan mendatangkan akibat jenayah menurut undang-undang Korea Selatan yang berkenaan, kami mungkin menyekat paparan atau memadamkan siaran tersebut, atau menolak untuk menyiarkan siaran tersebut, menurut Artikel 22-5 (1) Akta Perniagaan Telekomunikasi Korea Selatan.