DASAR PRIVASI WECHAT

PENGENALAN

Selamat Datang ke WeChat!

Tencent International Pte. Ltd. ("kami", atau "kita") menghargai privasi anda.Dasar Privasi ini memaklumkan kepada anda pilihan anda dan amalan kami berkenaan mana-mana Maklumat (seperti yang ditakrifkan dalam bahagian "Maklumat yang Kami Kumpul dan Bagaimana Kami Mengumpulnya" di bawah) yang anda berikan kepada kami.

Penggunaan WeChat (melalui aplikasi mudah alih WeChat, http://www.wechat.com atau mana-mana platform pihak ketiga yang mana melaluinya WeChat disediakan) mungkin melibatkan pengumpulan dan penggunaan Maklumat anda.Adalah penting bagi anda untuk memahami bagaimana ini berlaku dan bagaimana anda boleh mengawalnya, oleh itu sila baca Dasar Privasi ini dengan teliti.

Dengan menggunakan WeChat, anda bersetuju bahawa kami boleh mengumpul, menggunakan dan berkongsi Maklumat anda menurut Dasar Privasi ini, sebagaimana yang dipinda dari semasa ke semasa.

Jika anda ingin menghubungi kami mengenai Dasar Privasi ini atau apa-apa perkara berkaitan privasi, sila hubungi Pegawai Privasi kami melalui e-mel di policy@wechat.com atau melalui mel pos di Tingkat 29, Three Pacific Place, 1 Queen Road East, Wanchai, Hong Kong (Perhatian:Pegawai Privasi, Jabatan Undang-undang).

SKOP DAN PENGGUNAAN DASAR PRIVASI INI

Dasar Privasi ini terpakai kepada WeChat, termasuk mana-mana perkhidmatan yang berkaitan dengan WeChat yang menggabungkan Dasar Privasi ini secara rujukan (contohnya, Platform Pentadbir Akaun Rasmi WeChat). Perkhidmatan yang berkaitan WeChat mungkin mempunyai terma berkaitan privasi selanjutnya yang anda mesti persetujui sebagai sebahagian daripada penggunaan anda terhadap perkhidmatan tersebut.

Dasar Privasi ini dimasukkan ke dalam dan membentuk sebahagian daripada Terma Perkhidmatan WeChatyang anda telah persetujui untuk menggunakan WeChat.Apa-apa terma yang digunakan dalam Dasar Privasi ini akan mempunyai makna yang sama seperti yang ditakrifkan bersamaan terma di dalam Terma Perkhidmatan WeChat, melainkan jika dinyatakan sebaliknya dalam Dasar Privasi ini atau konteks tersebut.

Sila ambil perhatian bahawa Dasar Privasi ini tidak dikenakan kepada Maklumat yang dikumpul: (i) melalui perkhidmatan pihak ketiga (termasuk mana-mana laman web pihak ketiga) yang mungkin anda akses melalui WeChat; atau (ii) oleh syarikat dan organisasi lain yang mengiklankan perkhidmatan mereka di WeChat.

PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI INI

Kami boleh dari semasa ke semasa menyemak semula atau menambah arahan, dasar dan terma khusus kepada Dasar Privasi ini. Arahan, dasar dan terma ini membentuk sebahagian daripada Dasar Privasi ini. Di mana kami mempertimbangkan bahawa apa-apa perubahan kepada Dasar Privasi ini adalah penting, kami akan beritahu anda melalui WeChat (termasuk melalui mesej langsung atau laman web WeChat), komunikasi langsung lain kepada anda, atau cara lain sebelum perubahan itu dikuatkuasakan.

Dengan terus menggunakan WeChat selepas apa-apa perubahan kepada Dasar Privasi ini, dengan atau tanpa notis daripada kami, anda bersetuju dengan Dasar Privasi yang disemak semula.

MAKLUMAT YANG KAMI KUMPUL DAN BAGAIMANA KAMI MENGUMPULNYA

Dalam menyediakan WeChat, kami mengumpul, menyimpan dan menggunakan Maklumat berikut yang berkaitan dengan anda:

"Maklumat" ialah Maklumat Peribadi dan Maklumat Bukan Peribadi;

"Maklumat Peribadi" ialah apa-apa maklumat atau gabungan maklumat yang berkaitan dengan anda dan boleh digunakan untut mengenal pasti anda. Maklumat Peribadi boleh termasuk yang berikut:

"Data Lokasi" ialah maklumat yang kami kumpulkan mengenai lokasi anda (apabila anda menggunakan perkhidmatan lokasi yang dibolehkan), termasuk:

"Data Log" ialah maklumat teknikal yang dikumpul secara automatik oleh kami apabila anda menggunakan WeChat, sama ada melalui penggunaan kuki, bikon web, fail log, skrip dan etag (seperti yang dijelaskan dengan lebih terperinci dalam bahagian "Teknologi Penjejakan" di bawah) atau sebaliknya, termasuk:

"Maklumat Bukan Peribadi" ialah apa-apa maklumat yang berkaitan dengan anda tetapi tidak praktikal untuk mengenal pasti anda secara langsung atau tidak langsung daripadanya, termasuk maklumat peribadi dalam bentuk teragregat, tanpa nama atau nama samaran.

"Maklumat Dikongsi" ialah maklumat mengenai anda atau berkaitan dengan anda yang secara sukarela dikongsi di WeChat. Maklumat Dikongsi boleh termasuk kiriman yang anda buat di WeChat (termasuk profil awam anda, senarai yang anda cipta, dan gambar, video dan rakaman suara sebagaimana diakses dengan persetujuan anda terlebih dahulu melalui kamera peranti dan/atau sensor mikrofon anda), mana-mana kiriman daripada orang lain yang anda kiriman semula dan Data Lokasi dan Data Log yang berkaitan dengan kiriman tersebut. Maklumat Dikongsi juga termasuk maklumat mengenai anda (termasuk Data Lokasi dan Data Log) yang orang lain kongsi mengenai anda menggunakan perkhidmatan kami.

BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT ANDA

Kami boleh menggunakan Maklumat anda untuk mana-mana maksud yang berikut:

Penggunaan Maklumat Peribadi pada perkhidmatan kami yang lain

Dalam usaha untuk menyediakan pengguna kami di semua perkhidmatan kami dengan pengalaman yang lebih baik, untuk memperbaiki WeChat dan perkhidmatan kami yang lain, atau sebaliknya di mana anda telah bersetuju, Maklumat Peribadi yang dikumpul melalui WeChat boleh, tertakluk kepada kawalan privasi pengguna (jika tersedia), digunakan oleh perkhidmatan kami yang lain (termasuk secara teragregat atau individu).

Sebagai contoh, Maklumat Peribadi yang dikumpul semasa anda menggunakan WeChat mungkin digunakan untuk mencadangkan kandungan tertentu yang boleh disediakan untuk anda pada, atau digunakan untuk menyampaikan pengiklanan yang lebih relevan kepada anda dalam, perkhidmatan Tencent lain. Anda juga boleh meminta kami untuk memindah atau mengeksport Maklumat Peribadi anda yang terkandung dalam WeChat ke perkhidmatan Tencent lain, di mana pilihan pemindahan itu tersedia.

Maklumat Peribadi dalam Kandungan Anda

Jika mana-mana Maklumat Peribadi anda mengandungi Kandungan Anda (seperti yang ditakrifkan dalam Terma Perkhidmatan WeChat), kami dan syarikat gabungan kami boleh (tertakluk kepada Dasar Privasi ini) menggunakan apa-apa Maklumat Peribadi selaras dengan bahagian "Kandungan Anda" dalam Terma Perkhidmatan WeChat.

PEMASARAN LANGSUNG

Kami juga mungkin menggunakan maklumat anda untuk tujuan menghantar pemasaran langsung kepada anda (sama ada dengan pesanan dalam perkhidmatan kami, melalui e-mel atau melalui cara lain) yang menawarkan atau mengiklankan produk dan perkhidmatan kami dan/atau produk dan perkhidmatan pihak ketiga yang terpilih.

Produk dan perkhidmatan (kami atau pihak ketiga) tersebut termasuk yang berikut:

Kami akan menghormati permintaan anda supaya kami tidak menggunakan Maklumat Peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung yang dinyatakan di atas. Jika anda ingin membuat permintaan seperti itu, sila hubungi Pegawai Privasi kami atau ikut arahan yang berkaitan mengenai komunikasi pemasaran kami. Sila ambil perhatian bahawa berikutan permintaan seperti itu, anda masih boleh menerima iklan-iklan yang bukan pemasaran langsung.

Sila ambil perhatian bahawa kami tidak akan berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan pengiklan melainkan anda telah memberikan kami kebenaran anda untuk berbuat demikian. Kami, bagaimanapun, berkongsi Maklumat Bukan Peribadi dengan pengiklan bagi maksud untuk tujuan berusaha menawarkan anda pengiklanan yang lebih relevan kepada anda.

PERKONGSIAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Dengan bersetuju kepada Dasar Privasi ini, anda memberi persetujuan kepada penggunaan, perkongsian dan pemindahan Maklumat Peribadi anda oleh pihak ketiga (di dalam dan di luar bidang kuasa anda) seperti yang dinyatakan dalam bahagian ini. Selain daripada yang dibenarkan di bawah Dasar Privasi ini atau sebagaimana yang dipersetujui oleh anda, kami tidak akan memindahkan Maklumat Peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga yang lain untuk pemprosesan mereka untuk apa-apa tujuan.

Berkongsi bagi peruntukan WeChat

Kami dan syarikat gabungan kami boleh berkongsi Maklumat Peribadi anda dalam kumpulan syarikat kami dan dengan rakan kongsi usaha sama dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga, kontraktor dan ejen (seperti penyedia perkhidmatan komunikasi yang menghantar e-mel atau pemberitahuan push bagi pihak kami, dan penyedia perkhidmatan pemetaan yang membantu kami dan anda dengan data lokasi), dalam setiap keadaan untuk tujuan yang berikut:

Berkongsi untuk tujuan pemasaran

Selain itu, kami membenarkan rakan kongsi pemasaran pihak ketiga (seperti akaun rasmi WeChat, penyedia analisis dan rakan kongsi pengiklanan) untuk mengumpul maklumat peribadi anda dari semasa ke semasa dan di laman web yang berbeza atau perkhidmatan dalam talian apabila anda menggunakan WeChat.

Kami juga menyediakan maklumat peribadi anda kepada rakan pemasaran pihak ketiga di mana anda telah meminta kami untuk berbuat demikian atau di mana ia diperlukan untuk kami menyediakan WeChat kepada anda.

Terma lain yang berkaitan dengan perkongsian Maklumat Peribadi anda

Di mana kami atau syarikat-syarikat gabungan kami berkongsi Maklumat Peribadi anda dengan mana-mana pihak ketiga, kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memastikan bahawa pihak ketiga tersebut hanya menggunakan Maklumat Peribadi Anda: (i) dengan mematuhi Dasar Privasi ini; dan (ii) tertakluk kepada apa-apa arahan lain yang kami berikan kepada mereka, termasuk apa-apa langkah kerahsiaan dan keselamatan sesuai yang kami laksanakan.

Dalam kami terus mengembangkan perniagaan kami, kami atau syarikat gabungan kami mungkin diperoleh oleh pihak ketiga atau mungkin menyusun semula struktur kumpulan kami. Dalam keadaan ini, Maklumat anda mungkin akan dipindahkan dalam kumpulan kami dan/atau pihak ketiga yang akan terus mengendalikan WeChat atau perkhidmatan serupa di bawah sama ada Dasar Privasi ini atau dasar privasi yang berbeza yang akan dimaklumkan kepada anda. Pihak yang mana Maklumat Peribadi anda dipindahkan mungkin terletak, dan menggunakan Maklumat anda, di luar bidang kuasa anda.

Mana-mana pihak ketiga di atas yang dirujuk dalam bahagian "Perkongsian Maklumat Peribadi anda" ini mungkin terletak, dan menggunakan dan menyimpan Maklumat Peribadi anda, di luar bidang kuasa anda untuk tujuan di atas, termasuk dalam bidang kuasa di mana tidak terdapat undang-undang perlindungan data yang sebahagian besarnya sama dengan atau untuk tujuan yang sama seperti undang-undang bidang kuasa anda.

Kami juga mungkin perlu untuk mengekalkan, memelihara atau mendedahkan Maklumat Peribadi anda dalam keadaan yang dinyatakan dalam bahagian "Tempoh penggunaan Maklumat Peribadi" di bawah.

MENGENAI MAKLUMAT DIKONGSI

WeChat membolehkan Maklumat Dikongsi untuk dikongsi kepada umum dengan kenalan WeChat anda, semua pengguna WeChat dan/atau orang awam, melalui ciri-ciri yang disediakan oleh sama ada kami atau pihak ketiga, supaya Maklumat Dikongsi boleh dihantar secara meluas dan segera. Maklumat Dikongsi akan kekal awam selagi anda tidak menghapuskannya; dan walaupun selepas anda menghapuskan Maklumat Dikongsi, ia masih boleh disorokkan, disalin, atau disimpan secara berasingan oleh, atau kekal awam melalui, pengguna lain atau pihak ketiga yang tidak bergabung dengan dan tidak dikawal oleh kami.

Selain itu, kami juga boleh menyediakan ciri-ciri lain berkaitan WeChat yang membolehkan anda untuk berkongsi Maklumat Dikongsi di khalayak ramai – sebagai contoh, blog dan forum yang boleh diakses oleh umum, atau ciri-ciri media sosial tertentu dalam WeChat – sebagai contoh, "pasang masuk" (yang mencipta pautan langsung antara dua laman web) dan "widget" (iaitu program mini interaktif yang menyediakan perkhidmatan pihak ketiga dalam WeChat). Anda harus sedar bahawa mana-mana maklumat yang anda berikan dalam ciri-ciri tersebut boleh dibaca, dikumpul dan digunakan oleh pihak ketiga yang mengaksesnya.

Sila pertimbangkan dengan berhati-hati apa yang anda hantar dan sampaikan melalui WeChat. Dalam beberapa keadaan, anda boleh mengawal apa yang boleh diakses oleh pihak awam yang lebih luas kepada Maklumat Dikongsi anda melalui tetapan privasi dalam sesetengah WeChat.

MENGEMAS KINI ATAU MEMINDA MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Jika anda ingin mengemas kini atau meminda maklumat peribadi anda dalam WeChat, anda boleh berbuat demikian dari awal dengan log masuk ke akaun anda dan membuat perubahan yang sesuai. Sebagai contoh, anda mungkin boleh menghapuskan Data Lokasi tertentu yang anda berikan kepada kami melalui tetapan peranti anda atau pilihan "Kosongkan Lokasi" dalam WeChat.

Jika anda ingin membuat perubahan seterusnya kepada Maklumat Peribadi anda; meminta akses kepada, atau penghapusan, Maklumat Peribadi anda daripada WeChat; atau untuk meminta penghapusan akaun WeChat tanpa izin, sila hubungi Pegawai Privasi kami. Kami akan menjawab permintaan anda dalam tempoh masa yang munasabah.

Dalam beberapa keadaan, kami mungkin tidak dapat untuk mengemas kini, meminda atau menghapuskan Maklumat Peribadi anda, dalam keadaan itu kami akan memaklumkan kepada anda mengapa kami tidak dapat berbuat demikian – sebagai contoh, permintaan tertentu mungkin memerlukan usaha teknikal yang tidak seimbang atau amat tidak praktikal (contohnya sebarang permintaan yang berkaitan dengan sistem sandaran kami), atau dilarang oleh undang-undang.

KOMUNIKASI DARIPADA KAMI

Surat berita dan komunikasi jenis lain

Apabila anda menggunakan WeChat, kami boleh menggunakan maklumat anda untuk menghantar e-mel, pesanan, surat berita atau pemberitahuan push ke peranti anda. Jika anda tidak lagi mahu menerima komunikasi ini, anda boleh berbuat demikian dengan mengikut arahan batal langganan dalam e-mel yang kami hantar kepada anda, memilih keluar daripada pemberitahuan di peringkat peranti (jika tersedia) atau menghubungi Pegawai Privasi kami.

Pengumuman berkaitan perkhidmatan

Kami boleh menghantar pengumuman berkaitan perkhidmatan kepada anda dari semasa ke semasa apabila kami menganggap perlu untuk berbuat demikian (seperti apabila kami menghentikan sementara WeChat untuk penyelenggaraan). Anda tidak boleh memilih untuk keluar daripada pengumuman berkaitan perkhidmatan, yang tidak bersifat promosi.

MENGENAI MAKLUMAT PERIBADI SENSITIF

Dalam sesetengah bidang kuasa, jenis Maklumat Peribadi tertentu, seperti maklumat tentang bangsa atau asal etnik, pandangan agama atau falsafah atau kesihatan peribadi, mempunyai ciri-ciri sebagai "sensitif" dan tertakluk kepada peraturan yang lebih ketat daripada Maklumat Peribadi jenis lain. Sila ambil perhatian bahawa kandungan dan maklumat yang anda masukkan ke dalam WeChat, seperti gambar atau maklumat tentang sekolah atau aktiviti sosial anda, boleh mendedahkan Maklumat Peribadi sensitif anda kepada orang lain.

Sebelum menyampaikan apa-apa Maklumat Peribadi yang bersifat sensitif dalam WeChat, sila pertimbangkan sama ada wajar untuk berbuat demikian.

Anda bersetuju dengan semua pemprosesan Maklumat Peribadi sensitif bagi tujuan dan mengikut cara yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.

Sila ambil perhatian bahawa kami tidak menggunakan Maklumat Peribadi sensitif anda untuk tujuan memberikan iklan kepada anda.

PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA DALAM WECHAT

WeChat boleh menghubungkan anda kepada media sosial atau ciri-ciri atau perkhidmatan lain (termasuk laman web, pasang masuk dan widget) yang disediakan oleh pihak ketiga. Contohnya:

Media sosial atau perkhidmatan lain pihak ketiga ini dihos oleh pihak ketiga berkaitan atau kami. Sila ambil perhatian bahawa pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan sedemikian mungkin dapat mengumpul Maklumat dan Maklumat Peribadi anda (termasuk Data Log anda), dan mungkin meletak kuki pada komputer anda untuk membolehkan ciri-ciri tersebut berfungsi dengan baik.

Penggunaan mana-mana perkhidmatan pihak ketiga tersebut (sama ada perkhidmatan media sosial atau sebaliknya), termasuk apa-apa Maklumat Peribadi yang anda berikan kepada pihak ketiga tersebut dan pengumpulan dan penggunaan Maklumat Peribadi anda oleh mereka, tertakluk kepada terma perkhidmatan pihak ketiga yang berkenaan sendiri dan dasar privasi dan bukan Terma Perkhidmatan WeChat atau Dasar Privasi ini, jadi sila semak terma pihak ketiga tersebut dengan teliti. Dasar Privasi ini hanya terpakai kepada apa-apa Maklumat yang dikumpul oleh kami, tidak terpakai kepada mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan oleh atau amalan maklumat mana-mana pihak ketiga, dan kami tidak menanggung sebarang liabiliti untuk apa-apa penggunaan pihak ketiga bagi apa-apa Maklumat yang diberikan oleh anda kepada mereka.

SEKATAN UMUR

Kanak-kanak di bawah umur 13 tahun tidak dibenarkan untuk menggunakan WeChat. Kami tidak mengumpul maklumat peribadi dari mana-mana kanak-kanak di bawah umur 13 tahun dengan sengaja. Sila hubungi Pegawai Privasi kami jika anda percaya kami mempunyai apa-apa Maklumat Peribadi daripada mana-mana kanak-kanak di bawah umur 13 tahun – kami akan segera menyiasat (dan membuang) Maklumat Peribadi tersebut.

PEMINDAHAN, PENYIMPANAN DAN KESELAMATAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Kami mengendali dan boleh terus mengendalikan pelayan dalam beberapa bidang kuasa di seluruh dunia, jadi pelayan di mana maklumat peribadi anda digunakan dan disimpan mungkin tidak berada di dalam bidang kuasa anda.

Anda bersetuju dengan pemindahan Maklumat Peribadi anda (di dalam dan di luar bidang kuasa anda) bagi maksud yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini.

Kami menggunakan pelbagai teknologi keselamatan yang diterima umum dan tatacara bagi tujuan mencegah kehilangan, penyalahgunaan, akses tanpa izin atau pendedahan Maklumat.

Dalam WeChat, kami menggunakan teknologi penyulitan (seperti SSL) untuk melindungi Maklumat sensitif tertentu (seperti Data Lokasi) yang diberikan oleh anda kepada kami. Sila ambil perhatian bahawa walaupun kami berusaha, tiada langkah-langkah keselamatan data yang dapat menjamin keselamatan 100% pada setiap masa. Sistem dan rangkaian komunikasi kami yang melaluinya anda mengakses WeChat mungkin tertakluk kepada pelanggaran dan kegagalan keselamatan yang disebabkan oleh keadaan di luar kawalan munasabah kami. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai keselamatan Maklumat Peribadi anda, sila hubungi Pegawai Privasi kami.

TEMPOH PENGGUNAAN MAKLUMAT PERIBADI ANDA

Kami lazimnya hanya mengekalkan Maklumat Peribadi anda untuk selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan, seperti yang dinyatakan di bawah bahagian "Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Anda" di atas. Walau bagaimanapun, dalam keadaan yang berikut, kami mungkin diperlukan untuk mengekalkan, memelihara atau mendedahkan Maklumat Peribadi anda untuk tempoh yang lebih lama:

Tertakluk kepada undang-undang dan peraturan yang terpakai, anda boleh mempunyai hak untuk meminta untuk menerima satu salinan dan membuat apa-apa pembetulan kepada Maklumat Peribadi anda yang kami simpan, dan untuk meminta supaya kami menyahaktifkan dan tidak menggunakan mana-mana Maklumat Peribadi anda yang disimpan oleh kami. Anda boleh mengemukakan permohonan tersebut kepada Pegawai Privasi kami, atau di mana kami menawarkan pilihan ini dalam WeChat, anda juga boleh log masuk ke dalam akaun anda dengan kami dan membuat perubahan yang sesuai. Kami akan menggunakan usaha yang munasabah untuk menjawab semua permintaan yang dibuat kepada Pegawai Privasi kami dalam masa 60 hari.

Sekiranya akaun anda ditamatkan oleh anda atau kami untuk apa-apa sebab, kami akan (tertakluk kepada perenggan di atas) mengambil langkah-langkah untuk memastikan bahawa Maklumat Peribadi anda tidak lagi boleh diperoleh melalui WeChat, atau sebaliknya digunakan oleh kami, dalam tempoh masa yang munasabah ( tertakluk kepada batasan teknikal) selepas penamatan akaun itu. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa komunikasi yang dibuat oleh anda menggunakan WeChat boleh meletakkan Maklumat Peribadi anda di tangan pihak ketiga yang tidak dapat dikawal oleh kami.

TEKNOLOGI PENJEJAKAN

Kami boleh, dari semasa ke semasa, menggunakan kuki, fail log, bikon web, skrip, tag dan teknologi penjejakan lain untuk mengumpul, menggunakan dan menyimpan maklumat tentang anda atau berkaitan dengan anda. Bahagian ini menerangkan bagaimana kami menggunakan teknologi penjejakan itu.

Mengapa kami menggunakan teknologi penjejakan?

Untuk membantu kami lebih memahami dan menyediakan WeChat kepada anda dan pengguna kami

Teknologi penjejakan membolehkan kami untuk lebih memahami dan menyediakan WeChat kepada anda – sebagai contoh, teknologi penjejakan membantu kami mengumpul Maklumat berikut:

Untuk membantu kami menyampaikan iklan yang relevan dan selamat untuk anda

Iklan membantu mengekalkan WeChat dan banyak perkhidmatan kami yang lain percuma dan berguna kepada anda. Teknologi Penjejakan membantu menjadikan pengiklanan kami:

Apakah teknologi penjejakan?

"Teknologi penjejakan" yang kami gunakan dalam WeChat termasuk yang berikut:

Bagaimana kami menggunakan teknologi penjejakan?

Teknologi Penjejakan yang digunakan dalam kerjasama dengan pihak ketiga

Kami, syarikat-syarikat gabungan dan rakan kongsi pihak ketiga kami boleh menggunakan teknologi penjejakan untuk mengumpul dan menggunakan Maklumat tertentu dari semasa ke semasa. Rakan kongsi pihak ketiga yang membantu kami dalam pengumpulan dan penggunaan tersebut termasuk yang berikut:

Kami boleh menerima laporan berdasarkan penggunaan teknologi penjejakan oleh rakan kongsi secara individu dan juga secara teragregat.

Teknologi penjejakan kami sendiri

Selain itu, kami juga menggunakan teknologi penjejakan kami sendiri untuk memperibadikan pengalaman anda di WeChat dan untuk pelbagai tujuan lain, termasuk:

Sila ambil perhatian bahawa kami menggunakan teknologi penjejakan kami untuk tujuan ini, tetapi boleh membuat Maklumat Bukan Peribadi tagregat tertentu yang diperoleh melalui teknologi penjejakan tersedia kepada pengiklan dan rakan kongsi lain untuk menganalisis bagaimana anda dan pengguna lain menggunakan perkhidmatan kami dan untuk menyediakan pengiklanan.

Terma umum berhubung dengan teknologi penjejakan

Penting untuk ambil perhatian bahawa teknologi penjejakan pihak ketiga adalah tertakluk kepada dasar privasi berkaitan pihak ketiga sendiri dan bukan Dasar Privasi kami. Kami tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa teknologi penjejakan yang digunakan oleh pihak ketiga.

Jika anda tidak mahu Maklumat Bukan Peribadi digunakan untuk tujuan memberikan anda iklan yang disasarkan pada peranti anda, anda boleh memilih untuk keluar dengan mengklik di sini.Sila ambil perhatian ini tidak membuatkan anda terkeluar daripada menerima pengiklanan. Anda akan terus menerima iklan generik.

Kami mungkin menggabungkan Maklumat yang dikumpul melalui teknologi penjejakan dengan Maklumat lain yang kami kumpulkan mengenai anda. Sebagai contoh, di mana anda memasang dan mendaftar untuk WeChat melalui iklan dalam talian pihak ketiga, kami dan/atau rakan kongsi pihak ketiga kami mungkin menggunakan teknologi penjejakan untuk memaklumkan kepada kami mengenai di mana anda telah menjumpai WeChat. Kami juga mungkin menggunakan teknologi penjejakan untuk mengumpul Maklumat yang, apabila digabungkan dengan Maklumat lain, membolehkan kami untuk menyampaikan iklan yang relevan secara langsung kepada anda.

Bagaimana anda boleh mengawal teknologi penjejakan

Anda mungkin boleh menyekat atau mengurus beberapa jenis teknologi penjejakan melalui tetapan pelayar anda (seperti kuki atau bikon web) atau peranti mudah alih anda. Walau bagaimanapun, sila ingat bahawa jika anda menyekat teknologi penjejakan, kami mungkin tidak dapat menyediakan anda dengan pengalaman WeChat optimum dan sebahagian atau semua ciri WeChat ini mungkin tidak boleh berfungsi dengan baik.

Anda juga boleh mengawal apa Maklumat terkumpul teknologi penjejakan yang kami terima dengan tetapan tertentu dalam WeChat – misalnya, dengan menggunakan pilihan "Kosongkan Lokasi " dalam WeChat.

Jenis kuki tertentu

Kami seterusnya menerangkan bagaimana kami menggunakan jenis kuki tertentu di bawah. Sesetengah atau semua kuki itu boleh disimpan di dalam pelayar anda.

Kategori penggunaan kuki Perihalan
Pengesahan Kuki ini memaklumkan kami apabila anda mengakses perkhidmatan kami, untuk membolehkan kami menyediakan perkhidmatan dan pengalaman yang sesuai untuk anda. Kuki ini juga akan mengingati Maklumat tertentu tentang keutamaan peribadi anda – misalnya, bahasa keutamaan dan wilayah anda.
Keselamatan Kami menggunakan kuki itu untuk memastikan keselamatan Maklumat anda dan perkhidmatan kami, dan untuk mengelakkan penipuan, jenayah atau aktiviti-aktiviti yang disyaki lain. Khususnya, kuki keselamatan membantu kami untuk mencegah log masuk palsu dan salah guna data pengguna anda.
Kefungsian Kami menggunakan kuki tersebut untuk melaksanakan dan memperbaiki fungsi-fungsi perkhidmatan kami. Khususnya, kami menggunakan kuki ini untuk membantu kami mengumpul maklumat mengenai bagaimana pengguna kami berinteraksi dengan WeChat – sebagai contoh, carian terkini anda dan profil yang anda paling kerap lawati di WeChat.
Analisis dan Penyelidikan Kami menggunakan kuki tersebut untuk membuat susulan dan memperbaiki perkhidmatan kami dan memberikan kami data rujukan untuk penyelidikan dan pembangunan perkhidmatan baharu atau fungsi. Sebagai contoh, kuki ini membantu kami lebih memahami demografi asas pengguna WeChat, yang seterusnya membantu kami mempertimbangkan apa ciri-ciri baharu WeChat yang mungkin paling relevan untuk pengguna kami.
Pengiklanan Kami menggunakan kuki untuk:
  • menghantar iklan di WeChat, dengan tujuan untuk menghantar iklan yang lebih relevan kepada semua pengguna kami – sebagai contoh, anda boleh menerima iklan berdasarkan pada lokasi umum anda yang diperoleh daripada alamat IP anda atau dari carian WeChat anda sebelum ini; dan
  • untuk membantu kami dan pengiklan mengumpul statistik mengenai iklan yang dihantar, seperti berapa ramai pengguna telah melihat, klik pada dan/atau membuat pembelian melalui iklan tersebut.

TRUSTE AND TENCENT

TRUSTe Privacy Certification

Tencent telah menerima Meterai Privasi TRUSTe yang menandakan bahawa Dasar Privasi ini dan amalan kami telah disemak semula untuk pematuhan dengan program TRUSTe yang boleh dilihat pada halaman pengesahan yang boleh didapati dengan mengklik meterai TRUSTe tersebut. Jika anda mempunyai soalan atau aduan mengenai Dasar Privasi atau amalan privasi kami, sila hubungi Pegawai Privasi kami.Jika anda mempunyai kebimbangan berkenaan privasi atau penggunaan data yang belum diselesaikan yang kami belum tangani dengan baik, sila hubungi TRUSTe dalam talian atau melalui mel pos atau faks.Proses Penyelesaian Pertikaian TRUSTe hanya boleh didapati dalam bahasa Inggeris.

Program TRUSTe dan pensijilan hanya meliputi Maklumat yang dikumpul melalui laman web WeChat: (www.wechat.com) dan aplikasi mudah alih: WeChat, dan tidak merangkumi maklumat yang dikumpul melalui laman web Tencent lain, aplikasi mudah alih atau perisian yang boleh dimuat turun.

Kali terakhir diubah suai: 2015-11-13