DASAR KUKI

Kemas kini terakhir: [19 April 2017]

Untuk tujuan Dasar Kuki ini, "kami", "kita" dan "kita semua" bermaksud:

Jika anda sama ada:

anda tertakluk pada Dasar Weixindan bukan Dasar Kuki ini.

Kami menggunakan kuki, fail log, bikon web, skrip dan e-Tag untuk mengumpulkan dan menyimpan maklumat tentang peranti anda dan penggunaan aplikasi WeChat yang kami kumpulkan secara automatik ("WeChat"). Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang kuki dan cara untuk mengawalnya dalam maklumat di bawah.

Jika anda tidak menerima penggunaan kuki ini, sila nyahdayakannya menggunakan arahan dalam dasar kuki ini, dengan mengikuti pautan 'pilih keluar' yang disediakan di bawah atau dengan mengubah tetapan peranti anda.

1. Apakah itu kuki?

Kuki ialah fail teks yang mengandungi jumlah maklumat yang kecil, yang dimuat turun ke peranti anda apabila anda mengelog masuk ke akaun WeChat anda atau menggunakan ciri WeChat tertentu. Kemudian, kuki dihantar semula ke pelayan asal pada setiap lawatan berikutnya atau ke pelayan lain yang mengenali kuki tersebut. Kuki digunakan secara meluas agar WeChat berfungsi atau dapat berfungsi dengan lebih cekap, serta untuk memberikan maklumat kepada pasukan WeChat.

Kuki melakukan pelbagai kerja yang berbeza, seperti membolehkan anda mengelog masuk dengan cekap, mengingati pilihan utama tertentu dan secara amnya, menambah baik pengalaman pengguna. Kuki boleh memberitahu kami, contohnya, sama ada anda pernah menggunakan WeChat sebelum ini atau sama ada anda pengguna baharu.

Kami hanya menyediakan kuki daripada kami terus ke peranti anda. Kami tidak menyediakan sebarang kuki pihak ketiga.

Kuki boleh dikekalkan pada peranti anda untuk tempoh masa yang berbeza. Sesetengah kuki ialah 'kuki sesi', bermaksud bahawa kuki hanya tersedia semasa aplikasi anda dibuka. Kesemuanya akan dipadamkan secara automatik sebaik sahaja anda menutup aplikasi. Kuki lain ialah 'kuki kekal', bermaksud bahawa kuki tetap ada selepas aplikasi ditutup. Kuki boleh digunakan oleh WeChat untuk mengenali peranti anda apabila anda membuka dan menggunakan WeChat semula.

2. Bagaimanakah kami menggunakan kuki?

Kami menggunakan kuki untuk:

3. Apakah jenis kuki yang kami gunakan?

Jenis kuki yang kami guna berkaitan dengan WeChat boleh dikelaskan kepada kategori berikut:

Jenis kuki Perkara yang dilakukannya Cara untuk menyekat
Kuki yang diperlukan untuk perkhidmatan penting Kuki ini penting untuk memberi anda WeChatdan menggunakan sesetengah cirinya, seperti mengesahkan log masuk, melindungi WeChat dan maklumat anda serta mencegah penipuan, jenayah atau aktiviti lain yang mencurigakan. Tanpa kuki ini, perkhidmatan yang anda minta, seperti halaman transaksional dan akaun log masuk selamat mungkin tidak akan tersedia. Sila lihat arahan yang terdapat dalam 'Cara untuk mengawal atau memadamkan kuki' di bawah.
Kuki Fungsian Kuki fungsian merekodkan maklumat tentang pilihan anda dan membenarkan kami untuk menyesuaikan WeChat untuk anda. Kuki ini bermaksud bahawa apabila anda terus menggunakan atau kembali untuk menggunakan WeChat, kami boleh menyediakan perkhidmatan kami kepada anda seperti yang diminta. Contohnya, kuki ini membenarkan kami untuk:
• menyimpan pilihan utama bahasa anda;
• mengingati tetapan yang digunakan;
• menunjukkan waktu anda dilog masuk; dan
• menyimpan pilihan kebolehcapaian.
Sila lihat arahan yang terdapat dalam 'Cara untuk mengawal atau memadamkan kuki' di bawah.
Prestasi / Kuki Beranalisis Kami menggunakan prestasi/kuki beranalisis untuk menganalisis cara WeChatdiakses, digunakan atau dilaksanakan untuk menyediakan pengalaman pengguna yang lebih baik kepada anda dan untuk mengekalkan, mengendalikan serta terus menambah baik WeChat. Contohnya, kuki ini membenarkan kami untuk:
• lebih memahami para pelawat ke WeChatagar kami boleh menambah baik cara kami mempersembahkan kandungan kami;
• mengumpulkan maklumat tentang pengguna WeChat seperti lokasi keberadaan mereka dan jenis peranti yang digunakan;
• menambah baik WeChatdengan mengukur sebarang ralat yang berlaku; dan
• menjalankan penyelidikan dan diagnostik untuk menambah baik penawaran produk.
Sila lihat arahan yang terdapat dalam 'Cara untuk mengawal atau memadamkan kuki' di bawah.
Mengiklankan dan Menjejaki Kuki Semasa menggunakan Perkhidmatan WeChat, anda akan menyedari bahawa Akaun Rasmi boleh menyediakan atau mengiklankan produk atau perkhidmatan kepada anda. Kami tidak membenarkan syarikat pihak ketiga, termasuk syarikat pengiklanan, untuk menempatkan kuki pada Perkhidmatan WeChat. Walau bagaimanapun, jika anda mengklik pautan yang dipaparkan di halaman Akaun Rasmi, anda akan dibawa ke halaman web yang dikendalikan oleh pihak ketiga yang berkaitan. Pihak ketiga boleh menempatkan kuki pada peranti anda apabila anda berinteraksi dengan produk, perkhidmatan atau halaman web mereka. Kesemua pengendali Akaun Rasmi atau pihak ketiga lain yang bekerjasama dengan kami mempunyai dasar privasi tersendiri dan menawarkan mekanisme kepada para pengguna untuk berhenti menggunakan penjejakan dan penyasaran kelakuan yang tersedia melalui mekanisme pilih keluar yang disenaraikan dalam bahagian 'Cara untuk mengawal dan memadamkan kuki' di bawah.

4. Cara untuk mengawal atau memadamkan kuki

Anda berhak memilih sama ada ingin menerima kuki atau tidak dan kami telah menjelaskan cara anda boleh memanfaatkan hak ini di bawah. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa jika anda memilih untuk menolak kuki, anda mungkin tidak dapat menggunakan fungsian penuh WeChat.

Kebanyakan peranti (dalam kes aplikasi mudah alih) membenarkan anda untuk mengubah tetapan kuki anda. Tetapan ini biasanya boleh ditemui dalam menu "pilihan" atau "pilihan utama" pada peranti anda. Untuk memahami tetapan ini, pautan berikut mungkin membantu.

Anda boleh memilih untuk tidak melihat iklan berasaskan minat dalam talian daripada Perkhidmatan WeChat dan syarikat-syarikat lain yang mengambil bahagian melalui Perikatan Pengiklanan Digital di AS, Perikatan Pengiklanan Digital Kanada di Kanada atau Perikatan Pengiklanan Digital Interaktif Eropah di Eropah atau melalui tetapan peranti anda.

5. Perubahan pada Dasar Kuki ini

Kami akan mengemas kini Dasar Kuki ini sekali-sekala untuk menunjukkan perubahan dalam amalan dan perkhidmatan kami. Apabila kami menyiarkan perubahan pada Dasar Kuki ini, kami akan menyemak semula tarikh "Kemas Kini Terakhir" di bahagian atas Dasar Kuki ini. Jika kami melakukan sebarang perubahan penting mengenai cara kami mengumpul, menggunakan atau berkongsi maklumat yang terdapat dalam kuki, kami akan memberitahu anda dengan menyiarkan notis perubahan semasa anda mengelog masuk atau menggunakan WeChat.

6. Perlukan Maklumat Lanjut?

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang kuki dan kegunaannya di Internet, anda akan berpendapat bahawa pautan berikut berguna:

7. Kuki yang telah ditetapkan pada masa lalu

Jika anda telah menyahdayakan satu kuki atau lebih, kami akan tetap menggunakan maklumat yang dikumpul daripada kuki sebelum pilihan utama anda diyahdayakan. Walau bagaimanapun, kami akan berhenti menggunakan kuki yang dinyahdayakan untuk mengumpul sebarang maklumat lanjut.

8. Hubungi kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komen tentang dasar kuki ini atau perkara privasi umumnya, sila hubungi kami menerusi e-mel di dataprotection@wechat.com atau menerusi kiriman di 26.04 on the 26th floor of Amstelplein 54, 1096 BC Amsterdam, the Netherlands.

TRUSTe