Terma-terma Perkhidmatan WeChat

PENGENALAN

Selamat datang ke WeChat! Penggunaan anda terhadap ("perkhidmatan" WeChat atau "perkhidmatan kami") adalah tertakluk kapada Terma-terma ini.

Pematuhan kepada Terma-terma ini

Terma-terma ini diguna pakai kepada anda jika anda adalah pengguna perkhidmatan kami di mana-mana negara selain Republik Rakyat China (dan anda bukan warganegara Republik Rakyat China). Jika anda adalah:(i) seorang pengguna perkhidmatan kami di Republik Rakyak China; (ii) warganegara Republik Rakyat China yang menggunakan perkhidmatan kami di mana-mana negara di dunia; atau (iii) sebuah syarikat Perbadanan China yang menggunakan perkhidmatan kami di mana-mana negara di dunia, sila rujuk kepada Terma-terma Perkhidmatan (Pengguna PRC) bagi terma-terma yang diguna pakai kepada anda bagi penggunaan perkhidmatan kami.

Anda mesti mematuhi Terma-terma ini dalam penggunaan perkhidmatan kami dan hanya menggunakan perkhidmatan kami seperti yang dibenarkan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkenaan pada bila-bila masa semasa menggunakannya. Anda mesti menyemak Terma-terma dan polisi dan arahan kami ini untuk memahami bagaimana anda boleh dan tidak boleh menggunakan perkhidmatan kami. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma-terma ini, anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan kami.

Entiti Kontrak

Dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma-terma Perkhidmatan ini antara anda dengan Tencent International Service Pte. Ltd., sebuah syarikat Singapura yang terletak di 10 Anson Road, #21-07International Plaza, Singapore 079903 (" kami ", " kami " dan " kami ") (" Terma-terma ini").

Terma-terma lain yang berkaitan dengan Terma-terma ini

Jika anda berumur di bawah 13 tahun, anda tidak boleh menggunakan perkhidmatan kami. Jika anda berumur di antara 13 tahun dan 18 tahun (atau umur yang berkenaan dalam bidang kuasa anda di mana anda dianggap belum dewasa), ibu bapa atau penjaga anda mesti bersetuju dengan Terma-terma ini (untuk kedua-dua pihak, mereka sendiri dan anda) sebelum anda menggunakan perkhidmatan kami.

Jika anda menggunakan perkhidmatan kami bagi pihak syarikat, perkongsian, persatuan, kerajaan atau organisasi lain ( " Organisasi "), menjamin bahawa anda diberi kuasa untuk berbuat demikian dan anda diberi kuasa untuk mengikat Organisasi anda kepada Terma-terma ini dan keadaan ini dengan "anda" termasuk dalam Organisasi anda.

Kami boleh menterjemahkan Terma-terma ini kepada pelbagai bahasa, dan sekiranya terdapat perbezaan antara versi Bahasa Inggeris dan apa-apa bahasa lain, Bahasa Inggeris akan digunakan (setakat yang dibenarkan oleh undang-undang).

POLSI-POLISI TAMBAHAN

Berikut adalah polisi-polisi tambahan yang anda mesti patuhi dalam menggunakan perkhidmatan kami:

Terma-terma tambahan khas bagi negara

Jika anda warganegara atau pemastautin biasa bagi negara-negara berikut, terma-terma khas bagi negara berikut juga akan diguna pakai kepada penggunaan perkhidmatan kami:

Tidak konsisten

Setakat mana-mana terma-terma perkhidmatan atau polisi tambahan adalah berbeza daripada Terma-terma ini, terma-terma perkhidmatan tambahan atau polisi tambahan yang berkaitan akan dikenakan, kecuali tiada apa-apa dalam terma perkhidmatan atau polisi tambahan akan (kecuali dinyatakan sebaliknya secara nyata dalam terma perkhidmatan atau polisi tambahan tersebut) meminda bahagian Terma yang berikut (yang akan dikenakan sekiranya terdapat apa-apa perbezaan):

Walau bagaimanapun, setakat mana-mana terma khas negara yang berbeza daripada Terma-terma ini atau mana-mana terma-terma perkhidmatan atau polisi tambahan, terma khas bagi negara yang berkaitan akan dikenakan, tidak mengira di mana bahagian Terma-terma ini dipersoalkan.

PERUBAHAN TERMA-TERMA DAN PERKHIDMATAN KAMI

Kami akan membuat perubahan kepada Terma-terma ini dari semasa ke semasa, sila kembali dan semak Terma-terma ini.

Selain itu, memandangkan perkhidmatan kami dan pengalaman pengguna sentiasa berubah, kami boleh (setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang) menambah, mengubah atau mengeluarkan ciri-ciri dari perkhidmatan kami dari semasa ke semasa (termasuk berkaitan sama ada sesuatu perkhidmatan adalah percuma atau tidak), atau menggantung atau menamatkan perkhidmatan sama sekali.

Apabila kami mempertimbangkan mana-mana perubahan dalam Terma-terma ini atau perkhidmatan kami adalah penting, kami akan memberitahu anda (melalui http://www.wechat.com, komunikasi terus kepada anda, atau cara lain), sebelum perubahan itu dikuatkuasakan.Dengan penggunaan perkhidmatan kami yang berterusan selepas kami membuat sebarang perubahan kepada Terma-terma atau perkhidmatan kami, dengan atau tanpa notis daripada kami, anda akan bersetuju untuk terikat oleh Terma-terma yang telah disemak semula ini.

AKAUN ANDA

Anda mungkin perlu mencipta satu akaun dengan kami untuk mengakses dan menggunakan perkhidmatan kami.

Sebarang pembukaan akaun anda dengan kami adalah peribadi kepada anda dan anda dilarang daripada memberi, meminjam, memindah atau membenarkan orang lain mengakses akaun anda. Nama akaun anda, ID pengguna dan pengenalan lain yang anda pakai dalam perkhidmatan kami adalah harta kami dan kami boleh melumpuhkan, menuntut semula dan menggunakan semula sebaik sahaja akaun anda ditamatkan atau dinyahaktifkan untuk apa-apa sebab sama ada oleh anda atau kami.

Anda bertanggungjawab untuk: (i) melindungi sebarang kata laluan yang digunakan untuk mengakses akaun anda dan perkhidmatan kami, dan (ii) semua penggunaan perkhidmatan kami di bawah akaun anda.Anda mesti memberitahu kami dengan segera di support@wechat.com sekiranya anda mengetahui atau mengesyaki bahawa kata laluan atau akaun anda telah dikompromi.

Penyahaktifan Akaun

Perkhidmatan kami mungkin menawarkan kaedah untuk menyahaktifkan perkhidmatan kepada akaun khas anda –sila rujuk kepada perkhidmatan yang berkaitan untuk maklumat lanjut.

BAYARAN

Anda boleh, dari semasa ke semasa, membuat pembayaran kepda kami sebagai sebahagian daripada penggunaan perkhidmatan kami (termasuk penyediaan perkhidmatan kami atau penyediaan ciri-ciri tambahan tertentu dalam perkhidmatan kami). Terma-terma khas perkhidmatan kami boleh menyatakan terma-terma lanjut yang dikenakan dalam pembayaran tersebut (termasuk bayaran balik (jika ada), urusan bil dan apa-apa akibat kegagalan untuk membuat pembayaran tepat pada masanya). Anda mesti mematuhi semua terma-terma yang berkaitan dengan bayaran anda kepada kami.

KANDUNGAN ANDA

Apabila anda menyerahkan, memuat naik, menghantar atau mempamerkan apa-apa data, maklumat, media atau kandungan lain yang berkaitan dengan penggunaan perkhidmatan kami (" Kandungan Anda "), anda memahami dan bersetuju bahawa:

Selain itu, anda juga bersetuju bahawa kami dan syarikat-syarikat gabungan kami (tertakluk kepada Terma-terma ini, Policy Peribadi WeChat dan undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkenaan) kami:

Anda memahami bahawa walaupun anda berusaha untuk menghapuskan Kandungan Anda dari perkhidmatan kami, ia mungkin akan menjadi perkara teknikal dan pentadbiran dan mengambil sedikit masa atau tidak dapat dilakukan untuk mencapai matlamat ini.

Tanggungjawab bagi Kandungan Anda

Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk Kandungan Anda dan kami mencadangkan anda menyimpan salinan sandaran ia pada setiap masa. Anda mesti memastikan pada setiap masa bahawa: (i) anda mempunyai hak dikehendaki untuk menyerah, menghantar atau memaparkan Kandungan Anda, dan memberikan hak-hak kepada kami yang mengikut Terma-terma ini; dan (ii) Kandungan Anda (dan kegunaan kami terhadap Kandungan Anda menurut Terma-terma ini) tidak melanggar atau mencabuli hak sesiapa atau melanggar mana-mana undang-undang atau peratuaran yang berkenaan.

KANDUNGAN DAN PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA

Kami tidak bertanggungjawab atau menyokong atau menjamin kesahihan, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kandungan yang dikemukakan kepada, dihantar atau dipaparkan oleh atau dikaitkan dengan perkhidmatan kami, termasuk kandungan yang disediakan oleh pengguna-pengguna perkhidmatan lain atau pengiklan-pengiklan kami. Anda mengakui dan bersetuju bahawa dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda mungkin terdedah kepada kandungan yang tidak tepat, mengelirukan, pernyataan fitnah, menyinggung atau salah di sisi undang-undang. Sebarang pergantungan ke atas atau penggunaan kandungan atau akses kepada perkhidmatan kami adalah atas risiko anda sendiri. Penggunaan anda terhadap perkhidmatan kami tidak memberi anda apa-apa hak atau apa-apa kandungan yang anda boleh akses atau dapatkan yang berkaitan dengan penggunaan perkhidmatan kami.

Kami juga tidak menjamin kualiti, kebolehpercayaan atau kesesuaian atas penyediaan mana-mana perkhidmatan pihak ketiga, disediakan atau dipautkan melalui perkhidmatan kami dan kami tidak akan bertanggungjawab ke atas perkhidmatan pihak ketiga tersebut. Jika anda mengakses perkhidmatan pihak ketiga melalui perkhidmatan kami, anda mesti mematuhi mana-mana terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan kepada perkhidmatan tersebut.

Kami boleh menyemak (tetapi tidak membuat sebarang komitmen untuk menyemak) kandungan atau perkhidmatan pihak ketiga yang disediakan melalui perkhidmatan kami untuk menentukan sama ada mereka mematuhi polisi-polisi kami, undang-undang dan syarat-syarat yang dikenakan atau yang tidak menyenangkan. Kami boleh membuang atau menolak penyediaan perkhidmatan atau pautan kepada kandungan tertentu atau perkhidmatan pihak ketiga jika mereka mencabuli hak harta intelektual.

Dari semasa ke semasa, kandungan pihak ketiga dan perkhidmatan mungkin terdapat dalam perkhidmatan kami yang tertakluk kepada terma-terma lanjut, termasuk terma-terma perkhidmatan dan kandungan berkenaan yang dihasilkan pada asalnya dari pihak ketiga berkaitan (misalnya, agensi berita yang bertanggungjawab untuk menulis satu artikel berita yang kemudian muncul pada perkhidmatan berita kami). Dalam keadaan ini, anda bersetuju untuk mematuhi apa-apa terma dan syarat yang lanjut tersebut yang dibertahu kepada anda.

Jika anda ada sebarang keraguan mengenai apa-apa kandungan atau mana-mana lain-lain aspek perkhidmatan kami, sila hubungi support@wechat.com.

PENGIKLANAN KANDUNGAN PERKHIDMATAN KAMI

Perkhidmatan kami mungkin termasuk pengiklanan atau kandungan komersial. Anda bersetuju bahawa kami dibenarkan untuk mengintegrasikan pengiklanan atau kandungan komersil ke dalam perkhidmatan kami dan (di mana adalah munasabah untuk dilaksanakan) kami akan mengenal pasti perkhidmatan dan komunikasi berbayar.Anda juga bersetuju, seperti yang dijelaskan dengan lebih terperinci dalam Polisi Peribadi WeChat kami, kami menggunakan pengiklanan yang disasarkan untuk mencuba menjadikan pengiklanan lebih relevan dan berharga kepada anda.

PEMASARAN LANGSUNG

Kami mungkin menggunakan maklumat anda untuk tujuan menghantar pengiklanan atau pemasaran langsung kepada anda (sama ada melalui mesej dalam perkhidmatan kami, melalui emel atau dengan cara lain) yang menawarkan atau mengiklankan produk dan perkhidmatan kami dan/atau pihak ketiga yang dipilih. Produk dan perkhidmatan tersebut termasuk:

Jika dikehendaki oleh undang-undang, kami akan menghormati permintaan anda bagi kami untuk tidak menggunakan maklumat peribadi anda untuk tujuan pemasaran langsung yang dinyatakan di atas. Jika anda ingin membuat apa-apa permintaan, sila:(i) beritahu Pegawai Peribadi kami dengan menggunakan maklumat hubungan yang dinyatakan dalam Polisi Peribadi WeChat ; (ii) mengikut arahan yang berkaitan pada mesej pemasaran kami; atau (iii) jika ada, ikut arahan seperti yang dinyatakan dalam panduan khusus perkhidmatan tertentu (berkaitan dengan perkhidmatan yang relevan).

Sila ambil perhatian bahawa kami tidak akan berkongsi maklumat peribadi anda dengan pengiklan melainkan anda telah memberikan kami kebenaran anda untuk berbuat demikian. Kami, bagaimanapun, berkongsi maklumat bukan peribadi dengan pengiklan bagi tujuan menawarkan anda pengiklanan yang lebih releven dengan anda.

HAK HARTA INTERLETUAL KAMI

Semua hak harta intelektual dalam atau kepada perhidmatan dan perisian kami (termasuk apa-apa kemas kini yang akan datang, peningkatan dan versi baru) akan terus dimiliki oleh kami dan pemberi lesen kami. Kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam Terma-terma ini, anda tidak mempunyai hak ke atas penggunaan hak harta intelektual kami. Khususnya, anda tidak mempunyai hak untuk menggunakan cap dagangan atau nama produk kami (contohnya, "Tencent", "WeChat" atau "QQ"), logo, nama domain atau ciri-ciri jenama tersendiri lain tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu. Sebarang komen atau cadangan yang anda ingin kemukakan berkaitan perkhidmatan kami adalah bebas sepenuhnya dan kami juga bebas menggunakan komen dan cadangan dengan budi bicara kami tanpa sebarang bayaran atau kewajipan lain kepada anda.

Jika perkhidmatan kami melibatkan anda memuat turun dan menggunakan mana-mana perisian dari kami, kami memberikan anda satu lesen yang terhad, peribadi, bukan eksklusif, tidak boleh disublesenkan, tidak boleh dipindah milik, bebas royalti dan boleh dibatalkan untuk menggunakan perkhidmatan perisian kami menurut Terma-terma ini (termasuk sebarang keperluan teknikal tertentu yang berkaitan dengan perisian atau penggunaannya pada peranti tertentu anda). Sila ambil perhatian bahawa terma-terma lesen ini mungkin ditambah dengan terma-terma dan syarat-syarat yang berkenaan bagi perisian tersebut.

Anda tidak boleh menyalin, mengubahsuai, menyongsang atur cara, menyongsang juruteraan atau mengesktrak sumber kod-kod dari perisian kami, kecuali setakat yang kami tidak boleh melarang anda daripada melakukan demikian di bawah undang-undang atau peraturan yang berkaitan atau anda mempunyai kebenaran bertulis daripda kami terlebih dahulu untuk berbuat demikian. Di mana undang-undang atau peraturan yang berkaitan melayakkan anda untuk menyongsangkan sususan atur cara atau mengesktrak sumber kod-kod dari perisian kami, anda perlu menghubungi kami terlebih dahulu untuk meminta maklumat yang diperlukan.

Kami boleh memberikan kemas kini kepada perisian kami dari semasa ke semasa. Kemas kini tersebut boleh berlaku secara automatik atau secara manual. Sila ambil perhatian bahawa perkhidmatan kami mungkin tidak akan beroperasi dengan betul atau sama sekali jika peningkatan atau versi baru tidak dipasangkan oleh anda. Kami tidak menjamin bahawa kami akan membuat apa-apa kemas kini tentang mana-mana perisian kami, atau bahawa kemas kini tersebut akan terus menyokong peranti atau sistem anda.

PERISIAN PIHAK KETIGA

Bahagian "Kandungan dan Perkhidmatan Pihak Ketiga" di atas diguna pakai untuk mana-mana perisian yang dibekalkan oleh pihak ketiga (termasuk perisian, pemalam, alat, codec, data dan kandungan dalam perisian) untuk kegunaan yang berkaitan dengan, atau digabungkan dalam, perkhidmatan kami ("Perisian Pihak Ketiga"), termasuk penggunaan anda bagi Perisian Pihak Ketiga.

Selain bahagian tersebut, sila ambil perhatian bahawa kami tidak bertanggungjawab ke atas dan kami tidak mengesah, menyokong atau menjamin kualiti, kebolehpercayaan atau kesesuaian bagi Perisian Pihak Ketiga. Sebarang kebergantungan ke atas atau penggunaan apa-apa Perisian Pihak Ketiga adalah atas risiko anda sendiri.

Anda mesti mematuhi apa-apa terma-terma dan syarat-syarat tambahan yang dikenakan kepada mana-mana Perisian Pihak Ketiga tersebut. Kami tidak akan memberitahu ada tentang apa-apa terma-terma dan syarat-syarat tambahan tersebut dalam perkhidmatan kami, dalam Lampiran ke atas Terma-terma tersebut dan/atau dengan cara-cara lain.

Kami tidak memberi sebarang sokongan teknikal bagi mana-mana Perisian Pihak Ketiga. Sila hubungi pembekal pihak ketiga untuk mendapatkan sokongan teknikal tersebut.

PERISIAN SUMBER TERBUKA

Lanjutan daripada bahagian "Perisian Pihak Ketiga" di atas, perkhidmatan kami boleh menggunakan perisian yang tertakluk kepdada lesen "sumber terbuka" ( "Perisan Sumber Terbuka"). Sila ambil perhatian bahawa semasa kami menggunakan Perisian Sumber Terbuka:

WARANTI DAN PENAFIAN

Kami memberi jaminan kepada anda bahawa kami akan memberikan perkhidmatan kami menggunakan ketelitian dan kemahiran munasabah.

SELAIN WARANTI INI, SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN, SEMUA PERKHIDMATAN DAN PERISIAN KAMI DISEDIAKAN BERDASARKAN "SEBAGAIMANA ADANYA" DAN "SEPERTI YANG TERSEDIA" DAN TIDAK ADA MANA-MANA SYARIKAT GABUNGAN KAMI MEMBUAT SEBARANG PERWAKILAN ATAU WARANTI ATAU MEMBERI APA-APA JANJI BERKAITAN DENGAN PERKHIDMATAN KAMI, PERISIAN KAMI ATAU SEBARANG KANDUNGAN YANG DISERAHKAN, DIHANTAR ATAU DIPAPARKAN OLEH PERKHIDMATAN KAMI TERMASUK: (I) SEBARANG PERWAKILAN, WARANTI ATAU JANJI YANG PERKHIDMATAN ATAU PERISIAN KAMI TIDAK AKAN TERGANGGU, IANYA SELAMAT ATAU BEBAS DARI KESALAHAN ATAU VIRUS; (II) PERKHIDMATAN ATAU PERISIAN KAMI AKAN BERSESUAIAN DENGAN PERANTI ANDA; ATAU (III) PERKHIDMATAN ATAU PERISIAN KAMI MEMPUNYAI KUALITI YANG BOLEH DIPERDAGANGKAN, SESUAI UNTUK TUJUAN TERTENTU ATAU TIDAK MELANGGAR HAK HARTA INTELEKTUAL KEPADA SESIAPA PUN. SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN, ANDA MENGETEPIKAN SEBARANG DAN SEMUA PERWAKILAN TERSIRAT, WARANTI DAN AKU JANJI.

LIABILITI BAGI PERKHIDMATAN DAN PERISIAN KAMI

SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN, JUMLAH AGREGAT LIABILITI KAMI DAN SYARIKAT-SYARIKAT GABUNGAN KAMI BAGI SEMUA TUNTUTAN BERKAITAN DENGAN TERMA-TERMA INI, LESEN PERJANJIAN PENGGUNA AKHIR ATAU PERKHIDMATAN ATAU PERISIAN KAMI, PENIMBULAN SEBARANG KEADAAN, AKAN TERHAD KEPADA LEBIH DARIPADA JUMLAH BERIKUT: (I) JUMLAH BAYARAN YANG TELAH ANDA BAYAR UNTUK KEGUNAAN PERKHIDMATAN ATAU PERISIAN TERTENTU ANDA DAN TUNTUTAN INI BERKAITAN DENGAN TUNTUTAN DALAM 6 BULAN DIKIRA SECARA LANGSUNG DARIPADA TARIKH TUNTUTAN TERKINI YANG SEBELUMNYA; DAN (II) USD100.

SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN, KAMI ATAU SYARIKAT-SYARIKAT GABUNGAN KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB BERHUBUNG DENGAN TERMA-TERMA INI, LESEN PERJANJIAN PENGGUNA AKHIR UMUM ATAU SEBARANG KEROSAKAN PERKHIDMATAN ATAU PERISIAN KAMI YANG DISEBABKAN OLEH: (I) SEBARANG BENCANA ALAM SEPERTI BANJIR, GEMPA BUMI ATAU WABAK; (II) SEBARANG PERISTIWA SOSIAL SEPERTI PEPERANGAN, RUSUHAN ATAU TINDAKAN KERAJAAN; (III) SEBARANG VIRUS KOMPUTER, KUDA TROJAN ATAU KEROSAKAN LAIN YANG DISEBABKAN OLEH PERISIAN HASAD ATAU PENGGODAM; (IV) SEBARANG KEROSAKAN DAN KEGAGALAN KAMI ATAU PERISIAN ANDA, SISTEM, PERKAKASAN ATAU SAMBUNGAN; (V) PENGGUNAAN PERKHIDMATAN ATAU PERISIAN YANG TIDAK WAJAR ATAU TANPA KEBENARAN; (VI) PENGGUNAAN PERKHIDMATAN ATAU PERISIAN KAMI OLEH ANDA YANG MELANGGAR TERMA-TERMA INI ATAU PERJANJIAN LESEN BAGI PENGGUNA AKHIR UMUM; ATAU (VII) SEBARANG SEBAB MUNASABAH YANG TIDAK DAPAT KAMI KAWAL ATAU RAMALKAN. KAMI JUGA TIDAK AKAN, SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN, BERTANGGUNGJAWAB DALAM APA JUA KEADAAN BAGI SEBARANG KEROSAKAN ATAU HUKUMAN ATAU SEBARANG KERUGIAN PERNIAGAAN, PENDAPATAN, KEUNTUNGAN, MUHIBAH, KANDUNGAN ATAU DATA SECARA TIDAK LANGSUNG, KHAS, TURUTAN, TELADAN.

Tiada apa-apa dalam batasan Terma-terma ini atau pengecualian mana-mana liabiliti yang berikut, kecuali setakat mana liabiliti itu boleh diketepikan, terhad atau dikecualikan di bawah undang-undang dan peraturan yang berkenaan:

WALAU APA PUN PERUNTUKAN TERMA-TERMA INI, TIADA APA-APA DALAM TERMA-TERMA INI MENGEHADKAN ATAU MENGECUALIKAN SEBARANG HAK BERKANUN ANDA DALAM BIDANG KUASA ANDA (TERMASUK SEBARANG HAK DI BAWAH PERATURAN PERLINDUNGAN PENGGUNA), SETAKAT MANA INI TIDAK BOLEH DIKECUALIKAN ATAU DIKETEPIKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN.

ANDA BERSETUJU BAHAWA ANDA (DAN ORGANISASI ANDA JIKA ANDA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN ATAU PERISIAN KAMI BAGI PIHAK ORGANISASI) MELINDUNGI KAMI, RAKAN KONGSI KAMI DAN SYARIKAT-SYARIKAT GABUNGAN KAMI DARI DAN TERHADAP SEBARANG TUNTUTAN , TINDAKAN GUAMAN, TINDAKAN, PERMINTAAN, KEROSAKAN, HUTANG, KERUGIAN, KOS PERBELANJAAN (TERMASUK KOS LITIGASI DAN BAYARAN PEGUAM) DAN LIABILITI YANG TIMBUL AKIBAT DARI: (I) PENGGUNAAN ANDA BAGI PERKHIDMATAN ATAU PERISIAN KAMI; ATAU (II) PELANGGARAN ANDA TERHADAP TERMA-TERMA ATAU SEBARANG TERMA UMUM LESEN PERJANJIAN PENGGUNA AKHIR.

Sila ambil perhatian bahawa kami tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa caj pihak ketiga yang anda tanggung (termasuk sebarang caj daripada pembekal perkhidmatan internet dan telekomunikasi anda) berkaitan dengan atau akibat daripada penggunaan perkhidmatan atau perisian kami.

PENAMATAN

Terma-terma ini akan dikenakan ke atas penggunaan perkhidmatan kami sehingga akses kepda perkhidmatan yang berkaitan ditamatkan sama ada oleh anda atau kami.

Kami boleh meggantung atau menamatkan akses anda ke atas akaun anda atau mana-mana atau semua perkhidmatan kami: (i) jika kami mempercayai bahawa anda telah melanggar Terma-terma ini; (ii) jika penggunaan anda ke atas perkhidmatan kami menimbulkan risiko terhadap kami atau kepada pengguna-pengguna lain dalam perkhidmatan kami, memberi ancaman tuntutan pihak ketiga yang berpotensi terhadap kami atau berpotensi merosakkan reputasi kami; (iii) jika anda gagal menggunakan perkhidmatan kami untuk tempoh yang lama; atau (iv) sebab-sebab yang lain. Jika boleh dilaksanakan, kami akan memberi anda notis tentang sebarang penggantungan atau penamatan.

Pengekalan dan sandaran Kandungan Anda

Menurut penamatan Terma-terma ini, kami hanya akan menyimpan dan menggunakan Kandungan Anda mengikut Terma-terma ini, khususnya Polisi Peribadi WeChat.Di mana kami menggantung atau menamatkan perkhidmatan, atau di mana akses anda kepada perkhidmatan kami ditamatkan oleh anda atau kami, kami tidak menjamin bahawa kami akan dapat mengembalikan apa-apa Kandungan Anda kepada anda dan kami boleh menghapuskan Kandungan Anda tanpa notis selama-lamanya kepada anda pada bila-bila masa selepas penamatan. Sila pastikan anda kerap membuat sandaran Kandungan Anda.

UMUM

Terma-terma ini adalah seluruh perjanjian antara anda dengan kami berkaitan perkhidmatan kami. Anda bersetuju bahawa anda tidak akan membuat tuntutan terhadap kami ke atas sebarang penyataan yang tidak dinyatakan dengan jelas dalam Terma-terma ini. Ketidaksahan mana-mana peruntukan Terma-terma ini (atau sebahagian daripada mana-mana peruntukan) tidak akan menjejaskan kesahan atau penguatkuasaan mana-mana peruntukan lain (atau baki bahagian peruntukan tersebut). Jika mahkamah berpendapat bahawa kami tidak boleh menguatkuasakan mana-mana bahagian Terma-terma ini sebagai penggubalan, kami mungkin mengganti isitilah tersebut dengan istilah yang sama setakat yang boleh dikuatkuasakan di bawah undang-undang, tanpa mengubah baki terma selebihnya Terma-terma ini. Tiada kelewatan dalam menguatkuasakan mana-mana peruntukan Terma-terma ini akan ditafsirkan sebagai penafian sebarang hak di bawah peruntukan tersebut. Sebarang hak dan obligasi di bawah Terma-terma ini yang secara semula jadi akan terus terpakai, termasuk tetapi tidak terhad kepda apa-apa obligasi berkaitan dengan liabiliti, atau tanggung rugi (jika ada) sekiranya, pihak-pihak berkenaan, akan tetap berlaku selepas penamatan atau tamat tempoh Terma-terma ini.

Tiada seorang pun selain anda dan kami akan mempunyai sebarang hak untuk menguatkuasakan Terma-terma terhadap sesiapa pun, dan anda tidak boleh memberi, menyerah hak atau memindah Terma-terma ini atau mana-mana hak atau obligasi di bawah Terma-terma ini, melalui operasi undang-undang tanpa kebenaran kami. Kami bebas untuk menyerah hak, memindah atau sub-kontrak Terma-terma ini atau hak-hak dan obligasi di bawah Terma-terma ini, secara keseluruhan atau sebahagian, tanpa kebenaran anda atau notis. Anda mengakui dan bersetuju bahawa rakan-rakan kongsi kami atau syarikat-syarikat gabungan kami tidak akan berkaitan dengan sebarang liabiliti dalam apa jua keadaan di bawah Terma-terma ini.

PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG DAN PENYELESAIAN PERTIKAIAN

Selain setakat: (i) sebarang terma-terma tambahan berkenaan yang dimasukkan ke dalam Terma-terma ini menyediakan sebaliknya, atau (ii) undang-undang dan peraturan-peraturan berkenaan bidang kuasa anda memberi mandat sebaliknya (misalnya, anda mungkin mempunyai hak berkanun dalam bidang kuasa anda berkaitan dengan membawa atau mempertahankan tuntutan dalam mahkamah tempatan (termasuk mahkamah tuntutan kecil (atau mahkamah serupanya), Terma-terma ini dan sebarang pertikaian atau tuntutan yang timbul atau berkaitan dengan Terma-terma ini akan ditadbir oleh undang-undang Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong.

Sebarang pertikaian, kontroversi atau tuntutan (sama ada dalam kontrak, tort, atau sebaliknya) yang timbul, berhubung dengan, atau berkaitan dengan Terma-terma ini, termasuk kewujudan mereka, kesahihan, tafsiran, prestasi, pelanggaran atau penamatan, akan dirujuk dan diselesaikan melalui timbang tara yang ditadbir oleh Pusat Timbang Tara Antarabangsa Hong Kong di bawah peraturan Pusat Timbang Tara Antarabangsa Hong Kong yang dilaksanakan apabila Notis Timbang Tara dikemukakan. Tempat timbang tara adalah di Hong Kong. Hanya akan ada satu timbang tara sahaja. Prosiding timbang tara akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris.

TERMA-TERMA PERKHDMATAN WECHAT (TERMA-TERMA KHAS BAGI AS)

Jika anda adalah pengguna perkhidmatan kami di Amerika Syarikat, Terma-terma yang di bawah adalah dimasukkan dalam Terma-terma ini dan mengatasi Terma-terma ini setakat apa-apa yang tidak konsisten.

Jika anda pemastautin California, anda bersetuju untuk mengetepikan Kod Seksyen Awam California 1542, dan mana-mana peruntukan yang serupa dalam bidang kuasa lain (jika anda penduduk bidang kuasa lain), yang menyatakan: "Pengeluaran am tidak melanjutkan tuntutan yang tidak diketahui atau disyaki kewujudannya oleh pemiutang semasa melaksanakan pengeluaran tersebut dan jika diketahuinya, akan menjejaskan penyelesaiannya dengan penghutang dari segi kebendaan."

SETIAP PIHAK BERKENAAN TIDAK BOLEH MENARIK BALIK PENAFIAN APA-APA DAN SEMUA HAK UNTUK PERBICARAAN OLEH JURI ATAU MENGAMBIIL BAHAGIAN DALAM TINDAKAN KELAS DALAM APA-APA PROSIDING UNDANG-UNDANG YANG TIMBUL ATAU BERKAITAN DENGAN TERMA-TERMA ATAU URUSNIAGA YANG DIPERTIMBANGKAN DENGAN INI.

TERMA-TERMA PERKHDMATAN WECHAT (TERMA-TERMA KHAS BAGI AUSTRALIA)

Jika anda adalah pengguna perkhidmatan kami di Australia, Terma-terma yang di bawah adalah dimasukkan dalam Terma-terma ini, dan mengatasi Terma-terma ini setakat apa-apa yang tidak konsisten.

Semua ungkapan atau jaminan tersirat, jaminan, perwakilan, atau terma-terma lain dan syarat-syarat berkaitan dengan Terma-terma ini atau perkara berkaitan mereka, yang tidak terkandung di dalam Terma-terma ini, adalah dikecualikan dalam terma-terma ini ke tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang.

Tiada apa-apa pengecualian dalam Terma-terma ini, menyekat atau mengubah sebarang jaminan, terma atau syarat, hak atau remedi tersirat atau yang dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang tidak boleh dikeluarkan secara sah, dhadkan atau diubahsuai.

Jika sebarang jaminan, syarat, atau terma yang dikenakan adalah tersirat atau dikenakan oleh mana-mana undang-undang dan tidak boleh dikecualikan (a " Peruntukan Tidak Dikecualikan "), dan kami mampu mengehadkan remedi anda supaya tidak melanggar Peruntukan Tidak Dikecualikan itu, maka liabiliti kami kepada pelanggaran Peruntukan Tiadak Dikecualikan akan dihadkan kepada satu pilihan kami atau lebih daripada yang berikut:

Kali terakhir diubah suai: 2015-11-13