WECHAT – DASAR PERMINTAAN KERAJAAN

Terakhir dikemas kini – 2021-08-19

1. PENGENALAN

1.1 Selamat datang ke WeChat! Kami sentiasa bermatlamat untuk bertindak menurut undang-undang yang berkaitan dan bekerjasama dengan pihak berkuasa kerajaan yang berkaitan. Dasar ini menerangkan cara kami memberikan respons kepada permintaan daripada pihak berkuasa kerajaan tetapi sila ambil perhatian bahawa kami mungkin akan memberikan respons kepada permintaan tersebut dengan cara lain yang dikehendaki menurut undang-undang berkenaan.

1.2 Kami menerima pelbagai permintaan daripada pihak berkuasa kerajaan berkenaan dengan WeChat. Apabila permintaan sedemikian dibuat:

Permintaan yang berada di bawah perenggan (b) dan dikawal oleh Dasar ini termasuk:

Dasar ini digunakan pada Permintaan daripada pihak berkuasa kerajaan. Jika anda pihak berkuasa kerajaan, kami mencadangkan bahawa anda mengikut Dasar ini semasa membuat Permintaan anda agar kami boleh membalas Permintaan anda sebaik sahaja boleh dilaksanakan dengan sewajarnya dan menurut undang-undang berkenaan.

1.3 Kami boleh meminda Dasar ini pada bila-bila masa tanpa notis. Kami menggalakkan anda menyemak kembali dengan kerap pada halaman ini untuk mengetahui kemas kini.

1.4 Dalam Dasar ini:

2. hubungan kami dengan Weixin dan pihak ketiga yang lain

2.1 Kami kerap menerima Permintaan untuk pendedahan data yang bukan merupakan milik kami dan/atau tidak kami pegang. Untuk menjelaskan:

3. prinsip umum dasar ini

Kami menggunakan Dasar ini mengikut prinsip berikut. Butiran lanjut akan dinyatakan pada bahagian yang selebihnya dalam Dasar ini.

3.1 Kami bertindak menurut Permintaan apabila diperlukan dari segi undang-undang untuk berbuat demikian. Asas Permintaan yang kami patuhi mungkin mematuhi undang-undang dan peraturan tertentu. Tindakan sedemikian mungkin termasuk:

3.2 Kami tidak mengekalkan semua maklumat dan kandungan pengguna serta maklumat dan kandungan sedemikian mungkin telah dipadamkan, dinyahperibadikan dan/atau dipinda dari semasa ke semasa. Pengguna akhir kami berhak untuk mengendalikan maklumat mereka dan kami akan mengendalikan maklumat mereka, mengikut Terma Perkhidmatan dan Dasar Privasi kami. Hal ini bermakna kami tidak mengekalkan semua maklumat sedemikian dan maklumat mungkin dipinda atau dipadamkan dari semasa ke semasa. Maklumat lanjut tentang amalan pengendalian data kami dinyatakan dalam Terma Perkhidmatan dan Dasar Privasi kami.

3.3 Kami bermatlamat untuk menggunakan Dasar ini secara konsisten dan adil merentas semua bidang kuasa di tempat kami mengendalikan WeChat, tertakluk pada semua undang-undang dan peraturan yang berkenaan dan tafsiran kami terhadap kemungkinan perbezaan antara bidang kuasa. WeChat tersedia di seluruh dunia dan untuk itu kami bertujuan untuk menggunakan semua terma kami (termasuk Dasar ini) secara adil dan konsisten dalam semua bidang kuasa.

3.4 Selain Seksyen 3.3, kami boleh mengetepikan Dasar ini dari semasa ke semasa atas pelbagai sebab, termasuk contohnya, atas sebab undang-undang dan peraturan berkenaan atau menurut nasihat profesional yang kami terima berkenaan hal tersebut.

3.5 Kami bermatlamat untuk bersikap telus dengan pengguna kami dalam tindakan yang kami ambil. Sebelum dan/atau selepas kami mematuhi Permintaan (bergantung pada Permintaan serta undang-undang dan peraturan yang berkenaan), kami berhak untuk memberitahu pengguna kami tentang Permintaan (termasuk tindakan yang diminta oleh Permintaan). Hal ini dilakukan untuk memastikan pengguna kami mempunyai hak untuk membalas Permintaan tersebut. Selain itu, apabila Permintaan adalah berkenaan dengan tindakan yang mungkin menjejaskan pengguna lain, kami juga boleh memberitahu pengguna lain tentang Permintaan berkaitan yang telah kami patuhi.

Contohnya, jika kami telah mematuhi Permintaan untuk mengeluarkan kandungan, kami boleh menyiarkan notis sebagai ganti kandungan yang telah dialih keluar, dengan menyatakan kepada pengguna kami sebab kandungan tersebut dikeluarkan.

3.6 Kami tidak mematuhi semua Permintaan secara automatik. Kami akan sentiasa menyemak semua Permintaan dengan teliti untuk memastikan bahawa kami mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkenaan dalam respons kami sambil menghormati hak pengguna kami. Hal ini mungkin termasuk mengambil kira nasihat profesional dalaman dan pihak ketiga yang sewajarnya.

4. CARA KAMI MENGGUNAKAN DASAR INI

Seperti yang dinyatakan di atas, kami bermatlamat untuk menggunakan Dasar ini dengan adil dan konsisten di seluruh dunia. Sila ambil perhatian perkara berikut berkenaan cara kami menggunakan Dasar ini:

5. gambaran keseluruhan tentang cara kami mengendalikan permintaan

5.1 Apabila kami menerima Permintaan, kami secara umumnya akan mengendalikan Permintaan tersebut mengikut perkara berikut (dan sentiasa tertakluk pada undang-undang dan peraturan yang berkenaan):

6. APAKAH JENIS PERMINTAAN YANG MENERIMA RESPONS KAMI?

6.1 Keperluan umum

Jika anda membuat Permintaan, sila pastikan Permintaan anda

Kami tidak boleh memberikan respons kepada mana-mana Permintaan yang tidak memenuhi keperluan di atas.

6.2 Siapakah yang boleh menghantar Permintaan?

Pihak Berkuasa yang Membuat Permintaan yang berkenaan mungkin berbeza dalam bidang kuasa yang berbeza. Bergantung pada bidang kuasa, Permintaan yang sah boleh diserahkan oleh agensi kerajaan atau daripada pihak berkuasa lain (cth. suruhanjaya pilihan raya, pihak berkuasa telekomunikasi, pihak berkuasa perlindungan pengguna dan lain-lain).

Kuasa kebanyakan pihak berkuasa ini akan berbeza bergantung pada bidang kuasa yang terlibat. Seperti di atas, kami akan menyemak semua Permintaan mengikut undang-undang dan peraturan yang berkenaan.

6.3 Bentuk Permintaan

Kami hanya akan menjawab Permintaan yang mengandungi maklumat berikut dan sebarang maklumat lain seperti yang diperlukan oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan:

Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin tidak dapat memberikan respons kepada sebarang Permintaan yang tidak jelas atau tidak lengkap.

7. PEMBERITAHUAN PENGGUNA KAMI

Kami menghormati hak dan privasi pengguna kami. Seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 3.5 di atas, kami mungkin memaklumi pengguna yang berkaitan tentang sebarang Permintaan sebelum bertindak, melainkan kami dilarang daripada berbuat demikian di bawah undang-undang atau peraturan berkenaan, menurut terma mana-mana proses undang-undang (seperti perintah kerahsiaan) atau jika kami percaya secara munasabah bahawa tindakan sedemikian mungkin mewujudkan bahaya atau risiko hampir bagi kami atau mana-mana pihak ketiga. Pemberitahuan ini mungkin membolehkan pengguna akhir mendapatkan perlindungan yang sewajarnya.

Pihak Berkuasa yang Membuat Permintaan yang percaya bahawa pemberitahuan itu akan memudaratkan siasatan undang-undang yang sedang berlangsung hendaklah mendapatkan perintah mahkamah yang sewajarnya atau proses undang-undang yang melarang secara khusus pemberitahuan pengguna kami. Pihak Berkuasa yang Membuat Permintaan bertanggungjawab untuk meminta kami gar tidak memaklumi pengguna tentang Permintaan kerana Permintaan akan menjejaskan siasatan undang-undang yang sedang berlangsung.

Jika Permintaan anda berkaitan dengan pelanggaran berterusan atau sebelumnya terhadap Terma Perkhidmatan kami, kami akan mengambil tindakan untuk mengelakkan penyalahgunaan selanjutnya, termasuk tindakan yang boleh memberitahu pengguna bahawa kami menyedari salah laku mereka. Jika anda yakin bahawa tindakan sedemikian akan memudaratkan siasatan yang sedang berlangsung, anda bertanggungjawab untuk meminta agar kami menangguhkan tindakan tersebut, termasuk memberi kami perintah mahkamah atau proses undang-undang bersesuaian yang melarang pemberitahuan sedemikian.

Kami berhak untuk mencabar mana-mana permintaan atau perintah kerahsiaan, menurut undang-undang dan peraturan yang berkenaan.

8. PEMBAYARAN BALIK KOS

Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang dan peraturan yang berkenaan, kami mungkin akan meminta bayaran balik bagi kos kami daripada anda untuk memenuhi Permintaan tersebut.

9. PERMINTAAN PERLU DIHANTAR KE MANA?

Semua Permintaan perlu dihantar melalui e-mel kepada policy@wechat.com dengan subjek "Permintaan Kerajaan (selitkan bidang kuasa)".

Sila ambil perhatian bahawa: